7.1 Pendahuluan:
Kecederaan ringan adalah seperti luka atau lecur pada kulit, terjatuh tanpa kecederaan serius dan percikan bahan kimia yang tidak menyebabkan individu itu mendapat kemalangan serius atau pengsan.
Jabatan Patologi telah menyediakan peralatan pertolongan cemas seperti berikut:
1. Peti pertolongan cemas(PPC) terdapat di semua unit termasuk pejabat.
2. Eye wash - di semua unit di Jabatan Patologi (sama ada stesen eye wash atau botol eye wash)
3. Emergency Shower - terdapat di Unit Histopatologi, Patologi Kimia, Mikrobiologi
Rawatan kecemasan (first aid) haruslah dimulakan segera jika terdapat sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan manusia. Kaedah rawatan kecemasan ini dilakukan dengan menggunakan alat-alat serta kemudahan cemasan yang ada di Jabatan Patologi sementara menunggu ketibaan bantuan perubatan.
Tujuan Rawatan Kecemasan :
1. Mengelakkan kecederaan yang lebih serius
2. Memulihkan keadaan fizikal
3. Menyelamatkan nyawa
7.2 Peti Pertolongan cemas(PPC)
7.3 KEPENTINGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS
7.3.1 Menyimpan peralatan atau ubat-ubatan untuk melakukan pertolongan cemas bagi menyelamatkan nyawa, menghalang kecederaan menjadi lebih teruk dan juga menggalakkan penyembuhan.
7.3.2 Memenuhi keperluan perundangan:
Seksyen 15, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Seksyen 25, Akta Kilang dan Jentera 1967
Peraturan 38, Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera.
7.3.3 PENYEDIAAN PPC
PPC hendaklah disediakan disetiap kawasan kerja di unit masing-masing.
Bilangan PPC hendaklah mencukupi dengan kawasan kerja dan bilangan pekerja.
7.3.4 PENYELENGGARAAN PPC
PIC hendaklah memastikan PPC diselenggara dan sentiasa dalam keadaan baik.
PPC hendaklah sentiasa diperiksa bagi memastikan kandungannya mencukupi. Mana-mana bahan yang berkurangan hendaklah ditambah dan bahan-bahan yang ‘luput tarikh’ atau rosak hendaklah diganti semula.
Sebarang penambahan atau pertukaran kandungan PPC boleh dikemukakan kepada AJK PPC dan hendaklah direkod di dalam Daftar PPC.
Rekod penyelenggaraan hendaklah dikemaskini dari masa ke masa dan disimpan dengan baik.
7.3.5 PENGGUNAAN PPC
Penggunaan peralatan atau ubatan yang digunakan dari PPC hendaklah direkod di dalam Buku Log Penggunaan PPC yang disediakan oleh PIC dan sebarang kemalangan atau kejadian berbahaya hendaklah dilaporkan terus kepada AJK JKKP Jabatan berdasarkan garis panduan Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (NADOPOD).
Buku Log Penggunaan PPC haruslah disimpan dengan baik.
7.3.6 REKABENTUK
PPC hendaklah dibuat daripada bahan kukuh dan mudah alih bagi membolehkannya di bawa ke tempat kemalangan.
PPC hendaklah dilabelkan dengan lambang bulan sabit (crescent) yang berwarna hijau dan berlatar belakang warna putih.
PPC hendaklah dilabel dengan maklumat PIC untuk dihubungi.
7.3.7 LOKASI
Setiap PPC hendaklah ditempatkan di lokasi yang ditanda dengan terang,mempunyai pencahayaan yang cukup dan mudah dicapai.
PPC hendaklah sentiasa dikunci, dan anak kuncinya disimpan oleh PIC serta boleh diperolehi sepanjang masa (waktu bekerja) apabila diperlukan.
Pekerja-pekerja/ pengguna hendaklah dimaklumkan tentang lokasi PPC ditempatkan.
7.3.8 KANDUNGAN
Kandungan yang disyorkan oleh JK Firstaid. (seperti dibawah)
Bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan pertolongan cemas hendaklah tidak disimpan di dalam PPC.
Ubat-ubatan atau bahan untuk dimakan atau diminum juga dilarang disimpan di dalam PPC.
7.4 Kandungan Peti Pertolongan Cemas
1. Acriflavin 0.1% - 1 botol
2. Plaster luka - 1 kotak
3. Kapas- 1 pek
4. Pad mata - 1
5. Micropore plaster- 1
6. Normal Saline (NacL 0.9%) Eye drop- 1 botol
7. Pembalut pressure - 1unit
8. Pembalut roller - 1unit
9. Pin keselamatan- 2 unit
10. Gunting- 1
11. Smelting salt (ammonium Bicarbonate) - 1 botol
12. Sterile dressing 6x7cm - 2pek
13. Sterile dressing 10x12cm - 2pek
14. Pembalut segi tiga 130cm x 90cm x 90cm - 1
15.Wooden splint - 1 unit
16. Inventori kandungan kotak (senarai semak)
7.5 Emergency eye wash.
Emergency eye wash station Emergency eye wash bottles
Emergency eye was station atau eyewash bottle di tempatkan di setiap makmal patologi. Eye wash dilakukan sekiranya berlaku percikan bahan kimia ke mata pekerja. Panduan penggunan eyewash adalah seperti dijadual dibawah.
7.6 Emergency Shower
Emergency shower with eye wash station Emergency shower
Emergency shower di tempatkan di setiap makmal Ptologi Kimia, Microbiologi dan Patologi anatomik. Emergency Shower harus digunakan sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia ke tubuh pekerja. Kakitangan haruslah segera pergi ke Emergency Shower yang terdekat dengan tempat kerja mereka untuk mengaktifkan shower. Panduan penggunaan emergency shower adalah seperti dijadual dibawah.
Pelaporan insiden kemalangan pekerjaan haruslah dolakukan untuk sebarang kecederaan atau tumpahan bahan kimia dengan menggunakan borang Wehu A1/A2.