Pengenalan
PENDAHULUAN:
Sebagai dokumen rujukan bagi operasi makmal semasa situasi bencana luaran.
Mewujudkan sistem yang membolehkan petugas Jabatan Patologi memainkan peranan bersama semasa situasi bencana.
Mengenalpasti semua risiko dan ancaman.
Mengenalpasti sumber dan kapasiti yang ada di Jabatan Patologi.
Untuk melicinkan semua aktiviti makmal ketika bencana luaran.
Bencana luaran (Eksternal) untuk Jabatan Patogi akan dibahagikan antara :
1.Semua jenis Bencana Luaran (kecuali wabak HIP)
i) Bencana Luaran (Eksternal) Kemalangan & Trauma
ii) Bencana Luaran (Eksternal) Perubatan (pendedahan kepada Bahan kimia/ Radioaktif)
iii) Bencana Alam (seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya) dan
iv) Wabak seperti di bawah:
Kolera (Taun)
Typhoid (Tifoid)
Keracunan makanan
Denggi
Meningitis
Leptospira
Influenza (Covid-19, Flu A, Flu B, MERS CoV).
2. Bencana Wabak HIP
Jabatan Patologi terdiri dari pelbagai unit dan unit-unit yang terlibat secara terus sewaktu bencana adalah Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi ,Unit Mikrobiologi ,Unit Serologi dan Unit Kaunter Utama.
Unit Anatomik akan membantu Pengurusan bagi mewujudkan Bilik Gerakan Bencana Patologi dan tambahan sumber manusia di unit-unit lain.
Pelan Tindakan ini merangkumi cara kerja setiap unit sewaktu Bencana luaran (Eksternal) dan ia merangkumi:
Penyediaan Bilik Gerakan Bencana
Penerimaan sampel bencana dari zon bencana
Pemprosesan Sampel Bencana dan jenis ujian serta Turn Around Time (LTAT) setiap unit yang berkaitan sewaktu bencana.
Pengurusan Keputusan ujian sampel bencana
Pengurusan Sumber manusia
Pengurusan Reagen & Konsumabel
Statistik yang diperlukan sewaktu bencana