APA ITU REKOD KEWANGAN?
Rekod kewangan merupakan catatan maklumat yang berkaitan dengan aliran keluar masuk duit, rekod bahan mentah kering atau basah,
Rekod kewangan penting sebagai penyata yang menjadi bukti pembelanjaan wang hanya berkaitan dengan prasekolah dan tiada penggunaan secara individu atau personal.
Rekod kewangan adalah untuk merancang bajet yang terperinci untuk setiap bulan atau tahun kewangan. Bajet ini harus mencerminkan pendapatan yang dijangka dan perbelanjaan yang dirancang.
Peruntukan kewangan yang diberikan kepada guru prasekolah adalah berdasarkan Bantuan Persekolahan Murid (BPM)
Contoh Anggaran Belanja Mengurus Prasekolah
Seorang murid akan diperuntukkan RM100/tahun. Contohnya, persekolahan prasekolah akan berlaku selama 11 bulan, maka purata sebulan seorang kanak - kanak ialah RM9.
Segala maklumat berkenaan anggaran belanja mengurus menggunakan PCG, bil - bil pembayaran yang lengkap perlulah disimpan sebagai bukti di dalam rekod kewangan.
Kadar BMP layak dituntut oleh sekolah adalah untuk tempoh 200 hari setahun sahaja.
Kadar BMP sehari bagi seorang murid adalah RM2.00 (Semenanjung) & RM2.25 (SS).
Duit yang diperuntukkan kepada Prasekolah mestilah digunakan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid di kelas prasekolah dengan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Segala maklumat berkenaan anggaran belanja mengurus menggunakan BMP, bil - bil pembayaran yang lengkap perlulah disimpan sebagai bukti di dalam rekod kewangan.
Contoh senarai harga bahan mentah
Contoh Menu Harian di Prasekolah mengikut saranan KKM
BKKP menetapkan jumlah peruntukan untuk 1 murid ialah RM25/tahun. Ini bermakna seorang murid diperuntukkan sebanyak RM2.30 seorang sebulan secara purata.
Perbelanjaan BKKP hanya boleh digunapakai untuk perkara atau program yang berkaitan dengan kokurikulum sahaja.
Segala maklumat berkenaan anggaran belanja mengurus menggunakan BKKP, bil - bil pembayaran yang lengkap perlulah disimpan sebagai bukti di dalam rekod kewangan.
EMK hanya melibatkan murid berkeperluan khas yang memenuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan seperti :
Warganegara Malaysia
Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
Memiliki Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Contoh Surat Pengurusan EMK dan Borang Permohonan EMK
Contoh Borang Skim Takaful
INSURANS TAKAFUL
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan semua murid menyertai Skim Insurans Takaful.
Skim Insurans Takaful akan memberikan pampasan untuk rawatan ke hospital kerana kemalangan sahaja atau kematian sama ada yang disebabkan oleh sakit atau kemalangan.
Semua tuntutan untuk skim insurans ini hendaklah dimajukan kepada Syarikat Takaful Malaysia melalui sekolah.
Panduan pelaksanaan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi KPM (https://www.moe.gov.my/)