Jabatan Patologi menguruskan perolehan reagen Hospital Melaka sejak tahun 2020, dimana peruntukan reagen (OL 27403) yang diturunkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) diagihkan ke Hospital Melaka diberikan kepada Jabatan Patologi dan diagihkan oleh Penyelaras Kewangan jabatan kepada unit-unit di Jabatan Patologi, jabatan di bawah POCT dan Jabatan Perubatan Transfusi (JPT) (pengurusan kewangan dan perolehan JPT dilakukan sendiri). Jabatan yang terlibat dengan POCT adalah dibawah pemantauan Jabatan Patologi. Senarai jabatan yang melaksanakan POCT adalah seperti berikut:
Jabatan Anestesiologi
Jabatan Farmasi
Jabatan Kecemasan & Trauma
Jabatan Perubatan
Jabatan Pediatrik
Jabatan O&G
Jabatan Forensik
Jabatan Psikiatri
Jabatan Pembedahan (baru bermula tahun 2024).
Peruntukan reagen yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem e-VOT bagi kegunaan unit-unit di Jabatan Patologi, Jabatan dibawah POCT dan Jabatan Perubatan Transfusi. Nota minta dibuat oleh Pegawai Pembelian di unit-unit di Jabatan Patologi dan POCT melalui sistem e-VOT. Pesanan Kerajaan (Local Order /LO) akan dikeluarkan oleh Jabatan Patologi. Pengurusan penerimaan pada e-Perolehan diuruskan oleh Jabatan Farmasi dan pemenuhan penerimaan dilakukan oleh Penyelaras Kewangan Jabatan Patologi. Manakala proses padanan bayaran dan pembayaran dilakukan oleh Unit Kewangan & Perolehan Hospital Melaka.
Bagi perolehan konsumabel (OL 27499) tiada peruntukan yang diterima secara langsung ke Jabatan Patologi tetapi peruntukan diturunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dan seterusnya ke Jabatan Farmasi. Jabatan Farmasi akan menggunakan peruntukan tersebut untuk pembelian dan keperluan konsumabel Jabatan Patologi. Selain dari itu, peruntukan untuk item APPL juga diturunkan ke Jabatan Farmasi untuk pembelian item APPL. Jabatan Patologi akan mengeluarkan nota minta dan diserahkan kepada Jabatan Farmasi untuk tindakan selanjutnya.
Bagi perolehan yang melibatkan perkhidmatan seperti EQA, Fi tahunan Akreditasi dan Pensijilan Akreditasi Makmal, pembayaran kos Pos Laju dan lain-lain lagi; keperluan kos perkhidmatan adalah menggunakan peruntukan pengurusan Hospital Melaka. Nota minta dikeluarkan oleh pihak jabatan dan diserahkan ke Unit Kewangan & Perolehan Hospital Melaka untuk tindakan selanjutnya.
LAPORAN DARI MKSP 2025
KEHADIRAN
KEHADIRAN
KEHADIRAN