Perhimpunan Harian - 1/3/2019
MC: Abul Izzureen Farhan bin Ahmad Nasarudin (XTA 1519)
Doa: Muhammad Latifie (EXP 1620)
SMSKB, 1 Mac 2019, kesemua pelajar berkumpul di dataran sebaik selepas sarapan di dewan makan. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Alias. Beliau memberikan taklimat ringkas mengenai hari gotong-royong yang dijalankan pada 2 Mac 2019. Kesemua pelajar telah dimaklumkan akan pergerakan sepanjang hari tersebut. Majlis bersurai padan jam 7.30 pagi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Perhimpunan NILAM (Isnin,4 Mac 2019)
Majlis Pelancaran Program NILAM 2019
MC : Amirun Afiq
Bacaan Doa : Ahmad Syazwan bin Kamarul Bahrin
SMSKB,Dataran Abdullah Fahim,majlis dimulakan tepat jam 7.30 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna,lagu Negaraku,lagu Pulau Pinang dan lagu sekolah.Kemudian,majlis teleh dihiburkan dengan penyampaian sebuah cerita bertajuk ‘Pensel Ajaib’ daripada saudara Muhammmad Uwais dari kelas 1 Zeta.
Untuk makluman semua,saudara Muhammad Uwais akan menyertai Sayembara Baca dan Kongsi PBAKL 2019.Selepas itu,gimik pelancaran telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Zamri bin Sabri bagi merasmikan program NILAM 2019.Majlis diteruskan pula dengan penyampaian hadiah bagi Program Based Learning yang telah diadakan pada 16 Februari 2019 kepada para pelajar tingkatan 5 yang telah memberikan sepenuh komitmen terhadap bahan pembentangan yang diinovasikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan beberapa pengumuman tambahan.
Perhimpunan Harian - 05.03.2019
MC : Nur Syuhada bin Mohd Nazri (XTA1519)
Bacaan doa : Amirul Ashraf bin Zamri (EXP1620)
Pada pukul 7:15, para pelajar telah berkumpul di Dataran Abdullah Fahim bagi bacaan Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan pada pukul 7:30 dengan nyanyian nasyid asmaul-husna dan lagu sekolah. Seterusnya, majlis menjemput Ustazah Kamahaniza selaku guru yang bertugas pada minggu ini untuk berucap. Beliau memberitahu bahawa terdapat pelajar tingkatan satu ambilan ketiga dan pelajar baru tingkatan empat yang bakal mendaftar pada hari ini. Selain itu, beliau juga menyatakan terdapat satu lawatan daripada sembilan pengetua cemerlang daripada SBP utara. Beliau meminta agar para pelajar dapat mengawal disiplin dan sahsiah masing masing. Tidak lupa juga dengan kebersihan persekitaran sekolah. Sesudah sahaja ucapan daripada guru bertugas, majlis menjemput Cikgu Nurul Azhariah untuk berucap. Beliau menyampaikan pesanan yang sama tentang lawatan pengetua cemerlang tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa bahagian LTC ialah kawasan larangan bagi pelajar untuk lalu lalang kerana bahagian itu merupakan tempat makan bagi para pelawat. Setelah habis berucap, majlis menjemput Amirul Ashraf bagi mengetuai bacaan doa. Tepat jam 7:30, majlis bersurai.
Perhimpunan Harian - 06.03.2019
MC : Zarif Adam (XTA1519)
Bacaan doa : Faris Syahmi (EXP1620)
Pada pukul 7.15 pagi perhimpunan dimulakan seperti biasa. Komander memberi arahan kepada semua pelajar untuk menyenangkan diri. Perhimpunan dimulakan dengan persembahan daripada Aiman Syahmi bagi meneruskan program ‘Speaking Corner’ sebagai sedikit perkongsian pengetahuan kepada para pelajar yang lain. Kemudian Puan Wanira selaku guru pengiring bola jaring sekolah memberikan pengumumuman bahawa pasukan bola jaring sekolah bawah 15 tahun telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam pertandingan bola jaring msspp daerah pada 1 Mac yang lalu manakala pasukan bola jaring bawah 18 telahpun berjaya merangkul pingat emas. Pasukan bola jaring bawah 18 layak memasuki pertandingan bola jaring peringkat negeri pada hari Khamis ini, bersamaan dengan 7 Mac 2019. Seterusnya, Fatin Shahirah (XTA1519) turut memberi pengumuman mengenai penyertaan unit beruniform pengakap dalam satu acara runner dan salah seorang peserta sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke-13 daripada 150 orang peserta yang turut terlibat dalam pertandingan tersebut. Sebelum bersurai, majlis menjemput Faris Syahmi (EXP1620) untuk mengetuai bacaan doa. Perhimpunan tamat tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 07/03/2019
MC: Nur Zulaikha binti Zaki (XTA 1519)
Doa: Akief Haziq (EXP 1620)
SMSKB, 07 Mac 2019, pelajar di dataran tepat jam 7.00 pagi dan majlis dimulakan dengan program Speaker Corner oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620). Beliau membincangkan tentang “Tiger Parenting VS Helicopter Parenting”. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Akief haziq. Majlis bersurai tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 08.03.2019
MC : Abang Shahzarith bin Abang Mahamud (XTA1519)
Bacaan Doa : Mohd Latifie bin Mohd Ridzwan (EXP1620)
Pada 8 Mac , perhimpunan dimulakan dengan Al-Mathurat dan dilangsungkan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan Lagu Sekolah . Perhimpunan diteruskan dengan Ucapan Ustaz Sabar . Beliau meminta dan menegur pelajar pelajar agar tidak tidur di dalam kelas dan meneruskan nilai nilai positif dalam kehidupan seharian di sekolah . Kemudian , ucapan dari Cikgu Nazri selaku Penolong Kanan Kokurikulum mengingatkan sekali lagi tentang hal dan isu pulang bermalam . Pelajar pelajar diingatkan untuk memberi surat ingin pulang bermalam 3 hari awal sebelum waktu atau tarikh yang diinginkan . Prosedur selengkapnya untuk pulang bermalam sentiasa diingatkan kepada para pelajar agar tiada lagi hal dan isu yang tidak diingini berlaku . Bacaan doa dan hadis oleh saudara Latifie dan perhimpunan bersurai .
Perhimpunan Harian - 12.03.2019
MC : Nurul Fatihah bt. Sharuall Nizam (XTA1519)
Bacaan Doa : Mohd Latifie bin Mohd Ridzwan (EXP1620)
Pada 12 Mac , perhimpunan dimulakan dengan Al-Mathurat dan dilangsungkan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan Lagu Sekolah . Perhimpunan diteruskan dengan program Speaker Corner oleh saudari Nur Irfah bt. Mustafa. Kemudian , ucapan dari Cikgu Siti Nurbanu untuk memaklumkan kepada semua pelajar tentang guru bertugas pada minggu ini. Guru yang bertugas pada minggu ini ialah cikgu Banu dan Cikgu hasnol. Seterusnya, bacaan doa dan hadis oleh saudara Latifie dan perhimpunan bersurai .
Perhimpunan Harian - 13.03.2019
MC : Zarif Adam bin Fathi(XTA1519)
Bacaan doa : Faris Syahmi (EXP1620)
Pelajar tingkatan dua menyampaikan public speaking yang bertajuk ‘sukan di Malaysia yang Semakin Berkembang Baik’. Seterusnya, Cigu izani menyampaikan sedikit ucapan dan pemberitahuan mengenai bahas Hk SBP Piala Perdana Menteri yang bakal berlangsung pada hari Jumaat ini, !5 Mac 2019, sehingga Ahad 17 Mac 2019 sebagai tuan rumah. Di sini, Cikgu Izani menegaskan bahawa kita perlu berbangga kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah zon utara bahas piala perdana menteri buat julung- julung kalinya. Disampaikan bahawa guru- guru cemerlang SBP dan pengetua- pengetua18 buah SBP memuji kekemasan, kebersihan kelas dan juga dataran serta peranan kehadiran pelajar ke surau yang sentiasa penuh pada setiap waktu dengan susunan kasut yang teratur menunjukkan sikap yang baik pelajar- pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
Perhimpunan Harian - 14 Mac 2019
MC: Afifah binti Mahadzir (XTA 1519)
Doa: Muhammad Latifie bin Ridzuan (EXP 1620)
SMSKB, 14 Mac 2019, para pelajar berkumpul di dataran dan memulakan perhimpunan. Majlis dimulakan dengan program Speaker’s Corner oleh saudara Syuhir (ELT 1822). Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Banu. Beliau mengingatkan pelajar tentang kesihatan. Pemakanan amat mempengaruhi kesihatan. Maka, jagalah pemakanan dengan mengambil makanan mengikut aturan piramid makanan agar badan cergas dan minda cerdas. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Izani. Beliau memberi ucapan mengenai lonjakan pelajar untuk mendapat keputusan peperiksaan yang meningkat berbanding sebelumnya. Perkara ini amat penting agar pelajar mendapat kejayaan di masa hadapan. Yang terakhir, majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Cikgu Nazri bin Ishak. Beliau menyampaikan tentang persediaan sebelum tibanya hari yang amat penting bagi semua warga SMSKB, iaitu hari menjadi tuan rumah bagi perlawanan bahas antara sekolah berasrama penuh di bahagian utara dan juga negeri Sabah dan Sarawak. Kesemua pelajar harus memberi komitmen yang baik agar perancangan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Latifie bin Ridzuan ( EXP 1620). Majlis bersurai tepat jam 8.00 pagi.
Perhimpunan Harian - 15.03.2019
MC : Amir Muhaimin bin Abd Malek (XTA1519)
Bacaan doa : -
Perhimpunan pada hari ini bermula lewat iaitu pada jam 9.00 pagi. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Nazri yang memberi sedikit pesanan kepada para pelajar yang akan pulang bermalam dan nasihat serta penerangan mengenai pertandingan bahas yang bakal berlangsung di sekolah sebagai tuan rumah zon A kepada para petugas tingkatan lima dan pelajar lain yang terlibat. Selain itu, Cikgu Nazri turut memanggil peserta- peserta bahas Sekolah Menengah Sains Kepala Batas yang bakal bertanding untuk tampil ke hadapan supaya dapat disaksikan oleh pelajar- pelajar yang lain. Cikgu Nazri turut memesan supaya pelajar dapat pulang dari cuti sebelum jam 6 petang. Yang disayangi, pengetua Puan Hajah Azizah memberi sepatah dua kata mengenai keputusan SPM yang baru sahaja diperolehi dan diumumkan pada 14 Mac 2019 iaitu semalam. Di sini, bonda melahirkan rasa amat berbangga di atas pencapaian yang telah melonjak naikkan nama sekolah setelah sekian lama berada di kedudukan yang tidak memberangsangkan. Pelajar tingkatan lima khususnya diingatkan untuk mengekalkan prestasi baik sekolah dan lebih baik jika dapat melakar sejarah yang lebih dahsyat dalam peperiksaan SPM pada tahun ini buat batch Xtrovia 1519. Pelajar lain turut diminta untuk berusaha dan belajar dengan bersungguh- sungguh. Seterusnya, Teacher Azainora selaku guru bertugas pada minggu ini tampil ke hadapan bagi mengumumkan pemenang kelas dan asrama terbilang buat pertama kalinya bagi tahun ini. Penyampaian plak hadiah disampaikan oleh puan pengetua. Cikgu Izani memberitahu bahawa penyerahan duit bantuan persekolahan buat para pelajar yang layak menerima akan dibuat pada hari ini. Perhimpunan tamat pada jam 9.30 pagi.
MC : Hanna Aqila (XTA1519)
Bacaan doa : Fariss Syahmi (EXP 1620)
Perhimpunan diadakan seperti biasa. Setelah selesai bacaan al- Mathurat, perhimpunan diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah dan Asmaul Husna. Perhimpunan tamat
Perhimpunan Harian - 20.03.2019
MC : Ammar Norhazim (XTA1519)
Bacaan doa : Faris Syahmi (LGD1620)
Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.10 pagi dengan bacaan al- mathurat. Seterusnya, Cikgu Nazri memberikan ucapan mengenai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang diadakan pada 15 sehingga 17 Mac yang lalu. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pasukan bahas bahasa melayu dan bahasa inggeris yang berjaya ke peringkat akhir iaitu di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan Jun akan datang. Perhimpunan tamat tepat jam 7.30 pagi.
21.03.2019 - Perhimpunan Harian
Bacaan Doa:Luqman Fauzi (EXP 1620) & Akief Haziq ( EXP 1620)
SMSKB, 21 Mac 2019, semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk bacaan Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dari Cikgu Mohd Izani yang mengingatkan semua pelajar untuk meminta kerja rumah@ole-ole cuti sekolah dari guru masing masing supaya cuti persekolahan tidak dibazirkan begitu sahaja. Beliau juga mempromosikan Pertandingan Inovasi Reka Cipta Teknologi Hijau 2019 dan mengajak semua pelajar terutamannya pelajar tingkatan 4 untuk menyertai pertandingan ini bagi menambahkan sijil sijil yang dapat meningkatkan markah PAJSK pelajar. Terdapat 7 kategori yang akan diadakan di peringkat negeri pada Jun 2019. Beliau juga mengingatkan para pelajar untuk memastikan keadaan asrama dan sekolah berada di dalam keadaan yang terbaik sebelum balik bercuti. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Cikgu Mohd Alias Mad Ali yang menegur dan meminta pelajar untuk memperbaiki diri sendiri berkenaan dengan proses pergi ke klinik . Beliau juga meminta pelajar untuk menyusun kembali kerusi meja yang digunakan sepanjang Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri baru baru ini. Majlis bersurai pada jam 7:35 pagi.