Rujukan :
https://mysociety.ros.gov.my/myngo (Panduan Tadbir Urus Persatuan)
https://www.eroses.gov.my/rosalert/ (Semakan Senarai Hitam Pemegang Jawatan)
https://www.ros.gov.my/portal-main/semakan2 (Semakan Status Pertubuhan)
No
1
Keterangan
SEBELUM PENDAFTARAN
1) Setup Portal
2) Siapkan template
3) Maklumkan bakal AJK Penaja
3) Memanggil Mesyuarat Penaja untuk penubuhan pertubuhan
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
17/6/2025
Catatan
No
2
Keterangan
SEBELUM PENDAFTARAN
a) Mengadakan Mesyuarat Penaja minimum 7 orang yang bersetuju:
• Menubuhkan pertubuhan;
• Nama pertubuhan (selaras dengan tujuan pertubuhan);
• Alamat urusan pertubuhan;
• AJK Penaja pertubuhan (pastikan AJK adalah tidak hilang layak di bawah Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966); dan
• Meluluskan undang-undang (perlembagaan), termasuk lambang/bendera/lencana serta maksud bagi setiap ikon/warna.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
22/6/2025
No
3
Keterangan
SEBELUM PENDAFTARAN
Menyediakan Minit Mesyuarat Penaja untuk rekod pertubuhan.
Info diperlukan semasa pendaftaran :
c) Mesyuarat Penubuhan
• Tarikh mesyuarat
• Masa
• Tempat
• Jumlah kehadiran
• Nama pertubuhan
• (Tiada minit mesyuarat perlu dilampirkan)
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
22/6/2025
Catatan
No
4
Keterangan
PENDAFTARAN ONLINE
i. Mendaftar akaun pengguna eROSES
ii. Menggunakan emel yang sah dan berfungsi
iii. Menyediakan fi RM30.00 untuk mendaftar.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
23/6/2025
Catatan
Pembayaran
• Tarikh pembayaran pada : 23 Jun 2025
• Cara pembayaran : online
• Amaun : RM30.00
Email yang sah dan berfungsi
persatuanpendudukfasa1m@gmail.com
25/6/2025 : ROS telah membuat kuiri tentang alamat persatuan dan perkara ini telah dikemaskini oleh Setiausa Penaja pada hari yang sama.
4/7/2025 : ROS telah memberi kelulusan untuk pendaftaran pertubuhan
No
5
Keterangan
SELEPAS PENDAFTARAN
a) Mesyuarat Agung Pertama
i) Pertubuhan boleh memilih untuk mengadakan mesyuarat (agung) pertama.
ii) Penyata tahunan (pertama) dihantar melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
8/2/2025
No
6
Keterangan
b) Mesyuarat Agung
i) Pertubuhan perlu mematuhi kehendak perlembagaan dalam mengadakan mesyuarat agung termasuklah tempoh (jarak) di antara satu-satu mesyuarat.
ii) Pengendalian mesyuarat agung perlu mengambilkira dan mematuhi:
• Tempoh notis dalam memanggil Mesyuarat Agung.
• Korum lazimnya separuh dari jumlah ahli yang layak mengundi / dua kali ganda bilangan AJK, walau bagaimanapun ia berbeza mengikut perlembagaan pertubuhan.
• Notis perlu mengandungi maklumat tarikh, masa dan tempat.
• Sertakan agenda mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu, penyata tahunan (termasuk penyata kewangan) dan borang cadangan / usul.
• Agenda mesyuarat termasuklah perlantikan AJK, perlantikan juruaudit, pindaan perlembagaan, perancangan aktiviti dan lain-lain yang difikirkan perlu.
• Bendahari sebelum itu perlu menyerahkan penyata kewangan kepada juruaudit untuk diaudit.
• Penyata kewangan hendaklah dibentang dan disahkan semasa mesyuarat agung.
Pindaan perlembagaan tidak boleh dibuat sekiranya korum mesyuarat tidak mencukupi
Tindakan
SETIAUSAHA / BENDAHARI
Status
Selesai
Tarikh Selesai
8/2/2025
Penyata Tahunan hendaklah dikemaskini dalam masa 60 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Bagi Pertubuhan yang tidak mengadakan mesyuarat pada tahun tersebut, penyata hendaklah dikemaskini sebelum 1 Mac.
No
7
Keterangan
SELEPAS MESYUARAT
Setiausaha hendaklah merekodkan perjalanan mesyuarat dan mengemukakan penyata tahunan (setiap tahun) melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat atau sekiranya tiada mesyuarat agung dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya tahun kalendar.
Minit mesyuarat perlu dihantar kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) bulan selepas selesai mesyuarat.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
24/2/2026
No
8
Keterangan
Penghantaran Penyata Tahunan (Rujuk bahagian bawah item 8a)
Pertubuhan perlu mematuhi Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 dalam mengemukakan penyata tahunan.
Penyata tahunan dikemukakan dalam tempoh 60 hari setelah mesyuarat selesai dijalankan atau sekiranya tiada mesyuarat agung dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya tahun kalendar.
Penyata tahunan mengandungi maklumat lengkap berkenaan mesyuarat agung, barisan AJK (terkini), maklumat juru audit, penyata kewangan (termasuk pendapatan dan perbelanjaan dari/keluar negara) serta butiran aset dan liabiliti pertubuhan.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
24/2/2026
No
8a
Keterangan
Penghantaran Penyata Tahunan
(Rujuk bahagian bawah)
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
Penyata Tahunan 2025
24/2/2026
No
9
Keterangan
Mesyuarat Jawatankuasa
• Mesyuarat jawatankuasa dijalankan mengikut ketetapan perlembagaan. Lazimnya setiap tiga (3) bulan sekali.
• Korum mesyuarat adalah setengah (1/2) daripada jumlah AJK.
• Notis mesyuarat hendaklah disampaikan tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.
• Laporan kegiatan AJK perlu dikemukakan kepada mesyuarat agung.
• Jawatankuasa boleh melantik Jawatankuasa Kecil sekira difikirkan perlu
• Laporan/minit mesyuarat jawatankuasa tidak perlu dikemukakan kepada Pendaftar tetapi pertubuhan hendaklah merekodkan perjalanan mesyuarat
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Selesai
Tarikh Selesai
Bil 1/2026
12/2/2026
Bil 2/2026
Q2
Bil 3/2026
Q3
Bil 4/2026
Q4
No
10
Keterangan
Mesyuarat Agung Khas
Mesyuarat agung khas dijalankan apabila:
Difikirkan mustahak oleh jawatankuasa; atau
Setiausaha pertubuhan menerima permintaan bertulis daripada tidak kurang satu perlima (1/5) ahli yang berhak mengundi. Ia hendaklah mengandungi sebab dan tujuan mesyuarat ingin diadakan.
ii. Mesyuarat perlu diadakan dalam tempoh satu (1) bulan setelah menerima permintaan itu.
iii. Notis hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat.
iv. Korum mesyuarat adalah sebagaimana korum mesyuarat agung tahunan/dwi tahunan/tiga tahun sekali.
v. Sekiranya korum mesyuarat tidak cukup selepas setengah jam, maka mesyuarat hendaklah dibatalkan. Mesyuarat yang diminta oleh ahli-ahli bagi tujuan yang sama tidak boleh diadakan dalam tempoh enam (6) bulan.
vi. Minit mesyuarat perlu dihantar kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) bulan selepas selesai mesyuarat.
Tindakan
SETIAUSAHA
Status
Tiada dalam perancangan atau permintaan
Tarikh Selesai
Penghantaran Penyata Tahunan
PENDAHULUAN
Adalah menjadi kewajipan setiap pertubuhan untuk mengemukakan Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya atau sekiranya tiada sesuatu Mesyuarat Agung diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.
CARA MENGHANTAR PENYATA TAHUNAN
Lain-lain - PEMBUBARAN PERTUBUHAN
CARA MEMOHON PEMBUBARAN PERTUBUHAN
1.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Dua (2) salinan borang permohonan Borang 6 - Permintaan Supaya Dibatalkan Perakuan Pendaftaran yang sempurna diisi dan ditandatangani oleh tujuh (7) orang ahli biasa dan seorang pemegang jawatan utama pertubuhan;
(b) Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Agung* pembubaran yang mengandungi usul dan cara menyelesaikan baki wang/ harta serta ditandatangani oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan;
(c) Mengemukakan Penyata Tahunan dan Senarai Jawatankuasa yang terakhir;
(d) Mengemukakan dua (2) salinan Penyata Kewangan Terakhir; dan
(e) Mengembalikan Sijil Asal Pendaftaran atau surat perakuan kehilangan Sijil Pendaftaran (jika berkenaan).
Nota: *Mesyuarat Agung perlulah mematuhi peruntukan pembubaran dalam undang-undang tubuh atau Seksyen 9(h) Akta Pertubuhan 1966.
1.2 Borang permohonan bagi pembubaran pertubuhan (Borang 6) boleh dimuat turun di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Permohonan pembubaran pertubuhan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri mengikut alamat berdaftar pertubuhan dalam tempoh yang ditetapkan di dalam undang-undang tubuh pertubuhan. Rujuk alamat Jabatan Pertubuhan Negeri di sini.