Ruang pembelajaran merupakan elemen yang sangat penting dalam pengurusan sesebuah pusat pembelajaran. Di prasekolah, pengurusan ruang pembelajaran yang berkualiti dan efisien merujuk kepada sistem penyediaan sudut atau kawasan yang digunakan oleh kanak-kanak dan guru untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkesan. Pengurusan ruang pembelajaran ini mengambil kira elemen-elemen yang mempengaruhi keselesaan dan kesediaan kanak-kanak secara fizikal, mental, emosi, dan sosial untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP bagi menjamin perkembangan kanak-kanak yang optimum dan menyeluruh. Oleh itu, setiap guru bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan responsif untuk menjamin keberkesanan proses pembelajaran selari dengan objektif dan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017 (KSPK).
Contoh Borang Penilaian Kualiti Ruang Pembelajaran Bilik Darjah