Bagi setiap program aktiviti yang melibatkan kewangan persatuan perlu dilaporkan di dalam laporan aktiviti tahunan persatuan untuk tujuan rekod
- Klik di sini
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma telah melaksanakan aktiviti pemasangan bendera Malaysia di sekitar Pusat Komuniti sebagai salah satu usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan menyambut Bulan Kebangsaan.
Aktiviti ini turut menjadi simbol semangat perpaduan, kecintaan kepada negara serta kerjasama dalam kalangan penduduk setempat. Pemasangan Jalur Gemilang di kawasan Pusat Komuniti diharapkan dapat menceriakan suasana dan meningkatkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma berdasarkan keputusan yang telah dipersetujui melalui Mesyuarat Agung Kali Pertama yang telah diadakan sebelum ini.
Kelulusan tersebut merupakan satu perkembangan penting dalam usaha persatuan untuk memastikan pengurusan, pentadbiran serta peraturan persatuan sentiasa teratur dan selaras dengan keperluan semasa. Dengan kelulusan ini, Perlembagaan yang telah dipinda dan diluluskan secara rasmi akan berkuat kuasa serta menggantikan Perlembagaan terdahulu.
Rujuk - Perlembagaan Pindaan 6 Ogos 2026
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bantuan khas RM100 sebulan selama 6 bulan ini disasarkan khusus untuk meringankan beban isi rumah yang benar-benar terkesan oleh krisis ekonomi semasa khususnya buat golongan ibu tunggal.
Kaunter pendaftaran telah dibuka bagi membantu ibu tunggal mengisi borang melalui aplikasi Selangkah dan pada masa sama Persatuan cuba membantu mereka yang ingin memohon bantuan dari Zakat Selangor.
Ini juga bagi memastikan golongan sasar terutamanya ibu tunggal Fasa 1M tidak terlepas peluang untuk memohon dari skim bantuan ini.
Seramai 8 orang penduduk telah hadir dan adalah diharapkan semua permohonan ini dapat diluluskan.
Bagi pihak Pengerusi dan Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Muhammad Ridha, seluruh warga kerja Klinik Famili, Team PEKASEH serta semua penduduk Fasa 1M yang sudi hadir bagi menjayakan Program Khidmat Saringan Kesihatan Fasa 1M pada 14 Jun 2026.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dan semoga ianya dapat memberi manfaat buat semua.
Majlis bermula pada pukul 9:00 pagi dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma. Program saringan kesihatan dibuat di luar Dewan Solat Utama, Surau At-Taqwa.
Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas dan nasihat buat semua penduduk yang hadir supaya terus komited dalam memastikan terus sentiasa membuat saringan secara berkala untuk pemeriksaan kesihatan.
Pihak Persatuan berharap semoga jalinan kerjasama dengan Klinik Famili dan PEKASEH dapat diteruskan pada masa akan datang.
Lebih dari 30 penduduk hadir untuk membuat ujian saringan dan ada antara keputusannya menunjukkan perlu membuat pemeriksaan secara lanjut. Penting untuk kita membuat saringan sekurang-kurangnya kita dapat ambil tindakan segera untuk kembali sihat.
Program berakhir pada jam 12:00 tengahari.
Perjumpaan telah berjalan dengan lancar dan semoga ianya dapat memberi manfaat buat semua. Majlis bermula pada jam 8:15 pagi dan sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PPF1M dan kemudian diteruskan dengan sesi dialog dan cadangan oleh ibu tunggal. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk isu keselamatan seperti ancaman penduduk yang mempunyai masalah mental, isu kebersihan longkang dan laluan belakang rumah dan serta perkara-perkara lain yang dibangkitkan termasuk isu hak milik akaun air.
Salah satu cadangan menarik juga ialah untuk mewujudkan kebun komuniti di mana pihak Persatuan akan cuba mencari tanah lapang untuk menyokong penglibatan ibu tunggal untuk sama-sama membangunkan tanah yang terbiar. Sesi dialog berakhir pada jam 9:00 pagi dengan cabutan bertuah. Tahniah kepada Nofianti yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah.
Pihak Persatuan komited untuk membantu ibu tunggal dan berharap kita dapat bersama saling membantu antara satu sama lain. Kami sedia pada bila-bila masa untuk mendengar segala pendapat dan cadangan bernas dari semua pihak.
Kita secara berperingkat telah memulakan aktiviti pembersihan taman secara berkala.
Semua penduduk yang berkelapangan hadir bersama-sama untuk bergotong-royong bagi membersihkan laluan masuk kawasan Fasa 1M.
📅 *Tarikh:* 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕖 *Masa Mula:* 7.00 pagi (Lepas solat subuh)
📍 *Tempat Berkumpul:* Luar Kawasan Surau At-Taqwa, Fasa 1M
*Aktiviti:*
1. Mengecat struktur batu tepi laluan masuk jalan
2. Memotong baki dahan yang telah mati
3. Membakar dahan mati yang diletak di kawasan bakar sampah padang permainan
📣 Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi mewujudkan Fasa 1M dengan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa untuk semua penduduk.
InshaAllah, kita secara berperingkat akan memulakan aktiviti pembersihan taman secara berkala dengan permulaan membersihkan kawasan laluan masuk taman.
Aktiviti yang dirancang hari ini tertangguh sedikit akibat hujan lebat.
📅 Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
🕖 Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat Berkumpul: Luar Kawasan Surau At-Taqwa, Fasa 1M
Aktiviti yang telah dijalankan:
1. Memotong rumput di kawasan laluan masuk Fasa 1M
2. Memangkas pokok yang menghalang gangguan jalan.
3. Membersihkan longkang
📣 Terima kasih kepada Tuan Mohd Junid, Tuan Muzzani Abd Wahab dan Encik Zainal Taib yang sudi untuk hadir bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja pembersihan.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi mewujudkan Fasa 1M dengan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa untuk semua penduduk.
Sekian, terima kasih.
Sebelum
Selepas
Telah berlaku kejadian pokok tumbang pada 24 Mei 2026 di Jalan 5/1 dan laluan telah dibersihkan dengan kerjasama penduduk. Alhamdulillah, dengan kerja pembersihan ini, adalah diharapkan supaya tiada lagi kejadian risiko pokok tumbang berlaku lagi di laluan ini.
Kita mengharapkan pihak berkuasa tempatan supaya lebih proaktif dalam melakukan kerja-kerja pencantasan dahan-dahan yang berpotensi untuk patah atau menjalar ke wayar elektrik.
Pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas keprihatinan serta kelulusan bantuan yang telah diberikan kepada salah seorang penduduk di kawasan kami.
Bantuan yang diluluskan kepada seorang ibu tunggal yang turut menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU). Bantuan ini amat bermakna dalam meringankan beban kehidupan yang ditanggung oleh keluarga tersebut.
Keprihatinan dan sokongan yang diberikan membuktikan komitmen Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang memerlukan serta memastikan kebajikan asnaf terus terbela. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan.
Pihak persatuan mendoakan agar Lembaga Zakat Selangor terus maju dalam melaksanakan amanah dan menjadi asbab kebaikan kepada lebih ramai masyarakat yang memerlukan.
“Budi disemai, bakti dituai. Terima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan.”
Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.
Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang harmoni. 💖
“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”
Program Bakul Rezeki 1.0 telah berjaya dilaksanakan pada 26 April 2026 oleh Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, bapa tunggal dan warga emas. Sumbangan ini disampaikan terus ke rumah penerima yang terdiri dari kalangan ahli persatuan dan memaklumkan keperluan mereka. Terima kasih kepada penyumbang yang sudi membeerikan sumbangan dan AJK yang menjayakan program ini. Semoga usaha kebajikan ini membawa manfaat serta mengeratkan hubungan sesama penduduk.
Kejadian pokok tumbang pada 22 April 2026 dan laluan telah dibersihkan dengan kerjasama penduduk dan wakil kontraktor MPKJ
Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam Al-Quran Perdana telah diadakan sebagai salah satu program pengimarahan bulan Ramadan anjuran Persatuan Isteri-Isteri Anggota Pengurusan Hulu Langat, Selangor (PENYERI). Program ini turut menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara komuniti setempat, pertubuhan dan agensi yang hadir.
Seramai 5 orang wakil daripada Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma telah terpilih untuk mewakili persatuan dalam program ini. Penyertaan ini memberi peluang kepada wakil persatuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai pihak serta menyertai aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan Semenyih.
Program telah diserikan dengan kehadiran YB Nusyirwan Zulkifli, ADUN Semenyih, yang turut bersama-sama menyantuni peserta dan tetamu yang hadir. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan terhadap usaha memperkasa aktiviti keagamaan dan pembangunan komuniti setempat.
Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan upaya kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada
Untuk makluman, ziarah jiran kita saudara Mohayan bin Tapsir (No Ahli : 07, Jalan 1L) yang kurang sihat akibat komplikasi diabetis.
Timbalan Pengerusi mewakili AJK serta ahli PPF1M hadir untuk menyampaikan sumbangan, sijil penghargaan dan cenderamata persatuan.
Bagi pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat beliau dan semoga segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan.
Untuk makluman, Mesyuarat Agung dan Pemilihan Kali Pertama telah diadakan dengan jayanya. Barisan AJK yang dilantik untuk berkhidmat selama 3 tahun bagi sesi 2026 hingga 2029.
Bagi pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, marilah kita sama-sama mendoakan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan dan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua ahli yang terus memberikan sokongan buat persatuan
Untuk makluman, ziarah jiran kita saudara Azlan bin Kamaruddin (No Ahli : 22, Jalan 1S) yang kini sedang dirawat di Hospital KPJ Kajang akibat kecederaan kedua-dua belah kaki selepas terlibat dalam kemalangan di rumah pada 04/01/26 yang lalu.
Bagi pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat beliau dan semoga segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan.
Untuk makluman, ziarah jiran kita Saudara Mohd Hassri (Ahli 009 Jalan 1Q) yang kini sedang dirawat di Bilik 312, Tingkat 3, Aurelius Hospital, Nilai akibat kecederaan bahu (dislocated shoulder) selepas terlibat dalam kemalangan di tempat kerja pada 04/01/26 yang lalu.
Bagi pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma, marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat beliau dan semoga segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan.
Pihak Persatuan Penduduk Fasa 1M (PPF1M) sedang menjalankan kempen keahlian persatuan.
Pihak Persatuan amat berterima kasih dan menghargai sokongan penuh daripada semua pihak. Semoga sumbangan yang diterima menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dan semangat kejiranan yang harmoni dalam kalangan penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma.