PEMBELAJARAN TERBEZA

Pedagogi Terbeza merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang melibatkan pengubahsuaian kandungan isi pelajaran, proses iaitu strategi pengajaran yang pelbagai serta produk atau hasil kemahiran murid mengikut kebolehan mereka serta persekitaran iaitu merujuk kepada keadaan kelas yang kondusif. 

Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) guru mengubah suai sekurang-kurangnya empat elemen penting dalam Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) iaitu

(i) kandungan di mana isi pelajaran atau kemahiran yang dipelajari oleh murid

(ii) proses yang menunjukkan pengubahsuaian strategi pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran

(iii) produk atau hasil di mana hasil-hasil tersebut adalah hasil yang ditunjukkan oleh murid mengikut kebolehan mereka yang pelbagai seterusnya guru menilai hasil tersebut dengan penilaian bersifat holistik

(iv) persekitaran pula merujuk kepada persekitaran bilik darjah yang memberi keselesaan kepada murid sama ada dari aspek penyusunan kedudukan murid, tampalan maklumat-maklumat di papan-papan kenyataan serta keadaan fasiliti di dalam bilik darjah seperti kipas, lampu dan sebagainya. 

Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) juga dikatakan sebagai pedagogi yang mudah lentur dan ia merupakan suatu usaha dalam mempelbagaikan pedagogi mengikut kepelbagaian murid di dalam bilik darjah bagi memberi keadilan kepada semua murid serta murid mendapat hak di dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) wajar digunakan di dalam pengajaran guru di Malaysia memandangkan keperluan pendidikan dalam merapatkan jurang pencapaian serta melahirkan murid yang berpotensi tinggi