Pihak persatuan komited untuk membantu dan membela kebajikan ahli dengan bertindak sebagai pemudah cara dalam mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan, institusi agama serta badan-badan berkaitan.
Bantuan yang disalurkan merangkumi aspek kebajikan, kewangan, pendidikan, kesihatan dan keperluan asas, khususnya bagi ahli yang kurang berkemampuan atau berdepan dengan situasi kecemasan.
Persatuan akan membantu dari segi pemberian maklumat, khidmat nasihat, sokongan dokumentasi serta panduan proses permohonan, tertakluk kepada syarat, kelayakan dan kelulusan pihak agensi yang berkenaan.
Melalui usaha ini, persatuan berharap dapat meringankan beban ahli serta memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian komuniti secara berterusan.
Senarai Agensi Bantuan (Malaysia)
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Lembaga Zakat Negeri
3. Majlis Agama Islam Negeri
Bantuan kebajikan Islam
Bantuan kecemasan dan pembangunan ummah
4. Pejabat Ahli Parlimen / ADUN
Bantuan one-off (kecemasan, perubatan, pendidikan)
Sumbangan keperluan asas
5. Pusat Zakat / Tabung Kebajikan NGO
Bantuan makanan
Bantuan kewangan sementara
Sokongan komuniti dan kebajikan
6. Agensi Kerajaan Berkaitan (GLC) & Yayasan
Yayasan negeri
Bantuan pendidikan dan latihan
Program peningkatan ekonomi keluarga
7. Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Bantuan komuniti setempat
Program kebajikan dan keusahawanan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1.1 Skim Bantuan Kebajikan
1.1.1 Bantuan Bulanan Persekutuan
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB)
Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar Dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT)
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan Persekutuan (BA)
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
1.1.2 Bantuan Sekaligus
Utama Bantuan Sekaligus
Geran Pelancaran
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
Tabung Bantuan Segera (TBS)
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON (DEPAN)
SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON (BELAKANG)
SALINAN KAD PENGENALAN/ MYKID/ SIJIL KELAHIRAN AHLI KELUARGA YANG TINGGAL BERSAMA SAHAJA
SALINAN KAD OKU/ SLIP PENDAFTARAN SEMENTARA (BAGI PEMOHON OKU)
SALINAN SIJIL KEMATIAN/ PERCERAIAN (JIKA BERKAITAN)
PENYATA PENDAPATAN ATAU SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN DARI MAJIKAN/ SURAT AKUAN
LAPORAN DARI AGENSI LAIN YANG BERKAITAN (AADK/ POLIS/ PENJARA) (JIKA BERKAITAN)
SALAH SATU SALINAN BIL UTILITI SEPERTI AIR/ ELEKTRIK/ TELEFON/ ASTRO, DLL (BAGI PENGESAHAN ALAMAT)
KERTAS CADANGAN PROJEK DAN SEBUT HARGA BARANG (BAGI PERMOHONAN BANTUAN GERAN
PENGESAHAN RAWATAN/ SURAT SOKONGAN/ SYOR DARIPADA DOKTOR/ PAKAR PERUBATAN DAN SEBUT HARGA BARANG (BAGI PERMOHONAN BANTUAN ALAT TIRUAN/SOKONGAN)
Permohonan Bantuan Zakat
Semua permohonan bantuan zakat dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan mengikut jenis permohonan.
Sila download senarai semak yang berkaitan bagi memastikan permohonan zakat yang dibuat lengkap.
Permohonan zakat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan bantuan zakat ditolak.
Pengesahan sebagai ahli kariah boleh dilakukan oleh Pengerusi Surau At-Taqwa, Tuan Haji Azhar Mohamad
Persatuan Penduduk Fasa 1M (PPF1M) sedang dalam proses mengumpul maklumat dan kita akan membantu ahli membuat pendaftaran di dalam Sistem Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES).
Sistem AKSES ialah sistem yang dinaiktaraf daripada Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Ia merupakan platform bersepadu yang berfungsi sebagai pusat dan gerbang maklumat bagi semua inisiatif Kerajaan Negeri.
Melalui sistem ini, rakyat boleh membuat pendaftaran, permohonan serta semakan status bagi program Iltizam KitaSelangor Penyayang (ISP).
Peranan Pengerusi Persatuan Penduduk adalah untuk membantu ahli persatuan bagi pengesahan status penduduk dan pendapatan bagi memudahkan permohonan di buat.
Sistem AKSES memudahkan kita membuat pendaftaran, permohonan dan semakan status bagi inisiatif Kerajaan Negeri secara dalam talian. Selain itu dapat menjimatkan masa, mengurangkan keperluan hadir ke pejabat serta memastikan maklumat bantuan dan proses permohonan dapat diakses dengan lebih cepat, mudah dan tersusun.
Persatuan Penduduk sedang giat mengambil inisiatif mencari bantuan-bantuan lain untuk disalurkan kepada ahli Persatuan Penduduk yang memerlukan.
Mohon jasa baik semua ahli persatuan dapat sama-sama memberikan sokongan untuk memaklumkan kepada pihak AJK Persatuan yang berdekatan.