JENIS REKOD PERIBADI KANAK - KANAK
1) REKOD MAKLUMAT PERIBADI KANAK - KANAK
Rekod peribadi bermaksud rekod yang mengandungi maklumat diri kanak - kanak, keluarga dan berkenaan fizikal kanak - kanak.
Pengasuh atau pendidik perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga.
Pengasuh atau pendidik bertanggungjawab untuk mengambil kehadiran kanak - kanak pada setiap hari dan mesti direkodkan dalam rekod kedatangan kanak - kanak.
Pengasuh perlu mengambil cakna mengenai latar belakang kanak - kanak yang diasuhnya dan mengambil tahu tentang siapa yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil kanak - kanak.
Rekod kesihatan digunapakai untuk mencatat semua maklumat kesihatan kanak - kanak.
Rekod ini turut menjadi bukti sekiranya ada apa - apa kecemasan atau kemalangan yang berlaku sepanjang kanak - kanak berada di prasekolah.
Rekod Kemajuan digunakan untuk merekod segala hasil pencapaian kanak - kanak pada akhir setiap aktiviti yang dijalankan.
Dapatan tersebut menjadi asas kepada perancangan aktiviti tahunan, bulanan, mingguan dan harian di Prasekolah.
Rekod ini turut mencatat kemajuan kanak - kanak daripada pelbagai aspek JERIS.
Merupakan dokumen wajib.
Kebiasaannya buku log dicipta dalam bentuk jilid buku untuk kegunaan untuk kegunaan guru dan catatan ibu bapa/penjaga.
1) REKOD MAKLUMAT PERIBADI PEKERJA
Pekerja di prasekolah termasuklah guru dan pembantu guru.
Maklumat peribadi staf penting atas urusan pentadbiran dan sebagai bukti sekiranya berlaku sebarang permasalahan.
2) REKOD KEDATANGAN PEKERJA
Dokumen ini mencatatkan waktu tiba dan pulang pekerja.
Rekod kedatangan digunakan dalam organisasi kerja iaitu melihat dan menilai jadual ketibaan/kepulangan pekerja, mengurus cuti pekerja serta melihat tugas yang dilaksanakan oleh pekerja berkesan atau tidak.
3) REKOD KESIHATAN
Dokumen yang merangkumi maklumat tentang segala yang berkait dengan kesihatan pekerja seperti :
Sejarah penyakit
Kecederaan
Rawatan perubatan
Sebarang keperluan kesihatan khas
Membantu memastikan pekerja menjalankan tugas secara sihat dan cergas yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan kanak - kanak di prasekolah.
4) REKOD PELANTIKAN PEKERJA
Data yang merekodkan sebarang pelantikan pekerja baru.
Maklumat yang terkandung termasuk :
Maklumat peribadi
Tarikh pelantikan
Kelayakan
Pengalaman bekerja
Pelantikan pekerja baru mestilah mematuhi syarat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Syarat Pelantikan Pembantu Guru).
Dokumen yang merekod cuti yang diambil oleh pekerja termasuk jenis cuti, tarikh cuti serta bilangan cuti yang diambil.
Rekod cuti membantu pengurusan dalam merancang jadual kerja dan mengenal pasti jumlah cuti yang diambil pekerja sekiranya berlaku permasalahan.
Menjadi bukti untuk tindakan sewajarnya kepada pekerja jika cuti yang diambil melebihi had cuti yang ditetapkan.
Dokumen yang merekodkan berkenaan maklumat tentang latihan, kursus atau program pembangunan profesional yang dihadiri pekerja.
Kegunaannya :
Pengurusan prasekolah dapat menyediakan latihan yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan.
Sesetengah pusat PAKK menetapkan peraturan yang memerlukan pekerjanya mengikuti kursus tertentu untuk memastikan keselamatan dan keharmonian kanak - kanak.
Dokumen yang merekod segala perkara berkaitan pembayaran gaji kepada pekerja, termasuk jumlah gaji, potongan gaji, bonus dan sebagainya.
Rekod membantu pengurusan kewangan menyediakan maklumat terperinci berkenaan tunai yang turut dijadikan bukti sekiranya timbul sebarang pertikaian.