Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada sidang pengarang yang telah bertungkus lumus menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan Jabatan Patologi. Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah memastikan Pelan ini direalisasikan.
Pelan ini telah di rekabentuk berdasarkan situasi sebenar yang telah dilalui oleh jabatan Patologi dan juga situasi-situasi yang mungkin terjadi. Semua risiko yang mungkin dihadapi oleh Jabatan Patologi telah dikenalpasti dan dianalisa. Hasil daripada analisa risiko, kaedah mitigasi yang sesuai telah digunapakai dalam pembikinan pelan ini.
Sidang pengarang telah mengadakan mesyuarat demi mesyuarat untuk mendapatkan input daripada kesemua wakil unit di Jabatan Patologi. Hasil daripada kerjasama seluruh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah terhasil pelan yang komprehensif dan praktikal.
Saya selaku Ketua Jabatan Patologi merangkap Pengarah Makmal (Lab Director) menyokong sepenuhnya usaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan jabatan Patologi dalam penghasilan Pelan ini. Diharapkan Pelan ini dapat membantu semua warga kerja Jabatan Patologi dalam menangani situasi kecemasan di Jabatan ini.
Sekian Terima Kasih.
Dr Raudhawati binti Osman
Ketua Jabatan Patologi