Secara rasminya Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja 2025 telah dibubarkan di dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan pada
8 Februari 2026.
Ahli Jawatankuasa Tetap untuk sesi 2026 hingga 2028 telah dipilih untuk menerajui persatuan bagi tempoh 3 tahun.
1.1 AJK Penaja (Ahli Jawatankuasa Penaja)
AJK Penaja adalah jawatankuasa sementara yang dilantik secara tidak rasmi oleh penduduk atau pihak penganjur untuk menguruskan proses awal penubuhan persatuan.
Peranan:
1. Merancang dan mengatur Mesyuarat Penubuhan.
2. Menyediakan dokumen berkaitan seperti draf perlembagaan, surat panggilan mesyuarat, dan senarai keahlian.
3. Menghubungi pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk urusan pendaftaran.
4. Mengendalikan Mesyuarat Agung Penubuhan pertama.
Tempoh: SETELAH PENDAFTARAN DILULUSKAN
a) Mesyuarat Pertama
i) Pertubuhan boleh memilih untuk mengadakan mesyuarat (agung) pertama dalam tempoh 3 bulan pertama atau setelah tamat tahun kewangan.
ii) Penyata tahunan (pertama) dihantar melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat.
1.2 AJK Tetap (Ahli Jawatankuasa Tetap/Pilihan)
AJK Tetap ialah jawatankuasa rasmi yang dipilih secara sah dalam Mesyuarat Agung Penubuhan oleh ahli-ahli persatuan.
Peranan:
1. Mengurus dan mentadbir hal ehwal persatuan secara rasmi.
2. Menjalankan tugas mengikut perlembagaan yang telah diluluskan.
3. Mewakili persatuan dalam urusan rasmi dan hubungan dengan pihak luar.
4. Sah di sisi undang-undang selepas diluluskan oleh ahli dan dimaklumkan kepada ROS.
1.3 Kesimpulan
1. AJK Penaja bertindak sebagai perintis dan penggerak awal bagi membolehkan persatuan ditubuhkan.
2. Selepas itu, AJK Tetap dipilih secara rasmi dalam Mesyuarat Agung Penubuhan berdasarkan perlembagaan dan pemilihan oleh ahli yang hadir.
3. Peralihan ini penting untuk memastikan persatuan bergerak dengan struktur organisasi yang sah dan teratur.
Penaung : Haji Adinan bin Husin
Penasihat : Mohayan bin Tapsir dan Basri bin Jaffar
Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja
Ahli Jawatankuasa (AJK) - Pengurusan
Pengerusi : Haji Azhar bin Mohamad (6K)
Timbalan Pengerusi : Shuhaimi bin Abdul Rani (39M)
Setiausaha : Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan (7Q)
Penolong Setiausaha : Osman bin Hasan (22AQ)
Bendahari : Mohd Rizal bin Mohtar (44K)
Ahli Jawatankuasa (AJK) - Biro-biro
Dr Aminuddin bin Hussin (77M)
Rohaini binti Mohamad (3M)
Mariah binti Ismail (35L)
Mohd Herme bin Smaon (7S)
Pengerusi : Haji Azhar bin Mohamad (6K)
Timbalan Pengerusi : Shuhaimi bin Abdul Rani (39M)
Setiausaha : Ahmad Najib bin Ahmad Dahalan (7Q)
Penolong Setiausaha : Osman bin Hasan (22AQ)
Bendahari : Mohd Rizal bin Mohtar (44K)
Ketua Biro Kesihatan, Kebajikan, Pendidikan dan Sosial : Mohd Herme bin Smaon (7S)
Ketua Biro Biro Keselamatan dan Ketua Lorong : Osman bin Hasan (22AQ)
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Rohaini binti Mohamad (3M)
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Mariah binti Ismail (35L)
Ketua Biro Kebersihan dan Pembangunan : Dr Aminuddin bin Hussin (77M)