Gangguan Utiliti termasuk gangguan bekalan elektrik, air, penghawa dingin dan Information and Communication Technology (ICT).
Apabila gangguan ini berlaku ia akan menjejaskan perkhidmatan jabatan dan proses pengeluaran keputusan ujian.
Pelan tindakan ini amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan dapat diteruskan dan ujian dapat dilakukan seterusnya keputusan ujian dapat dikeluarkan bagi rawatan pesakit.
Gangguan Bekalan Elektrik.
Klasifikasi Tahap Tindakan
Peringkat Jabatan: Gangguan bekalan elektrik yang hanya melibatkan Jabatan Patologi sahaja yang melebihi tempoh 30 minit.
Peringkat Hospital: Gangguan bekalan elektrik yang melibatkan Jabatan Patologi dan beberapa jabatan lain yang melebihi 30 minit.
NOTA:
Tempoh 30 minit diambil sebagai tempoh kritikal kerana kebanyakan UPS analyser dan Laboratory Information System (LIS) hanya boleh disokong dalam tempoh 30 minit
Aktiviti dan tanggungjawab:
Pendahuluan:
Semua unit di jabatan amat memerlukan bekalan air yang berterusan bagi menjalankan ujian-ujian makmal. Unit yang sangat sensitif terhadap isu gangguan air adalah Unit Patologi Kimia. 3 analyser di Unit Patologi Kimia yang amat bergantung kepada bekalan air bersih. Analyser tersebut dilengkapi dengan tangki sokongan di makmal dan mampu bertahan untuk tempoh satu jam.