CABARAN INNO X
CABARAN INNO X
Apa itu Cabaran Inno X?
Cabaran Inno X adalah satu pertandingan untuk warga kerja TNB Retail menukarkan idea-idea mereka kepada satu solusi yang boleh memanfaatkan pelanggan, warga kerja serta bisnes TNB Retail.
Adakah Cabaran Inno X ini adalah satu pertandingan?
Ya! Cabaran Inno X merupakan satu pertandingan terbuka kepada semua warga kerja TNB Retail. Sumbangkan idea dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Berapa lamakah tempoh Cabaran Inno X ini berlangsung?
Sumbangan idea untuk Cabaran Inno X terbuka sepanjang tahun namun, pemilihan idea oleh pihak penganjur untuk dibawa ke bootcamp akan dilakukan pada bulan Julai 2022 dan Januari 2023.
Siapa yang boleh sertai Cabaran Inno X ini?
Penyertaan terbuka kepada warga kerja Retail samada secara individu atau berkumpulan.
Apa yang perlu saya buat untuk sertai Cabaran Inno X?
Anda hanya perlu majukan idea anda melalui borang di atas. Pihak penganjur akan menilai idea tersebut dan anda akan dihubungi sekiranya idea anda terpilih ke peringkat seterusnya.
Apa yang akan berlaku sekiranya saya sertai Cabaran Inno X ini?
Anda serta pasukan anda akan menghadiri satu bootcamp untuk mengusahakan idea anda bersama mentor yang terpilih dan menukarkannya kepada prorotaip. Pasukan anda akan menerangkan tentang prototaip tersebut kepada panel juri yang terdiri dari Pengurusan Tertinggi TNB Retail untuk dipilih ke fasa seterusnya iaitu melancarkan solusi tersebut secara pilot bagi mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dan warga kerja. Maklum balas positif dari pelanggan dan warga kerja serta solusi yang terbukti mempunyai penciptaan nilai (value creation) yang tinggi akan terpilih untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Solusi yang berjaya akan turut dilancarkan dengan skala yang lebih besar dengan kerjasama unit/jabatan yang berkaitan.
Apakah hadiah-hadiah yang akan ditawarkan untuk pemenang Cabaran Inno X?
Hadiah-hadiah bagi Cabaran Inno X akan diumumkan kelak. Sila layari InovasiRetail.com dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.
Siapa yang saya perlu hubungi untuk maklumat lanjut?
Anda boleh hubungi retail.academy@tnb.com.my atau innohub@tnb.com.my