APAKAH KEPERLUAN PENGENDALI MAKANAN?
Pengendali makanan yang terlibat di prasekolah ialah Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
PPM perlu mengambil cakna akan keperluan yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan penyediaan dan pengendalian makanan adalah bersih dan diyakini selamat.
Pemeriksaan kesihatan
Vaksinasi anti - tifoid iaitu sejenis vaksin yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit demam kepialu melalui kaedah penyediaan makanan.Â
Menurut Peraturan 11, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya, melainkan jika mereka diberi suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar.
Di samping itu, mengikut Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan, sama ada warganegara atau bukan warganegara perlu mendapatkan suntikan vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
Memastikan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) diiktiraf oleh KKM.
Menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
Membayar yuran sebanyak RM50 seorang.
Memastikan tenaga pelajar menjalani kursus
Bilangan peserta setiap kursus tidak melebihi 30 orang.
Tempoh masa kursus minimum 3 jam.
Kursus SLPM
Contoh Sijil Lulus SLPM
Memakai penutup kepala.
Memakai penutup apron.
Memakai sarung tangan pakai buang jika perlu.
Tidak memakai aksesori seperti cincin dan gelang.
Kuku pendek dan bersih.