Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), keselamatan ialah segala perkara atau perihal yang berkaitan dengan keamanan dan kesejahteraan. Keselamatan juga boleh didefinisikan sebagai tindak balas seseorang dalam sesuatu situasi demi mengelakkan sebarang kecelakaan, kemalangan atau perkara-perkara mudarat lain yang tidak diingini. Dalam pengurusan prasekolah, aspek keselamatan perlu dititikberatkan, bukan sahaja di dalam waktu pengajaran, malah di seluruh persekitaran prasekolah itu sendiri. Pengurusan keselamatan prasekolah yang tidak cekap akan memberi impak negatif kepada semua pihak iaitu kanak-kanak, ibu bapa serta pihak prasekolah sendiri.
Prasekolah boleh dibahagikan kepada 2 jenis ruang iaitu ruang dalaman dan ruang luaran yang merangkumi beberapa elemen dan ciri keselamatan yang harus dipatuhi.
RUANG DALAMAN
perabot disusun jauh daripada tingkap
perabot yang tidak berbucu tajam diutamakan
perabot yang berbucu tajam disarungkan dengan sarung getah
susunan perabot tidak menghalang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti
cat yang digunakan dijamin selamat
menggunakan katil setingkat
perabot yang sesuai dengan kanak-kanak
tingkap berjeriji tidak dikunci dan mudah dibuka
suis berada pada kedudukan dan aras yang sukar dicapai kanak-kanak
pencahayaan dan warna dinding yang sesuai
jubin lantai jenis anti licin serta berlapik getah
ketinggian serta saiz tandas duduk dan sinki yang sesuai dengan kanak-kanak
pemantauan yang kerap terhadap penggunaan tandas
bahan-bahan pencuci tandas disimpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai kanak-kanak
pemetik api disimpan di tempat selamat
sebarang bahan atau punca elektrik tidak berada dalam capaian kanak-kanak
palang penghadang keselamatan dipasang di pintu
mengelap tumpahan cecair di lantai
peralatan-peralatan berbahaya dikumpul dan dilabel di satu tempat
RUANG LUARAN
tanah lembut dan tahan hentakan
tiada bahan berbahaya (tajam)
kawasan berlubang perlu dikambus
pasir disimpan di dalam bekas yang bertutup
membersihkan pasir daripada sebarang bendasing seperti najis
air takungan dibersihakn dari sebarang kotoran
air di dalam kolam buatan dikosongkan setelah selesai aktiviti
menggunakan bekas yang dijamin selamat buat kanak-kanak
simpan peralatan perkebunan di tempat yang sewajarnya. Contoh: stor simpanan
memantau kanak-kanak ketika mengendalikan peralatan perkebunan
longkang dan parit sentiasa dibersihkan dan tiada air bertakung
tiada sebarang tumbuhan liar
parit sentiasa ditutup dengan penutup besi atau getah
Dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak, guru perlu cakna dan cekap dalam membuat pertimbangan berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
1. Jenis-jenis Kemalangan
Tergelincir dan terjatuh
Terlanggar objek tajam
Kebakaran
Tersedak atau tercekik
Kemalangan berkaitan kenderaan
Terdedah kepada bahan beracun
2. Punca-punca Kemalangan
Kecuaian dan kealpaan. Contoh: pintu dan tingkap dibiarkan terbuka sehingga boleh mengundang haiwan-haiwan berbahaya masuk ke dalam kawasan prasekolah
Penyelenggaraan alat yang kurang kemas. Contoh: peralatan-peralatan tajam atau bahan kimia berbahaya tidak disimpan di tempat sepatutnya dan boleh dicapai oleh kanak-kanak
Sifat kanak-kanak yang tiada kesedaran tentang bahaya di sekeliling. Contoh: gemar berlari di mana-mana sahaja tanpa menghiraukan keadaan di persekitarannya
Tiada penekanan berkaitan amalan rutin keselamatan dalam kelas. Contoh: guru tidak menetapkan peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak seperti meminta izin sebelum keluar dari kelas
Demi mengelakkan perkara-perkara bahaya daripada berlaku, pihak prasekolah boleh menambah elemen-elemen keselamatan yang berupaya untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan keselamatan prasekolah. Antaranya;
Pemasangan CCTV
Keamanan: dapat mengawasi keberadaan kanak-kanak sepanjang tempoh persekolahan
Bukti dalam siasatan: menjadi bahan bukti yang kukuh sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sama ada di dalam mahupun di luar prasekolah
Pencegahan jenayah: mampu mengenal pasti individu-individu asing yang cuba untuk menceroboh kawasan prasekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya
2. Pelaksanaan latihan-latihan keselamatan seperti latihan kebakaran dan latihan keselamatan semasa kecemasan
Objektif utamanya adalah supaya warga prasekolah dapat melihat gambaran situasi kecemasan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa
Memupuk sikap yakin dan tenang dalam diri guru ketika mengendalikan situasi kecemasan yang melibatkan nyawa kanak-kanak
3. Penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) keselamatan dan pelan laluan kecemasan
Dapat menjamin kelancaran gerak kerja kerana semua pihak cakna akan tugas masing-masing dalam situasi kecemasan
Menjadi panduan utama buat guru dalam mengendalikan kanak-kanak
Kepercayaan ibu bapa terhadap pengurusan keselamatan prasekolah dapat ditingkatkan
Memastikan laluan kecemasan tidak dipenuhi dengan objek-objek yang boleh mengganggu kelancaran proses pengosongan bangunan dalam situasi kecemasan (Malaysia Gazette, 2022)
3. Penyediaan Kawasan Perhimpunan Kecemasan (Emergency Assembly Area) untuk berkumpul sekiranya berlaku kecemasan
Memudahkan pihak pengurusan untuk mengumpulkan seluruh warga prasekolah di satu kawasan yang selamat
Membantu mengenal pasti individu yang tercedera, masih di dalam bangunan atau yang tidak dapat untuk dikesan
Memudahkan pihak pegawai keselamatan untuk menjalankan tugas-tugas mereka
SOP KESELAMATAN UMUM
Segera membunyikan penggera atau loceng kecemasan
Cuba padamkan kebakaran yang kecil dengan menggunakan pemadam api
Membuat panggilan kecemasan dengan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Menghentikan mesin-mesin elektrik dan memutuskan bekalan kuasa
Memastikan dokumen-dokumen penting disimpan di tempat yang selamat
Mengosongkan bangunan segera dalam keadaan yang teratur dan kemas
Berkumpul di tapak berkumpul yang ditetapkan
Merekodkan kehadiran seluruh warga prasekolah
Memindahkan mangsa-mangsa berdasarkan arahan pegawai
Mendaftarkan mangsa-mangsa yang tercedera