SMSKB, 2 Mac 2020, majlis perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Saudari Aina Nazurah (EXP1620) selaku pengerusi majlis telah menjemput saudara Fakriy Fasyin (EXP1620) bagi membaca doa. Majlis diteruskan dengan menjemput En. Zamri bagi menyampaikan ucapan mengenai disiplin pelajar di sekolah. Beliau juga mengingat semua pelajar mengenai ujian penilaian yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Setelah itu, semua pelajar bersurai.
SMSKB, 3 Mac 2020, perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Majlis telah diacarakan oleh saudari Alia Natasha (EXP1620). Majlis diteruskan dengan menjemput En. Azlan bagi menyampaikan ucapan mengenai ujian penilaian yang akan berlangsung tidak lama lagi. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Luqman (LGD1721) dan majlis bersurai
SMSKB, 5 Mac 2020, perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Saudari Fatin Hayyani (EXP1620) selaku pengacara majlis telah menjemput En. Azlan bagi menyampaikan ucapan mengenai keputusan SPM batch Xtrovia 1519 yang akan diumumkan pada hari Khamis. Majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Hanif (LGD1721) .
SMSKB, 6 Mac 2020, perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Saudari Azreen Nazifa (EXP1620) selaku pengacara majlis telah menjemput En. Wahab bagi menyampaikan hadiah kepada para peserta yang telah menyertai kejohanan hoki pada minggu ini. Seterusnya, majlis telah menjemput Pn. Dayang bagi mengumumkan anugerah 3K pada minggu ini. Bagi kategori kelas menengah rendah telah dimenangi oleh kelas 3 Delta dan kelas menengah atas pula telah dimenangi oleh kelas 4 Titanium. Manakala kamar aspura telah dimenangi oleh kamar Delphinus 9 dan kamar aspuri telah dimenangi oleh kelas Orion 9. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Nazri bagi memberitahu tentang kejohanan bola jaring peringkat SBP yang akan diadakan di sekolah ini. Majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Ammar Firdaus (LGD1721) dan majlis bersurai.
SMSKB, 9 Mac 2020, perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Perhimpunan pada hari ini telah diacarakan oleh saudari Ainnur Shafina (EXP1620). Seterusnya, majlis menjemput Pn. Musliha bagi memberikan ucapan mengenai tentang UP 1 yang bakal berlangsung. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn.Haslida bagi memberikan ucapan. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudari Anis Zakirah (EXP1620) bagi menyampaikan pengumuman mengenai pertandingan bola jaring SBP yang telah berlangsung di sekolah. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Irfan Danial (EXP1620) dan majlis bersurai.
SMSKB, 10 Mac 2020, perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Saudara Irfan Danish (EXP1620) selaku pengacara majlis telah menjemput En. Azlan bagi memberikan ucapan mengenai UP 1 yang sedang berlangsung. Akhir sekali, majlis menjemput saudara Luqman (LGD1721) bagi membaca doa. Selepas itu, majlis bersurai.