Pelaksanaan program dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan/ Agensi Keselamatan Kerajaan yang dikenal pasti dengan mengambil pertimbangan seperti berikut:
Pelaksanaan program kerjasama pintar dan strategi dengan pihak berkepentingan yang ditetapkan oleh Kerajaan;
dilaksanakan dengan kerjasama jabatan/ agensi seperti berikut:
a. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
b. Polis Diraja Malaysia (PDRM);
c. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
d. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK);
e. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA);
f. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); atau
g. Jabatan/ Agensi keselamatan yang bersesuaian.
Program memberi faedah dan manfaat kepada aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti dan masyarakat secara menyeluruh; dan
Program yang memberi impak dan outcome yang tinggi kepada komuniti setempat dalam jangka masa panjang.
Antara Program Keselamatan Komuniti yang dicadangkan untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Meningkatkan pengetahuan berkenaan kaedah yang sesuai dalam pencegahan jenayah; dan
- Memberi kesedaran kepada komuniti tentang peranan komuniti dalam mencegah jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan.
Agensi yang dicadangkan terlibat : Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Memberi kefahaman dan kesedaran dalam mencegah dan mengawal denggi atau seumpamanya; dan
- Membentuk komuniti yang cakna akan kebersihan persekitaran, kesihatan dan keselamatan jalan raya.
Agensi yang dicadangkan terlibat : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Memberi kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah kepada komuniti; dan
- Memberi kesedaran dan pendedahan tentang bahaya dadah.
Agensi yang dicadangkan terlibat : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
- Mempelajari langkah keselamatan ketika menghadapi situasi kebakaran; dan
- Memberi pendedahan tentang pencegahan kebakaran dan bantuan awal ketika kebakaran.
Agensi yang dicadangkan terlibat : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Mempelajari kaedah-kaedah yang sesuai ketika berlakunya kecemasan;
- Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pertolongan awal semasa berlaku kecemasan; dan
- Latihan secara amali dalam aspek pengurusan menghadapi bencana.
Agensi yang dicadangkan terlibat : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Meningkatkan aspek keselamatan yang sesuai dalam pencegahan jenayah; dan
- Membantu memberi peranan komuniti dalam mencegah jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan.
Aktiviti yang dicadangkan terlibat :
1) Pemasangan kamera litar tertutup keselamatan di lokasi-lokasi strategik di dalam Taman Perumahan Fasa 1M
2) Mengenalpasti dan memastikan pili-pili bomba berfungsi di dalam Taman Perumahan Fasa 1M
3) Mengenalpasti dan memastikan tiada lubang main hole terbuka di dalam Taman Perumahan Fasa 1M
4) Mengenalpasti dan memastikan tiada saluran longkang tersumbat di dalam Taman Perumahan Fasa 1M untuk memastikan persekitaran bebas denggi
5) Mengenalpasti dan memastikan tiada longgokan sampah di dalam Taman Perumahan Fasa 1M untuk memastikan persekitaran bersih
Perbelanjaan pelaksanaan program yang dibenarkan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Kos pentadbiran program:
- Bahan Kursus:
• Alat tulis
• Bahan bercetak
- Sijil;
- Publisiti;
- Bayaran/ saguhati penceramah; dan
- Lain-lain
b. Kos Makan dan Minum:
- Kadar bagi penyediaan makanan dan minuman untuk melaksanakan program adalah seperti berikut:
Jamuan ringan (minum pagi atau petang)
Anggaran bajet RM 8 seorang
Makan tengah hari/ malam
Anggaran bajet RM 15 seoarang
c. Kos Bayaran Tempat Pelaksanaan Program
- Melaksanakan program di tempat yang bersesuaian dengan kaedah program yang ingin dilaksanakan seperti di dewan komuniti, luar Dewan Solat Surau At-Taqwa, Kawasan Padang Permainan Kanak-kanak dan lain-lain; dan
Minitkan perbincangan untuk program dan isikan borang
Buat laporan selepas aktiviti dilaksanakan
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM
1. NAMA PERTUBUHAN
(a) Nama Pertubuhan: Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
(b) No.Pendaftaran: PPM-xxxx
2. BUTIRAN PROGRAM
Nama Program: Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Bersama Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Tarikh: 12 Oktober 2025 (Ahad)
Masa: 9 pagi sehingga 1 petang
Tempat: Padang Permainan Kanak-kanak, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Bilangan Peserta: 30 peserta, 5 Urus Setia dan Penceramah
3. JUMLAH PERUNTUKAN
Peruntukan yang diterima:
4. PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP KOMPONEN
A. Kos Pembelian Peralatan
PEMADAM API RM100 x 3 unit = RM300
B. Kos Perbelanjaan Program
MAKAN MINUM RM10 x 50 orang = RM500
KOS PENTADBIRAN
• BAHAN KURSUS RM100 x 7 unit = RM700
• SIJIL RM10 x 40 unit = RM400
• PUBLISITI - Banner RM100 x 3 unit = RM300
• BAYARAN SAGUHATI/ PENCERAMAH - RM100 x 5 unit = RM500
JUMLAH : RM2700
5. PROGRAM/ AKTIVITI
Program: Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Bersama Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma
Masukkan gambar aktiviti
6. KESIMPULAN
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Semenyih dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.