Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Patologi telah ditubuhkan selaras dengan Akta 514 - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mewajibkan setiap tempat kerja yang mempunyai 40 orang atau lebih pekerja Seksyen 30(1).
Objektif penubuhan
Meningkatkan kerjasama dan perundingan di antara majikan dan pekerja.
Mengenalpasti, menilai dan mengawal hazad-hazad di tempat kerja.
Mengadakan komunikasi dua hala.
● Bertukar-tukar pendapat dalam menangani masalah berkaitan dengan keselamatan & kesihatan pekerjaan.
● Maklumbalas dari pekerja membantu majikan dalam mempromosi dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.
Meningkatkan kesedaran dan kesungguhan semua kumpulan majikan dan pekerja dalam isu-isu berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan.
Fungsi
Membantu dalam menyediakan kaedah keselamatan dan kesihatan serta sistem / prosedur kerja selamat.
Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
Menjalankan kajian tentang tren kemalangan, kemalangan nyaris (near miss accident), kejadian berbahaya dan keracunan / penyakit pekerjaan.
Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.
Pemeriksaan tempat kerja secara berkala.
Membuat siasatan awal bagi setiap kemalangan yang berlaku di Jabatan dan melaporkan kepada UKKP.
Dasar Keselamatan & Kesihatan
Jabatan Patologi, Hospital Melaka komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, kepada semua pekerja dan pelanggan Jabatan ini.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Jabatan Patologi, Hospital Melaka bertujuan:
Untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui pelaksanaan prosedur kerja yang dapat menjamin keselamatan kakitangan dan pada masa yang sama memberikan hasil yang tepat dan kredibel.
Memastikan semua kakitangan diberi latihan tentang kaedah melaksanakan tugas dengan selamat tanpa kesan buruk kepada kesihatan mereka.
Menggalakkan semua kakitangan mengamalkan ‘budaya kerja selamat’ semasa menjalankan tugas pada setiap masa.
Untuk menyiasat semua insiden dan kemalangan serta mengesyorkan tindakan pemulihan yang berkesan.
Untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan seperti yang digariskan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan mengambil kira kebajikan kakitangan.
Untuk menyemak Dasar Keselamatan dan Kesihatan ini pada selang masa yang sesuai.