Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kewangan daripada penduduk, pemilik rumah, penyewa serta pihak-pihak yang prihatin terhadap pembangunan dan kesejahteraan komuniti Fasa 1M. Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan, program keselamatan, kebajikan penduduk serta kos pengurusan persatuan selaras dengan perlembagaan yang berkuat kuasa.
Bagi memastikan tadbir urus kewangan yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti, semua sumbangan kewangan hendaklah dibuat secara terus ke akaun bank rasmi Persatuan Penduduk Fasa 1M sahaja. Pihak persatuan tidak menjalankan sebarang kutipan secara tunai atau peribadi, dan setiap transaksi akan direkodkan secara sistematik serta dilaporkan dalam penyata kewangan persatuan untuk semakan dan audit.
Pihak Persatuan amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan kerana ia mencerminkan sokongan dan keprihatinan terhadap usaha membangunkan komuniti Fasa 1M yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera. Kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M (PPF1M), yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Encik Shuhaimi bin Abdul Rani, Setiausaha, AJK dan Encik Mohayan telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Tuan Haji Adinan Husin. Untuk makluman, Pengerusi Penaja, Tuan Haji Azhar masih di dalam cuti sakit.
Dalam pertemuan ini, Tuan Haji Adinan telah berbesar hati menyumbangkan dana bagi menyokong pelbagai aktiviti anjuran persatuan. Beliau turut menyerahkan borang keahlian sebagai tanda sokongan dan komitmen beliau.
Pihak Persatuan amat berterima kasih dan menghargai sokongan penuh daripada Tuan Haji Adinan. Semoga sumbangan beliau menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dan semangat kejiranan yang harmoni dalam kalangan penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.
Akaun Bank Rasmi Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025)
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada individu, syarikat swasta, organisasi mahupun badan-badan kerajaan dalam bentuk kewangan, kemudahan atau prasarana, bagi menyokong pelaksanaan program dan inisiatif komuniti.
Sebarang sumbangan kewangan atau berkaitan bayaran pendaftaran keahlian dan yuran tahunan keahlian boleh dibayar terus ke akaun rasmi persatuan seperti berikut:
Nama Akaun : PERSATUAN PENDUDUK FASA 1M, BANDAR TASIK KESUMA (2025)
No. Akaun : 11-0256794-8
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Nama Bank : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Dikenali sebagai Bank Rakyat)
Nota Penting:
Salinan transaksi (resit bank / bukti pemindahan) hendaklah dihantar melalui e-mel ke alamat rasmi persatuan:
persatuanpendudukfasa1m@gmail.com dan hantar salinan Whatsapps ke Bendahari - Mohd Rizal bin Mohtar 012 678 8980
Sila nyatakan nama penuh, tujuan sumbangan/bayaran serta tempoh pembayaran (jika berkaitan), bagi tujuan rekod dan pengesahan.
Penggunaan bayaran secara QR
Bagi memberi kemudahan buat semua ahli, pihak Persatuan juga menerima pembayaran melalui DuitNow QR.
Pastikan salinan resit disimpan sebagai bukti.