APA ITU PENYEDIAAN DAN PENGHIDANGAN MAKANAN?
Pengendali makanan yang menyedia, membungkus atau menghidangkan makanan untuk dijual hendaklah sentiasa memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran.
Proses penyediaan dan penghidangan yang betul adalah penting bagi memastikan keselamatan makanan terjamin daripada sebarang kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, hepatitis A dan lain-lain lagi.
PROSES - PROSES PENYEDIAAN MAKANAN
Disimpan di dalam peti sejuk dingin semalaman. Rendam bahan mentah yang beku bersama air mengalir tidak lebih 2 jam.
JANGAN : Menggunakan air yang tidak mengalir dan melakukan proses nyahbeku di atas lantai.
Pastikan minyak/air rebusan mencapai suhu 80°C ke atas.
Pastikan bahan mentah terendam sepenuhnya di dalam minyak/air rebusan.
Pastikan bahagian tengah makanan dimasak dengan sempurna (tiada darah).
Makanan panas perlu disejukkan sebelum masuk ke dalam peti sejuk.
Gunakan bekas lebar dan cetek (shallow) untuk percepatkan proses penyejukan.
PENGHIDANGAN MAKANAN
Memastikan makanan ditutup
Tidak menyentuh makanan dengan tangan
Memastikan suhu kekal 60°C
Tidak menghidang secara bertindih
Memastikan makanan dimakan dalam tempoh 4 jam
Memastikan sisa makanan dilupuskan
Memastikan kanak-kanak melaksanakan 7 langkah mencuci tangan sebelum dan selepas makan