Pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M (PPF1M), yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Encik Shuhaimi bin Abdul Rani, Setiausaha, AJK dan Encik Mohayan telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Tuan Haji Adinan Husin. Untuk makluman, Pengerusi Penaja, Tuan Haji Azhar masih di dalam cuti sakit.
Dalam pertemuan ini, Tuan Haji Adinan telah berbesar hati menyumbangkan dana bagi menyokong pelbagai aktiviti anjuran persatuan. Beliau turut menyerahkan borang keahlian sebagai tanda sokongan dan komitmen beliau.
Pihak Persatuan amat berterima kasih dan menghargai sokongan penuh daripada Tuan Haji Adinan. Semoga sumbangan beliau menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dan semangat kejiranan yang harmoni dalam kalangan penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan penubuhan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan keperluan, hala tuju serta pelantikan jawatankuasa penaja persatuan penduduk.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan pendaftaran dengan nombor penubuhan PPM-002-10-04072025.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2025 Haji Adinan Husin telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Jun 2025. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan motivasi kepada para pelajar atas kecemerlangan mereka di dalam bidang akademik.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah! Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.