Persatuan Penduduk Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma (2025) ditubuhkan sebagai sebuah platform rasmi untuk menyatukan penduduk, menyelaras usaha bersama serta memperjuangkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh dan berterusan. Penubuhan persatuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, tetapi bertujuan menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah kawasan perumahan yang selamat, sihat, harmoni, berdaya saing dan sejahtera dari aspek sosial serta ekonomi.
Seiring dengan cabaran semasa seperti isu kesihatan awam, kos sara hidup, keselamatan komuniti, kebajikan penduduk dan pembangunan modal insan, persatuan telah mengenal pasti lima (5) fokus utama sebagai teras tindakan dan perancangan. Fokus-fokus ini dirangka berdasarkan keperluan sebenar penduduk, kemampuan persatuan serta sokongan yang boleh diperoleh melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan rakan komuniti.
Fokus pertama ialah mewujudkan Taman Bebas Penyakit Denggi melalui aktiviti gotong-royong dan pemantapan kebersihan kawasan setempat. Usaha ini menekankan pencegahan awal, kesedaran penduduk serta tanggungjawab bersama dalam menjaga persekitaran bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua lapisan masyarakat.
Fokus kedua adalah pembudayaan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersenam dan riadah seperti brisk walk dan sukan bowling secara santai. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental penduduk, di samping mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti.
Fokus ketiga memberi penekanan kepada kecemerlangan pendidikan melalui pelaksanaan Anugerah Pelajaran Cemerlang Haji Adinan. Inisiatif ini diwujudkan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar, memberi motivasi berterusan kepada generasi muda serta menyokong usaha ibu bapa dalam membentuk masa depan anak-anak yang cemerlang dan berdaya saing.
Fokus keempat tertumpu kepada kebajikan komuniti dengan pendekatan bantuan bersasar. Persatuan komited untuk mengenal pasti dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan seperti keluarga asnaf, OKU, pesakit kritikal dan penduduk yang berdepan kesukaran hidup, agar tiada ahli komuniti yang tercicir daripada sokongan dan perhatian bersama.
Fokus kelima pula adalah memperkukuhkan kesejahteraan ekonomi penduduk melalui pelaksanaan program pertanian bandar (urban farm) selari dengan inisiatif kerajaan seperti program e-MADANI. Program ini bukan sahaja bertujuan menjana pendapatan tambahan dan sumber makanan komuniti, malah membuka peluang latihan, kemahiran dan keusahawanan dalam kalangan penduduk.
Sasaran kutipan dana sebanyak RM10,500 diperlukan untuk melaksankan aktiviti yang telah dirancang bagi tahun ini. Sehingga 19 Januari 2026, pihak Persatuan telah memperolehi kutipan sebanyak RM2,500 untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti.
Kesemua fokus ini hanya dapat direalisasikan melalui penyertaan aktif, sokongan padu dan semangat kerjasama penduduk. Persatuan Penduduk Fasa 1M yakin bahawa dengan perancangan yang tersusun, pengurusan yang telus serta komitmen bersama, kawasan perumahan ini dapat dibangunkan sebagai sebuah komuniti contoh yang sejahtera, progresif dan berdaya tahan untuk jangka masa panjang.
A. Kenapa Perlu Tumpuan
Penyakit denggi adalah ancaman serius dalam kesihatan komuniti Fasa 1M.
Kawasan perumahan Fasa 1M berisiko jika longkang, rumah kosong dan kawasan awam tidak diselenggara.
Pencegahan lebih murah dan berkesan berbanding rawatan.
B. Apa Yang Hendak Dicapai
Mengurangkan kes denggi ke tahap sifar.
Mewujudkan persekitaran bersih, selamat dan sihat.
Meningkatkan kesedaran kebersihan dalam kalangan penduduk.
C. Bagaimana Hendak Dicapai
Gotong-royong berkala (setiap 2–3 bulan) - sasaran minima 2 kali dalam setahun
Kerjasama dengan MPKJ & Pejabat Kesihatan Daerah.
Pemeriksaan kawasan berisiko (longkang, rumah kosong).
Kempen kesedaran melalui WhatsApp & poster.
D. Bantuan Diperlukan Daripada Penduduk
Penyertaan gotong-royong.
Pastikan rumah dan halaman bebas air bertakung.
Melaporkan kawasan berisiko kepada persatuan.
E. Anggaran Kos
Perkara Anggaran
Peralatan kebersihan & sarung tangan RM200
Minuman & makanan ringan RM300
Cetakan poster RM100
Jumlah RM600 setiap aktiviti (Jumlah diperlukan RM1,200 untuk 2 kali)
F. Cadangan Pelaksanaan
Bermula Suku Tahun Pertama, diteruskan secara berkala.
G. Rujukan Pautan ke Perancangan Yang Akan Diadakan
Gotong Royong Taman
A. Kenapa Perlu Tumpuan
Menggalakkan penduduk turut sama terlibat di dalam aktiviti fizikal.
Aktiviti bersama mengeratkan hubungan kejiranan.
B. Apa Yang Hendak Dicapai
Membudayakan gaya hidup aktif.
Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental penduduk.
Mengukuhkan silaturahim komuniti.
C. Bagaimana Hendak Dicapai
Program Senaman Pagi dan Brisk Walk (berkala)
Aktiviti Pentandingan Badminton dan Bowling (berkala).
Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur.
D. Bantuan Diperlukan Daripada Penduduk
Penyertaan aktif dari penduduk
Cadangan aktiviti sihat baharu.
Menjadi sukarelawan.
E. Anggaran Kos
Perkara Anggaran
Bowling RM2,200
Minuman & makanan ringan RM200
Cetakan poster RM100
Jumlah RM2,500
F. Cadangan Pelaksanaan
Bermula bulan kedua penubuhan persatuan, berterusan.
G. Rujukan Pautan ke Perancangan Yang Akan Diadakan
1. Senaman pagi brisk walk
2. Pertandingan Bowling PPF1M 2026
A. Kenapa Perlu Tumpuan
Anugerah Pelajaran Cemerlang Haji Adinan merupakan aktiviti tahunan utama yang dianjurkan bersama dengan Surau At-Taqwa
Pendidikan adalah pelaburan masa depan komuniti.
Memberi motivasi kepada pelajar dan sokongan kepada ibu bapa.
B. Apa Yang Hendak Dicapai
Mengiktiraf pelajar cemerlang akademik dan sahsiah.
Menyemai budaya kecemerlangan pendidikan.
C. Bagaimana Hendak Dicapai
Pengumpulan data keputusan pelajar.
Majlis penyampaian anugerah tahunan.
Sumbangan tajaan tahunan oleh Tuan Haji Adinan & dana sumbangan dari penduduk Fasa 1M.
D. Bantuan Diperlukan Daripada Penduduk
Mengemukakan pencalonan pelajar.
Sumbangan kewangan atau tajaan.
Sukarelawan penganjuran majlis.
E. Anggaran Kos
Perkara Anggaran
Sijil & plak RM500
Wang tunai/anugerah RM2,500
Jamuan ringan/cetakan poster RM500
Jumlah RM3,500
F. Cadangan Pelaksanaan
Setahun sekali, selepas keputusan peperiksaan utama. Anggaran bulan Jun
G. Rujukan Pautan ke Perancangan Yang Akan Diadakan
Anugerah Pelajar Cemerlang Haji Adinan Husin
A. Kenapa Perlu Tumpuan
Terdapat keluarga memerlukan bantuan secara berterusan.
Bantuan lebih berkesan.
Ahli mengalami kemalangan dan penyakit yang memerlukan rawatan serius di hospital memrlukan sokongan
B. Apa Yang Hendak Dicapai
Membantu golongan asnaf, OKU, pesakit dan kekangan ekonomi yang memerlukan dibantu.
Mengurangkan beban hidup melalui sokongan komuniti secara berterusan dan berfokus.
C. Bagaimana Hendak Dicapai
Pangkalan data kebajikan persatuan.
Lawatan & pengesahan kes.
Agihan bantuan kewangan/barangan asas secara berterusan.
Makluman dari jiran atau individu terbabit
D. Bantuan Diperlukan Daripada Penduduk
Maklumat kes yang memerlukan bantuan.
Sumbangan dana atau barangan.
Sukarelawan ziarah.
E. Anggaran Kos
Perkara Anggaran
Bantuan kewangan/barangan/poster RM3,000
Logistik & dokumentasi RM300
Jumlah RM3,300
F. Cadangan Pelaksanaan
Sepanjang tahun, mengikut keperluan.
G. Rujukan Pautan ke Perancangan Yang Akan Diadakan
Kebajikan Ahli 2026
Nasihat Bantuan Agensi Berkaitan
A. Kenapa Perlu Tumpuan
Kos sara hidup semakin meningkat.
Urban farm menjana pendapatan & makanan sendiri.
Selari dengan program kerajaan e-MADANI.
B. Apa Yang Hendak Dicapai
Menjana pendapatan komuniti.
Menyediakan sumber makanan segar.
Mewujudkan aktiviti ekonomi setempat.
C. Bagaimana Hendak Dicapai
Projek hidroponik/pertanian bandar komuniti.
Permohonan geran e-MADANI / SejaTi.
Latihan & pengurusan oleh jawatankuasa.
D. Bantuan Diperlukan Daripada Penduduk
Penyertaan penduduk sebagai peserta projek.
Sumbangan tenaga & kepakaran.
Sokongan moral dan promosi.
Sewaan tanah dan kelulusan perjanjian dengan Tuan tanah
E. Anggaran Kos (Sebahagian melalui geran kerajaan)
Perkara Anggaran
Sistem, poster & peralatan RM15,000
Latihan & penyelenggaraan RM5,000
Jumlah RM20,000 (bantuan dana kerajaan)
F. Cadangan Pelaksanaan
Fasa perancangan (3 bulan)
Pelaksanaan dalam tahun pertama
G. Rujukan Pautan ke Perancangan Yang Akan Diadakan
Program Urban Farming