Kewangan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Pengurusan kewangan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma dilaksanakan secara telus dan berintegriti demi memastikan segala kutipan serta perbelanjaan digunakan untuk kepentingan bersama penduduk.
Semua sumbangan dan dana yang diterima daripada ahli, pihak individu, syarikat mahupun agensi kerajaan akan direkod dan dilaporkan secara berkala oleh Bendahari Persatuan.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan, kemudahan dan prasarana bagi memperkasakan komuniti serta melancarkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Segala urusan berkaitan kewangan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma hendaklah disalurkan melalui Bendahari Persatuan sahaja, sama ada melalui pembayaran secara tunai, cek, bank draf atau kiriman wang yang sah. Namun demikian, pihak persatuan amat menggalakkan agar semua sumbangan atau pembayaran dibuat melalui pindahan wang terus ke akaun bank rasmi persatuan bagi tujuan keselamatan dan kemudahan rekod.
Setiap transaksi kewangan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran seperti resit pemindahan, slip bank atau dokumen sokongan yang sah.
Resit rasmi persatuan akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran yang diterima sebagai rekod dan pengesahan. Penduduk atau penyumbang diminta untuk menyimpan resit tersebut bagi tujuan rujukan sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau isu di masa hadapan.
Persatuan bercadang untuk menggunakan Settlepayz sebagai solusi kutipan yuran dan sumbangan.