Selamat datang ke Portal Rasmi
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025)
(PPF1M)
Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Portal Rasmi Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025). Portal ini diwujudkan sebagai satu platform digital yang menyatukan komuniti setempat melalui penyampaian maklumat, pengurusan aktiviti, dan penyaluran perkhidmatan secara lebih tersusun dan interaktif.
Melalui portal ini, anda boleh:
Mengakses maklumat terkini berkaitan aktiviti dan program penduduk.
Menyemak pengumuman penting daripada pihak persatuan.
Berhubung dengan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan secara terus.
Mendapat maklumat mengenai perkhidmatan komuniti dan keselamatan kejiranan.
Portal ini dibangunkan dengan objektif untuk:
Memudahkan penyampaian dan capaian maklumat kepada penduduk.
Memperkukuh hubungan dan kerjasama antara penduduk dan AJK.
Menyediakan ruang digital yang menyokong kemajuan komuniti secara bersama.
Kami berharap portal ini akan menjadi sumber rujukan utama yang bermanfaat untuk semua penduduk Fasa 1M. Segala maklumat di portal ini adalah diselia oleh AJK Persatuan Penduduk. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kekeliruan atau penyebaran maklumat yang tidak sah daripada pihak luar.
Terima kasih atas sokongan anda kepada Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025). Marilah kita bersama-sama mewujudkan komuniti yang harmoni, aktif dan sejahtera demi kesejahteraan bersama.
Makluman Rasmi
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025)
(Status sehingga 9 Februari 2026)
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) telah mengadakan Mesyuarat Agung dan Pemilihan Kali Pertama pada 8 Februari 2026 dengan memilih barisan ahli jawatankuasa tetap yang akan berkhidmat dari tahun 2026 hinga 2028 (3 tahun).
Keahlian persatuan masih terus dibuka dan semua penduduk Fasa 1M dialu-alukan untuk menyertai persatuan penduduk melalui dalam talian bagi memudahkan pendaftaran. Rujuk Pendaftaran Keahlian
Sehingga 9 Februari 2026, keahlian berdaftar adalah seramai 83 orang. Rujuk Senarai ahli berdaftar
Persatuan telah mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK Tetap pada 8 Februari 2026 (Ahad) di Luar Dewan Solat Utama, Surau At-Taqwa. Rujuk Mesyuarat Agung dan Pemilihan
Persatuan berharap untuk menerima sumbangan dari semua pihak untuk menyokong dan menambah dana-dana untuk aktiviti yang akan dijalankan. Rujuk Sumbangan
Semua perancangan dikemaskini di laman Takwim Persatuan 2026 dan aktiviti telah dijalankan dimasukkan di laman Aktiviti 2025 dan Aktiviti 2026.
Kami menghargai kerjasama dan sokongan semua penduduk dalam menjayakan inisiatif ini. Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui portal rasmi - https://bio.link/ppf1m
Ucapan Aluan Dari Pengerusi Sesi 2026-2028
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Sesi 2026-2028, Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk atas pemilihan semula, kepercayaan dan komitmen terhadap penubuhan serta perkembangan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) (PPF1M).
Penubuhan persatuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran atau formaliti komuniti semata-mata. Ia adalah satu platform kolektif yang memainkan peranan penting dalam membina, memelihara dan memajukan kesejahteraan kawasan kejiranan kita secara menyeluruh.
Mengapa Keahlian Persatuan Penting?
Menjadi ahli persatuan bukan hanya melibatkan pendaftaran semata-mata, tetapi membawa bersama tanggungjawab, hak dan suara dalam menentukan halatuju komuniti. Dengan bertambahnya bilangan ahli, persatuan mempunyai kekuatan untuk:
Menyuarakan kepentingan penduduk kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.
Merancang dan melaksanakan program-program komuniti yang lebih menyeluruh dan berimpak.
Menyusun langkah keselamatan, kebersihan dan kebajikan secara bersama.
Memupuk semangat muafakat, gotong-royong dan tolong-menolong antara jiran.
Lebih ramai yang menyertai, lebih kuat suara kita. Lebih aktif komuniti, lebih sejahtera kawasan kita.
Persatuan merancang untuk menumpukan lima fokus utama bagi tahun 2026:
Kesihatan penduduk melalui Taman Bebas Denggi dan gotong-royong kebersihan.
Gaya hidup sihat menerusi aktiviti riadah dan sukan antara penduduk.
Pendidikan dengan Anugerah Pelajaran Cemerlang Haji Adinan untuk memotivasikan pelajar.
Kebajikan komuniti melalui bantuan kepada golongan memerlukan.
Kesejahteraan ekonomi melalui program pertanian bandar atau ekonomi yang selari inisiatif kerajaan.
Persatuan Milik Kita Bersama
Persatuan ini bukan milik AJK semata-mata. Ia adalah milik seluruh penduduk Fasa 1M. Setiap ahli mempunyai peluang untuk menyumbang — sama ada dalam bentuk idea, tenaga, kepakaran mahupun sokongan moral. Inilah ruang untuk kita bersama-sama membina komuniti yang proaktif, harmoni dan berdaya saing.
Saya menyeru kepada semua penduduk yang masih belum mendaftar sebagai ahli, agar mengambil langkah proaktif untuk menyertai. Pendaftaran adalah mudah dan terbuka kepada semua isi rumah yang menetap di Fasa 1M. Dengan penyertaan anda, kita dapat memperkukuh lagi kekuatan dalaman kejiranan kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan semangat kejiranan yang ditunjukkan oleh semua penduduk. Semoga kita terus bergerak seiring sebagai satu kejiranan yang bersatu, prihatin dan maju bersama.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
LT KOL HJ AZHAR BIN MOHAMAD (bersara)
Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) bagi Sesi 2026 - 2028
8 Februari 2026
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) secara rasminya telah didaftarkan di bawah ROS dengan butiran berikut :
Nombor daftar : PPM-002-10-04072025
Tarikh rasmi daftar : 4 Julai 2025
Secara rasminya, segala operasi dan pentadbiran Persatuan ini adalah secara sah dan berdaftar.
Akaun Rasmi Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025)
Bagi memastikan pengurusan kewangan yang telus dan terbuka, segala urusan kewangan akan menggunakan akaun bank.
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada individu, syarikat swasta, organisasi mahupun badan-badan kerajaan dalam bentuk kewangan, kemudahan atau prasarana, bagi menyokong pelaksanaan program dan inisiatif komuniti.
Sebarang hal berkaitan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi persatuan seperti berikut:
Nama Akaun : PERSATUAN PENDUDUK FASA 1M, BANDAR TASIK KESUMA (2025)
No. Akaun : 11-0256794-8
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Nama Bank : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Dikenali sebagai Bank Rakyat)
No. Pendaftaran ROS : PPM-002-10-04072025
Nota Penting:
Salinan transaksi (resit bank / bukti pemindahan) hendaklah dihantar melalui e-mel ke alamat rasmi persatuan: persatuanpendudukfasa1m@gmail.com dan hantar salinan Whatsapps ke Bendahari - Encik Mohd Rizal bin Mohtar 012 678 8980
Sila nyatakan nama penyumbang, tujuan sumbangan serta tempoh pembayaran (jika berkaitan), bagi tujuan rekod dan pengesahan.
Mewujudkan komuniti penduduk Fasa 1M yang bersatu padu, harmoni, selamat dan sejahtera melalui semangat kejiranan yang kukuh serta kehidupan yang sihat dan aktif.
Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati.
Menjadi pengantara di antara penduduk dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk
Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan
Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat
Menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk melalui aktiviti kemasyarakatan dan hubungan kejiranan yang erat.
Mewujudkan kerjasama yang berkesan antara penduduk, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan demi kepentingan bersama.
Memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan Fasa 1M melalui inisiatif keselamatan komuniti seperti laporan kejiranan.
Mengaktifkan penyertaan penduduk dalam program komuniti seperti gotong-royong, forum penduduk, ceramah kesihatan dan lain-lain.
Membangunkan gaya hidup sihat dan sejahtera dengan menganjurkan program kesihatan, rekreasi dan kecergasan.
Melindungi dan memelihara harta benda awam serta memastikan kemudahan prasarana di kawasan kediaman dijaga dengan baik.
Membina rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk terhadap kebajikan dan pembangunan komuniti setempat.
Berikut adalah antara kelebihan kita mempunyai persatuan penduduk yang kuat :
Mewujudkan saluran komunikasi rasmi
Persatuan bertindak sebagai wakil sah penduduk untuk berurusan dengan agensi kerajaan, PBT, polis, syarikat utiliti dan pihak berkepentingan. Ini memastikan semua isu disampaikan secara teratur dan lebih mudah mendapat perhatian.
Mengukuhkan keselamatan kawasan
- Melalui persatuan, rondaan keselamatan, pemasangan CCTV, kawalan akses dan komunikasi kecemasan boleh diselaras secara lebih sistematik.
- Kawasan yang mempunyai persatuan aktif biasanya lebih terkawal dan rendah risiko kejadian jenayah.
Menambah baik pengurusan persekitaran
Persatuan membantu menyelaras hal-hal seperti kebersihan, penyelenggaraan kemudahan, pengurusan sampah, lampu jalan, longkang dan landskap. Tindakan lebih cepat kerana ada satu badan teratur yang memantau dan membuat laporan.
Menjana dan menyokong aktiviti komuniti supaya dapat dianjurkan secara terancang.
Ini menggalakkan hubungan baik dan membina komuniti yang lebih sihat dan bersatu.
1. Gotong-royong
2. Program kesihatan
3. Sukan
4. Kebajikan
5. Pendidikan
Memudahkan perancangan pembangunan kawasan
Persatuan boleh mengatur projek pembangunan, memohon geran, bekerjasama dengan syarikat, dan mengurus dana untuk faedah penduduk. Contohnya pemasangan kemudahan awam, penambahbaikan taman atau sistem keselamatan.
Meningkatkan imej dan nilai hartanah
Kawasan yang terurus, bersih dan mempunyai rekod komuniti aktif biasanya mempunyai nilai hartanah yang lebih baik dan lebih menarik kepada pembeli.
Berikut adalah antara kelebihan kita mempunyai Pengerusi Persatuan Penduduk :
Pengerusi akan mempunyai kuasa di dalam membuat pengesahan rasmi
Pengerusi mempunyai hak sebagai wakil penduduk untuk berunding dengan pihak PBT, atau pihak luar.
Sebagai pemimpin persatuan, Pengerusi secara tidak langsung boleh:
mengesahkan keahlian seseorang penduduk,
mengesahkan maklumat tentang penduduk,
mengesahkan status tempat tinggal,
mengesahkan penyertaan dalam program persatuan.
Pengesahan ini biasanya dilakukan menggunakan cop rasmi persatuan dan ini merupakan dokumen yang boleh diterima untuk urusan rasmi seperti permohonan bantuan, pendaftaran program atau tuntutan tertentu.
Sila klik di sini untuk melihat Soal Jawab (FAQ) berkaitan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (PPF1M).
Maklumat Biro-biro : Info mengenai pentadbiran, jawatankuasa pengurusan, dan ciri-ciri pengurusan lain yang berkaitan dengan biro-biro persatuan
Maklumat Pentadbiran: Info mengenai pentadbiran, jawatankuasa pengurusan, dan ciri-ciri pengurusan lain yang berkaitan dengan persatuan
Info mengenai mesyuarat yang dijalankan bagi memastikan hala tuju persatuan
Mesyuarat AJK Penaja adalah mesyuarat untuk ahli jawatankuasa sementara yang dilantik secara tidak rasmi oleh penduduk atau pihak penganjur dalam menguruskan proses awal penubuhan persatuan.
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan setiap 1 tahun sekali manakala Mesyuarat Agung Tahunan beserta pemilihan AJK Tetap diadakan setiap 2 tahun sekali. Bergantung kepada perlembagaan dan ianya hanya boleh dipinda dengan persetujuan ahli
Mesyuarat AJK Tetap diadakan mengikut tempoh pelantikan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan Penduduk, iaitu bagi satu penggal pentadbiran selama tiga (3) tahun. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat dalaman yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Tetap sahaja dan tidak melibatkan kehadiran ahli persatuan secara keseluruhan.
Semua laporan mesyuarat akan dikemaskini dari masa ke semasa di dalam portal https://www.eroses.gov.my/pertubuhan
Setiausaha atau Penolong Setiausaha bertanggungjawab memastikan untuk pengemaskinian maklumat yang diperlukan untuk memastikan persatuan patuh kepada perlembagaan yang telah dibuat.
Maklumat Biro-biro : Info mengenai pentadbiran, jawatankuasa pengurusan, dan ciri-ciri pengurusan lain yang berkaitan dengan biro-biro persatuan
Diketuai oleh Mohd Herme bin Smaon (7S)
Diketuai oleh Encik Osman bin Hasan (22AQ)
Diketuai oleh Puan Rohaini binti Mohamad (3M) dan Puan Mariah binti Ismail (35L)
Diketuai oleh Dr Aminuddin bin Hussin (77M)
Maklumat Kewangan : Info berkaitan dengan kewangan persatuan
Maklumat Keahlian : Info mengenai keahlian persatuan
Maklumat Aktiviti : Info mengenai aktiviti persatuan
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) ditubuhkan sebagai platform rasmi untuk menyatukan penduduk dan memperjuangkan kesejahteraan komuniti secara berterusan ke arah kawasan perumahan yang selamat, sihat, harmoni dan sejahtera dari aspek sosial serta ekonomi.
Bagi menangani cabaran semasa, persatuan menetapkan lima fokus utama:
Kesihatan penduduk melalui Taman Bebas Denggi dan gotong-royong kebersihan.
Gaya hidup sihat menerusi aktiviti riadah dan sukan antara penduduk.
Pendidikan dengan Anugerah Pelajaran Cemerlang Haji Adinan untuk memotivasikan pelajar.
Kebajikan komuniti melalui bantuan kepada golongan memerlukan.
Kesejahteraan ekonomi melalui program pertanian bandar atau ekonomi yang selari inisiatif kerajaan.
Pelaksanaan fokus ini bergantung pada penyertaan aktif dan kerjasama penduduk. Dengan perancangan tersusun dan pengurusan telus, persatuan berhasrat membangunkan Fasa 1M sebagai komuniti contoh yang progresif dan berdaya tahan.
Maklumat Arkib : Info mengenai Aktiviti Gotong Royong Tahun 2010
Maklumat Aktiviti : Info dan direktori perkhidmatan untuk penduduk serta panduan kejiranan
Untuk tempoh dari 1 Jun 2025 hingga 30 November 2025, sebanyak 6 kejadian berkaitan penduduk telah diterima.
4 kes berkaitan kes jenayah
2 kes melibatkan harta benda penduduk (pecah masuk rumah dan pecah cermin kereta)
2 kes melibatkan harta benda milik TM (curi kabel)
1 kes berkaitan perkhidmatan sampah (sampah lewat dikutip)
1 kes berkaitan kemalangan dalam taman
Maklumat Aktiviti : Info dan direktori perkhidmatan untuk penduduk
Maklumat Aduan : Info dan direktori aduan penduduk berkaitan masalah lokal
Maklumat Persatuan : Info mengenai sejarah persatuan, tentang logo, info untuk dihubungi
Pautan ke info yang berkenaan
Pautan ke sosial media rasmi yang berkenaan
Dengan semangat kejiranan yang utuh serta komitmen untuk membina sebuah komuniti yang harmoni, lestari dan sejahtera, Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) berhasrat untuk menyertai Pertandingan Kejiranan Terbaik Peringkat MPP-MPKj pada masa akan datang.
Penyertaan ini bukan sekadar platform untuk menonjolkan keunikan dan kekuatan komuniti kami, malah merupakan langkah penting ke arah memperkasa kerjasama penduduk dalam mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat, bersih dan mesra.
Sebagai persiapan awal, barisan Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan mengadaptasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai panduan dalam setiap pelaksanaan program, pemantauan aktiviti serta pengukuran impak terhadap kesejahteraan kejiranan.
Kategori yang menjadi tumpuan adalah untuk kategori perumahan teres.
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) kini diterajui oleh Ahli Jawatankuasa sesi 2026–2028 yang sah berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2028. Sama-sama kita doakan agar urus tadbir dan segala aktiviti Persatuan Penduduk terus diberkati dan dirahmati Allah SWT.
⌛ Tempoh berbaki di bawah ini sebelum tamat mandat: