PETA i-THINK

Peta i-Think ialah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan.

Selain itu, Peta i-Think ini juga boleh diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya. Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif di sekolah.


Terdapat 8 jenis Peta i-Think yang boleh digunakan dalam pembelajaran iaitu:

Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map atau Peta Bulatan ialah peta yang digunakan untuk bagi sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut sesuatu konteks.

Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map atau Peta Buih digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti yang lazimnya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

Double Bubble Map atau Peta Buih Berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi yang pelbagai.

Peta Pokok (Tree Map)

Tree Map atau Peta Pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori.

Peta Dakap (Brace Map)

Peta Dakap atau Brace Map digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.

Untuk Peta Dakap, garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek dan arisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Peta Alir (Flow Map)

Peta Alir atau Flow Map lazimnya digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.

Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat sesuatu fenomena.

Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting manakala bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut dan bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Peta Titi (Bridge Map)

Bridge Map atau Peta Titi digunakan untuk murid mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor hubungan yang berlaku.

https://www.youtube.com/watch?v=NkzZ2p83NNk

Rajah 1 : Jenis-jenis peta i-Think

Sumber : https://aminazirah92.blogspot.com/2015/12/8-jenis-peta-i-think.html