LATAR BELAKANG PEDAGOGI KONTEMPORARI

Konsep Pedagogi Kontemporari

Pedagogi kontemporari merupakan jenis pembelajaran yang memerlukan kepada usaha dan kemahiran pelajar itu sendiri, dan guru bukanlah lagi sebagai sumber utama ilmu pengetahun untuk belajar. Pedagogi kontemporari  merupakan pedagogi terkini yang mempunyai ciri-ciri khusus terutamanya semasa proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi kontemporari lebih sesuai dilaksanakan masakini kerana murid dan guru merasakan kaedah pembelajarannya yang mudah, mencabar dan menarik.

Antara lain konsep pedagogi keontemporari adalah ianya menggabungkan pembelajaran dalam ruang fizikal dan maya. Satu perkara yang menarik adalah penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara bukan linear dalam bilik darjah.Ini sudah pati memberi sedikit kebebasan kepada guru dan murid dari aspek ruang belajar. Dengan erti kata yang lain tiada had ruang fizikal bagi murid untuk belajar. Struktur penjadualan yang luwes dan keanjalan yang tinggi juga memberi keseronokan belajar kepada murid. Pelajar dan guru saling memainkan peranan masing-masing ketika berinteraksi. Pedagogi kontemporari mempunyai kelebihan dari segi penggunaan alat komunikasi yang capaianya luas terbuka iaitu internet. Kurikulum yang digunapakai lebih responsive, berterusan dan personalised.

Ciri-ciri pedagogi kontemporarri ialah ianya  lebih terfokus dan memilikki ciri-ciri yang mementingkan komunikasi dan kolaborasi antara guru, murid dan persekitaran. Literasi TMK diperkasakan untuk disesuaikan dengan peredaran zaman. Kemahiran berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah masih dilaksanakan disamping kemajuan digital. Pembelajaran  berasaskan projek, kreativiti dan inovasi, dan pembelajaran kontekstual diutamakan kerana ianya memberi banyak kesan positif kepada kemnejadian murid disamping penggunaan teknologi. Sudah pasti konsep pengagajaran dan pembelajaran adalah jauh berbeza dengan pedagogi antik dan klasik.

Ciri-ciri guru pedagogi kontemporari adalah menguasai subjek (kandungan kurikulum). Guru mahir dan berketerampilan dalam pedagogi. Dalam hal ini guru yang bijak adalah bila mana mereka menggabungkan pelbagai kemahiran pedagogi untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran agar ianya berkesan dan sesuai dengan minat murid. Guru juga mesti memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka. Pemahaman tentang psikologi sangat penting untuk pembangunan sahsiah murid. Dalam merancang aktiviti guru sepatutnya kreatif dan menetapka elemen seni dalam pendidikan. Guru juga perlu memilikki kemahiran kaunseling dan mahir menggunakan teknologi terkini.

Ciri-ciri murid pedagogi kontemporari adalah mewujudkan pembelajaran secara kolaboratif.Murid perku ada kemahian berkomunikasi sesame rakan, guru dan masyarakat serta institusi pendidikan lain. Murid digalakan menyiasat dan menyelidik untuk memperolehi ilmu baharu. Membuat rumusan daripada pelbagai sumber makmlumat untuk menjadikan murid lebih kreatif dan kritis. Murid juga perlu sentiasa mewujudkan kitaran maklumbalas sesame rakan, guru dam ibubapa untuk penambahbaikan berterusan. Akhir sekali murid mesti berupaya mengurus proses pembelajaran kendiri untuk menjadikan mereka lebih matang , berkeyakinan dan mempunyai jati diri.

 

Perbandingan Pedagogi Antik, Klasik dan Kontemporari

Terdapat tiga kluster pedagogi masa kini iaitu Pedagogi Antik, Pedagogi Klasik, dan Pedagogi Kontemporari. Pedagogi Antik ialah jenis pendekatan pedagogi yang berasal daripada Greek purba, iaitu jenis pengajaran yang tidak menekankan kepada penglibatan dan kolaborasi antara guru dan murid. Guru hanya akan mengajar dan menerangkan sesuatu tajuk dan berkongsi pengetahuan mereka melalui satu hala sahaja. Guru tidak perlu membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat pelajar kerana mereka hanya memberikan ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar pula perlu menerima segala maklumat dan ilmu pengetahuan yang diberikan kepada mereka walaupun proses pembelajaran itu membosankan dan tidak menarik. Selain itu juga, pedagogi antik juga boleh dikenalpasti melalui cara penyampaian maklumat, iaitu guru hanyalah berperanan sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat. Menurut Paulo Freire, pedagogi antik boleh diumpamakan sebagai jenis perbankan, kerana ia memperlakukan murid seperti bekas kosong yang perlu diisi maklumat-maklumat di dalamnya. Oleh itu, pedagogi antik ialah pedagogi tradisional yang sangat mundur dan tidak boleh dipakai oleh guru masa kini kerana ianya melihat murid sebagai penerima maklumat dan sekadar mengikut apa yang diajar oleh guru mereka.

Manakala, pedagogi klasik pula adalah gabungan antara idea pedagogi pada zaman Greek purba dan juga disiplin ilmu pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ianya bermaksud guru menjadi pembantu dan pemudah cara murid dalam menyemai ilmu pengetahuan mengikut kesesuaian dan kesediaaan murid tersebut. Guru juga mahir dalam menyusun langkahlangkah dan teknik pengajaran yang berkesan dan menarik selain mengatur strategi-strategi pembelajaran yang memerlukan kepada kesesuaian masa dan tempat. Dengan kata lain, guru pandai menyesuaikan diri dalam situasi-situasi yang akan datang dan bukan hanya mahir dalam mengajar sahaja. Pedagogi klasik ini juga memerlukan guru yang mahir dalam merangka bahan-bahan mengajar, menyediakan kerja berkumpulan yang sesuai bagi kerja dalam kumpulan yang kecil, atau memudahkan kerja bagi yang melibatkan kumpulan yang besar. Pedagogi klasik juga menjadikan murid sebagai pemikir yang kritis, ahli kumpulan yang berkolaborasi, perancang bagi setiap kerja projek dan seorang yang kreatif dalam menyumbangkan sesuatu idea. Oleh itu, pedagogi klasik boleh didefinisikan sebagai pedagogi yang membantu dan menggalakkan murid-murid menjadi pelajar yang lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, lebih kritis dalam pemberian idea dan dapat membuat kerja secara kendiri.

Jenis yang terakhir dalam kluster pedagogi masa kini adalah pedagogi kontemporari. Dari segi konteks pendidikan , kontemporari bermaksud kebolehan keberadaan kita pada masa sekarang. Maka, pedagogi kontemporari boleh diklasifikasikan sebagai pedagogi yang sentiasa berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Pada masa kini, hubungan antara guru dan murid tidak lagi melalui komunikasi di dalam kelas, bahkan ianya menjangkau masa, tempat dan iklim.Terkesan kepesatan kecanggihan teknologi masa kini seperti penggunaan internet, penambahan alat-alat teknologi digital serta aplikasi-aplikasi yang merubah secara total suasana dan iklim pembelajaran di dalam dunia pendidikan. Pedagogi kontemporari memfokuskan kepada kemahiran pelajar dalam menyusun atur pembelajaran mereka tanpa bantuan dan arahan daripada guru mereka sendiri. Pelajar juga boleh memilih kurikulum, memilih kaedah pembelajaran dan masa serta tempat mereka belajar, manakala guru hanyalah sebagai pemudahcara dan penasihat bagi aktiviti-aktiviti dan pembelajaran pelajar.