Persatuan Penduduk Fasa 1M telah menetapkan enam bidang utama sebagai asas penilaian prestasi atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menyeluruh dan berfokus kepada kesejahteraan komuniti serta pengurusan taman yang cekap dan berkesan.
Antara bidang utama yang dinilai ialah:
Pentadbiran Taman – Dengan wajaran markah sebanyak 20%, bidang ini menilai kecekapan organisasi dan pengurusan persatuan.
Kebersihan dan Kesihatan – Juga diberikan wajaran sebanyak 20%, merangkumi usaha menjaga kebersihan persekitaran serta kesedaran kesihatan komuniti.
Keindahan dan Keceriaan – Bidang ini menyumbang 15% daripada keseluruhan markah. Usaha memperindahkan kawasan kejiranan seperti landskap, mural, dan hiasan taman.
Keselamatan – Dengan wajaran 10%, ia menilai inisiatif keselamatan komuniti seperti rondaan sukarela dan kerjasama dengan pihak berkuasa.
Penglibatan Masyarakat Setempat – Ini adalah bidang terpenting dengan wajaran tertinggi iaitu 25%. Ini untuk menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi daripada penduduk dalam program kejiranan, gotong-royong, sukan dan kebajikan.
Inovasi – Bidang ini memberi 10% penekanan kepada idea baharu, penyelesaian kreatif dan penggunaan teknologi dalam komuniti.
Selain itu, beberapa dokumen sokongan penting seperti carta organisasi dan laporan pengurusan taman, serta minit-minit mesyuarat perlu dikemukakan dengan sempurna oleh pihak Setiausaha bagi menunjukkan tahap dokumentasi dan tadbir urus yang baik.
Pencapaian ini menggambarkan komitmen tinggi ahli jawatankuasa serta sokongan kukuh daripada komuniti dalam menjayakan misi dan visi persatuan demi mewujudkan kawasan kejiranan yang bersih, selamat, ceria dan harmoni.