Definisi
Ianya merupakan perancangan secara sistematik ketika menghadapi sebarang kemungkinan seperti gangguan perkhidmatan sedia ada, menghadapi bencana di dalam atau luar dan ketika menghadapi kes luar jangka seperti kemalangan dan kecemasan (cardiorespiratory arrest) di tempat kerja.
Untuk melindungi nyawa manusia, dengan adanya persiapan bagi memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan atau kecemasan di tempat kerja atau mangsa bencana.
Untuk melindungi harta benda dan peralatan, dengan adanya persiapan bagi menghadkan kemusnahan seperti memadamkan kebakaran dengan segera.
Untuk memastikan perkhidmatan utama tidak terganggu.
Untuk meminimalkan komplikasi mangsa kemalangan atau kecemasan di tempat kerja atau mangsa bencana, dengan mengendalikan operasi kerja seperti sediakala dengan segera dan siap siaga.
Untuk memelihara alam sekitar, dengan adanya persiapan bagi menghadkan pencemaran seperti mengawal tumpahan bahan kimia dan sisa klinikal.
Bencana merupakan suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Ia berkemungkinan juga merebak ke kawasan yang lebih besar.
Fasa-fasa Bencana
Fasa-fasa bencana adalah mengikut kitaran yang terdiri daripada fasa-fasa berikut :
1. Penghindaran (Prevention/mitigation)
a. Dalam fasa ini, langkah-langkah diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-kurangnya mengambil langkah untuk mengurangkan kesan bencana sekiranya tidak dapat dielakkan.
b. Contoh : amalan menutup suis bila keluar dari bilik, arahan melarang merokok, sistem perparitan dan sebagainya.
2. Persediaan (Preparation)
a. Dalam fasa ini, Pelan Tindakan Kecemasan atau ‘Emergency Response Plan’ disediakan.
b. Persediaan ini mengambil kira penglibatan semua pihak yang terbabit secara menyeluruh dalam respons terhadap bencana.
c. Latihan seperti ‘tabletop exercise’ atau ‘drill’ diadakan.
3. Respon (Response)
a. Dalam fasa ini, petugas bertindak untuk menangani situasi bencana yang berlaku.
b. Dalam fasa ini, Pelan Tindakan Bencana yang baik akan membolehkan tindakan diambil dengan lebih teratur dan terancang.
4. Pemulihan (Recovery)
a. Dalam fasa ini, usaha untuk mengembalikan semula semua kerosakan kepada kejadian asal dilakukan.
b. Dalam fasa ini juga beberapa gejala yang berpanjangan dikenalpasti – misalnya ’Post-traumatic Stress Disorder’ dan sebagainya.
c. Setelah selesai Fasa ini, kitar ini akan kembali semula ke fasa penghindaran (prevention).