Panduan ini disediakan oleh Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (PPF1M) sebagai rujukan rasmi kepada semua penduduk. Ia bertujuan memastikan suasana kehidupan yang harmoni, teratur, dan selamat bagi semua penghuni. Panduan ini juga menjadi garis panduan kepada AJK dan pentadbir dalam menyelaraskan urusan komuniti.
Memupuk perpaduan dalam komuniti yang berbilang kaum.
Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesejahteraan kejiranan.
Menganjurkan aktiviti pendidikan, sosial dan kebajikan untuk penduduk.
Menjadi pengantara kepada pihak berkuasa dan pihak agensi berkaitan.
Memberi perkhidmatan berkaitan keselamatan, kemudahan dan prasarana setempat.
Rujuk - Klik di sini
Rujuk - Klik di sini
Rujuk - Klik di sini
a) Tetamu
Penduduk bertanggungjawab terhadap tingkah laku tetamu.
Tetamu yang menginap lama perlu memastikan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang menghalang laluan.
b) Kontraktor & Pengubahsuaian
Pemilik mesti memastikan keselamatan dan kebersihan semasa di dalam tempoh kerja tersebut.
Dicadangan mempunyai Waktu kerja dalam tempoh yang tetap dan tidak melebihi tempoh rehat pemilik/peenyewa rumah lain :
Isnin–Sabtu: 9.00 pagi – 6.00 petang.
Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 4.00 petang (kerja ringan sahaja).
Elakkan kerja berat terutama pada hari Ahad & Cuti Umum.
c) Aktiviti Keramaian
Khemah dibenarkan dengan syarat tidak menghalang laluan.
Maklumkan kepada jiran atau rumah berdekatan sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal.
d) Parkir & Had Laju
Parkir dalam kawasan rumah adalah digalakkan.
Elakkan parkir yang menyebabkan halangan laluan trafik.
Had laju dalam kawasan perumahan: kurang 30 km/j.
e) Interaksi Kejiranan
Hormati privasi jiran.
Elakkan bunyi bising pada waktu malam (10 malam – 7 pagi).
Bantu jiran dalam keadaan kecemasan atau yang berkeperluan khas.
Ibu bapa bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak di kawasan awam.
Maklumkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada AJK
Sampah domestik perlu dibungkus dengan kemas dan dimasukkan ke dalam tong.
Jadual kutipan PBT perlu dipatuhi. Elakkan letak sampah terlalu awal.
Sisa besar seperti perabot perlu dibuang secara berjadual atau melalui perkhidmatan khas.
Jangan bakar sampah terbuka.
Haiwan peliharaan adalah dibenarkan dengan syarat:
Tidak mengganggu ketenteraman (bunyi / bau).
Tidak merayau di luar rumah tanpa kawalan.
Tidak dibawa ke taman permainan atau fasiliti awam.
Najis mesti dibersihkan oleh pemilik.
Tindakan boleh diambil jika haiwan menyebabkan kecederaan atau kerosakan dengan kerjasama dan laporan kepada pihak berkuasa tempatan.
Penduduk dilarang mengambil tindakan secara persendirian untuk mengelakkan risiko tindakan undang-undang.
Gunakan fasiliti awam dengan berhemah.
Pastikan kemudahan dikekalkan dalam keadaan baik selepas digunakan.
Kanak-kanak perlu diawasi di taman permainan.
Sebarang kerosakan yang berisko kepada pengguna mesti dilaporkan segera kepada AJK.
Surau dan Masjid Terdekat: Rujuk - Klik sini
Pasaraya: Econsave Semenyih, Lotus Semenyih, 99 Speedmart, Rosyam Mart dan lain-lain lagi
Klinik & Kesihatan: Klinik Kesihatan Beranag, klinik swasta berdekatan
Sekolah Berhampiran: SK Bandar Tasik Kesuma, SMK Bandar Tasik Kesuma
Akses Jalan Utama: Jalan Semenyih-Beranang, LEKAS Highway (Exit Eco Majestic atau Semenyih)
Untuk penduduk yang beragama Islam, anda diminta untuk berdaftar dengan Khairat Kematian bagi memudahkan pengurusan jenazah.
Semua penduduk yang berumur 24 tahun dan ke atas perlu berdaftar untuk memastikan kemudahan pengurusan jenazah.
Khairat kematian adalah di bawah tanggungjawab pihak Surau At-Taqwa, Fasa 1M.
Rujuk - Klik sini
Penduduk digalakkan untuk:
Turut serta dalam aktiviti komuniti.
Menyumbang idea dan cadangan penambahbaikan.
Menjaga reputasi kawasan dan hubungan kejiranan.
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh diajukan kepada AJK melalui:
Emel rasmi (akan dimaklumkan selepas AJK Tetap dilantik).
WhatsApp rasmi komuniti (akan ditetapkan).
Google Form cadangan akan dibangunkan untuk kemudahan maklum balas dan aduan.
Rujuk - Klik sini
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Fasa 1M
Tarikh: 23 Jun 2025