Secara dasarnya, kesihatan ini merujuk kepada tahap kualiti hidup seseorang yang melibatkan kesegaran badan. Namun, menurut World Health Organization (WHO), kesihatan ini tidak berfokus kepada fizikal sahaja, malah mental juga perlu diambil kira. Dalam konteks prasekolah, pengurusan kesihatan yang baik seharusnya diterapkan bagi menjamin kesejahteraan seluruh warga prasekolah terutama sekali murid-murid. Guru perlu cakna akan rekod-rekod serta instrumen-instrumen yang diperlukan bagi melihat tahap perkembangan kesihatan murid-murid agar tindakan susulan dapat diberikan dengan kadar segera.
Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak (0-6 Tahun)
Diberikan secara percuma kepada semua bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan.
Terdapat dua warna iaitu merah jambu (untuk bayi perempuan) dan biru (untuk bayi lelaki).
Buku rekod ini digunakan semasa pemeriksaan kesihatan bayi di hospital/klinik kerajaan dan swasta semenjak dilahirkan sehingga umur 6 tahun.
Bayi yang dilahirkan di Hospital Swasta dan seterusnya mendapatkan rawatan imunisasi di Klinik Swasta juga akan diberi Kad/ buku Pemantauan kesihatan.
Mengandungi rekod-rekod kesihatan seperti rekod imunisasi, rekod kesihatan pergigian dan carta pertumbuhan kanak-kanak.
Buku rekod ini diperlukan oleh pihak prasekolah bagi memantau tahap kesihatan kanak-kanak dengan lebih efisien dan tepat.
Mengapa Pentingnya Buku Rekod Ini?
Menjadi rujukan dan panduan kepada pihak prasekolah berkaitan tahap kesihatan kanak-kanak
Pihak prasekolah dapat mengenal pasti keperluan khusus kanak-kanak yang berkaitan dengan kesihatan mereka
Memudahkan urusan bersama pegawai perubatan sekiranya perlu dengan menyerahkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalamnya
Medium komunikasi bersama ibu bapa berkaitan tahap kesihatan kanak-kanak dengan lebih terang dan jelas
Kesihatan Gigi
Objektif: mensasarkan sekurang-kurangnya 50% kanak-kanak berumur lima dan enam tahun mempunyai Mulut Bebas Karies (MBK) demi mencapai tahap status oral kanak-kanak yang baik (Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, 2021).
Imunisasi
Objektif: mengetahui rekod-rekod vaksin yang pernah diambil agar guru dapat mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin rentan akan sesuatu penyakit berjangkit yang menular.
Alahan
Objektif: membantu guru mengidentifikasi perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak seperti bahan makanan, jenis ubatan serta faktor persekitaran.
Maklumat Fizikal
Objektif: membantu guru menganalisis tahap kesihatan kanak-kanak dari aspek tinggi dan berat mereka agar tiada sebarang pertumbuhan abnormal berlaku di samping memastikan Indeks Jisim Badan (BMI) mereka sentiasa ideal.
Sejarah Kesihatan Keluarga
Objektif: membantu guru mengidentifikasi jenis penyakit yang mungkin merupakan penyakit keturunan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan tepat yang boleh dilakukan kepada kanak-kanak berkenaan.
ASPEK-ASPEK KESIHATAN KANAK-KANAK
Dalam konteks kanak-kanak prasekolah, guru seharusnya cakna akan aspek-aspek yang mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak. Misalnya;
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN KANAK-KANAK
Namun, harus diingat juga buat para guru, tahap kesihatan kanak-kanak yang merudum perlu diambil berat dan dikongsikan dengan para ibu bapa bagi tujuan tindakan susulan yang sewajarnya diberikan. Antara faktor yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kanak-kanak ialah;
CADANGAN ALTERNATIF
Antara faktor utama yang menjejaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah ialah kurangnya pendedahan tentang kaedah-kaedah serta kepentingan penjagaan kesihatan ini. Oleh itu, sebagai guru yang cemerlang dan terbilang, guru perlu mengambil langkah alternatif yang menarik untuk memberikan pendedahan kesihatan yang terbaik buat anak didiknya. Cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah menjemput agensi-agensi kesihatan untuk berkongsi tentang kaedah serta manfaat penjagaan kesihatan kepada diri sendiri. Misalnya;
Berkongsi kaedah memberus gigi yang betul
Pendedahan kepada kepentingan memberus gigi dan akibat mengabaikannya
Mengidentifikasi kanak-kanak yang mungkin mempunyai masalah dari segi emosi
Dapat memberi rawatan susulan kepada kanak-kanak berkenaan
Berkongsi kaedah mencuci tangan yang betul
Pendedahan kepada kepentingan mencuci tangan dan akibat mengabaikannya
CONTOH REKOD KESIHATAN KANAK-KANAK