Projek Decanting & Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat (Centralized AC) Blok G
Projek Decanting & Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat (Centralized AC) Blok G
Mesyuarat Dalaman: 20 November @ 10.00am
Mesyuarat bersama vendor Bil 2 : 2 Disember @ 9.00am
Mesyuarat Dalaman: Isikan borang pengumpulan data sebelum mesyuarat
Mesyuarat bersama vendor Bil 2 : Perbincangan secara khusus dengan pihak Pengurusan Hospital dan vendor
Portal Maklumat & Penyelarasan Decanting Perkhidmatan Makmal Patologi
Selamat datang ke Portal Rasmi Penyelarasan Projek Decanting Blok G. Portal ini dibangunkan khusus bagi menyalurkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan fizikal penukaran sistem penyaman udara berpusat, pelan pengurusan habuk, pemetaan zon kerja, pelan kesinambungan operasi makmal (BCP), serta panduan relokasi penganalisis dan staf.
Sila klik pautan di bawah untuk mengakses dan mengisi Borang Pengumpulan Data Persediaan Decanting (Peralatan, Perkhidmatan & Sumber Manusia)
PEMETAAN ZON PAT & KAWALAN HAZAD
Bagi meminimumkan gangguan operasi harian, kawasan kerja dibahagikan kepada 14 unit kerja /
Zon Patologi. Setiap zon mempunyai tahap sensitiviti habuk dan keperluan kawalan yang berbeza:
*Nota Pentadbiran: Blood Bank (Zon Pat 1, 2 & 3) kini diuruskan secara berasingan di luar Jabatan Patologi, namun pelaksanaan kerja fizikal sistem AC tetap diselaraskan bersama.
Pelan Lantai Zon Projek Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat (Centralized AC)
Panduan Keselamatan: Protokol Kawalan Habuk & Mitigasi Tapak (Dust Mitigation Plan):
· Containment Barrier: Pemasangan plastik tebal (heavy-duty polythene) berzip dari lantai ke siling di sempadan zon kerja bagi mengasingkan debu pembinaan.
· Sticky Mats: Pemasangan pelapik pelekat debu di pintu masuk/keluar zon kerja untuk memerangkap partikulat kasut pekerja.
· Perlindungan Peralatan: Penganalisis automatik, mikroskop, dan komputer yang kekal di kawasan bersebelahan dibalut dengan sarung kalis habuk antistatik.
· Tekanan Udara & Penapis HEPA: Penggunaan unit penulen udara mudah alih berpenapis HEPA (air scrubbers) serta pemantauan aliran udara zon bertekanan khas (TB & Molekular).
· Pembersihan Terminal (Terminal Cleaning): Pembersihan dua peringkat merangkumi pembersih vakum HEPA dan kaedah lap basah (wet-wipe) sebelum instrumen ditauliahkan semula.
JADUAL PELAKSANAAN 18 MINGGU & CARTA GANTT
Sasaran Garis Masa Fizikal:
Tarikh Mula Rasmi: 4 Oktober 2027
Tarikh Tamat Sasaran: 6 Februari 2028 (126 Hari Kalendar)
5. Cadangan Kitaran Operasi Piawai Decanting & Pelan Kontingensi
· Fasa 1: Pra-Decanting (H-3): Taklimat kakitangan makmal/Blood Bank, pemindahan unit darah ke peti simpanan sementara dengan pemantauan suhu rapi, serta pengalihan sampel dan reagen ke zon selamat.
· Fasa 2: Pengasingan & Fizikal (Hari 1 hingga tamat durasi): Pemasangan penghadang habuk plastik berzip, permulaan kerja perobohan struktur lama dan pemasangan sistem AC baharu.
· Fasa 3: Pembersihan Pasca-Kerja (Terminal): Penggunaan pembersih vakum HEPA, kaedah lap basah seluruh permukaan meja dan dinding serta sanitasi makmal.
· Fasa 4: Pentauliahan & Masuk Semula (Re-entry): Ujian suhu/kelembapan relatif AC, ujian kawalan kualiti instrumen (QC check), dan operasi makmal disambung sepenuhnya.
Cadangan Pelan Kontingensi Utama:
· Extension wire /UPS : Kegunaan analyzer, chiller/freezer dengan bekalan kuasa UPS/generator bagi menjamin integriti suhu bekalan darah semasa kerja fizikal AC dijalankan.
· Laluan Sampel STAT Alternatif: Penyediaan papan tanda dan laluan kecemasan sementara semasa menjalani kerja struktur.
· Cold Room Backup: Penyediaan unit pendingin mudah alih dengan bekalan sokongan bagi Zon Pat 11 (Cold Room / Drug Lab).