APA ITU REKOD PERKEMBANGAN KANAK - KANAK?
Rekod perkembangan adalah kaedah yang dilaksanakan oleh guru dengan mencatat segala maklumat secara sistematik berkenaan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian kanak - kanak.
Rekod ini bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti dengan lebih awal mengenai kanak - kanak yang mempunyai masalah perkembangan.
Ia turut menjadi maklumat dan bukti kepada ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai kanak - kanak serta mencari alternatif dengan lebih awal dan cepat sekiranya berlaku sebarang permasalahan yang melibatkan perkembangan anak - anak mereka.
1) REKOD SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi :
Pengetahuan
Sikap atau tingkah laku
Kebolehan
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :
Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
Sesuatu perlakuan telah dilakukan
Kekerapan sesuatu tingkah laku
2) REKOD SKALA KADAR
Skala kadar menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
Guru perlu menilai kemahiran atau kemajuan kanak - kanak berdasarkan petunjuk skala yang dibina.
Skala yang digunakan boleh berdasarkan angka atau gred.
PETUNJUK ITEM UNTUK SKALA KADAR
3) REKOD ANEKDOT
Catatan mengenai tingkah laku kanak - kanak yang dianggap penting, unik, signifikan untuk direkod.
Ditulis secara objektif bagi menerangkan :
Apa
Bila
Di mana berlaku
4) REKOD BERTERUSAN
Catatan terperinci mengenai kejadian berdasarkan turutan masa.
Catatan dalam bentuk cerita naratif semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang dilisankan akan dicatat sepanjang pemerhatian dan diulang beberapa kali sehari bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung secara berkesan.
Aspek yang perlu diperhatikan :
Kognitif
Afektif
Psikomotor