Biro Teknologi, Maklumat & Penerbitan

PENGENALAN 

Biro Teknologi, Maklumat & Penerbitan (TMP) merupakan biro yang bertanggungjawab dalam pengendalaian sebarang hal berkaitan teknologi, penyebaran maklumat serta bahan penerbitan. 

Biro TMP digerakkan oleh saudari Nur 'Aisyah Amalyn Binti Rosli dan saudara Zul 'Afif Bin Safri. Ahli Jawatankuasa TMP terdiri daripada 6 orang siswa pendidik yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam bidang tugas berkaitan TMP.

MISI

Memastikan maklumat disampaikan dengan cepat dan tepat bagi menarik perhatian pelajar

VISI

Mengubah persepsi pelajar terhadap JHEP & JPP melalui kemajuan teknologi sedia ada

BIDANG TUGAS 

• Mewujudkan jawatankuasa kecil

• Menguruskan media sosial dan laman web JPP

• Menghebah dan menerangkan segala aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan institut kepada pelajar melalui media sosial 

• Menjalankan sesi fotografi dan dokumentasi aktiviti pelajar

• Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk membudayakan budaya profesional dalam kalangan pelajar

• Merancang dan melaksanakan aktiviti exco

• Memberi sokongan berkaitan teknologi kepada JPP

• Menerima arahan dari YDP dan NYDP

LAPORAN AKTIVITI BIRO