9.1 Pendahuluan
Gangguan rangkaian dan capaian aplikasi LIS yang boleh disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik atau kerosakan pada perkakasan ICT contohnya core switch, distribution switch, dan edge switch. Gangguan capaian LIS boleh melibatkan gangguan dalaman makmal , wad , klinik, Jabatan Kecemasan, hospital daerah dan fasiliti kesihatan yang berkenaan. Gangguan ini menjejaskan perkhidmatan jabatan dan proses pengeluaran keputusan ujian.
Jabatan Patologi menggunakan tiga jenis Laboratory Information System (LIS) iaitu:-
A) iLAB : Unit Patologi Kimia
B) e-Delphyn : Patologi anatomik dan mikrobiologi perubatan
C) HCLAB/e-result: Hematologi
Hospital Melaka mempunyai modul semakan keputusan di wad dan klinik pakar secara atas talian.
Pelan tindakan ini amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan dapat diteruskan dan ujian dapat dilakukan seterusnya keputusan ujian dapat dikeluarkan bagi rawatan persakit.
Silih pilih menu dibawah untuk pelan rangkaian khusus untuk setiap unit