Perhimpunan Harian- 1/8/2019 - Khamis
Mc: Alia Natasha (EXP 1620)
Baca Doa : Latifi (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alia Natasha (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan , saudari Nur Irfah (EXP1620) selaku wakil pengawas telah menyampaikan ucapan tentang perkara yang berkaitan membaca seperti faedah membaca.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Latifi (EXP 1620).
Tarikh : 02.08.2019(Jumaat)
MC : Azreen Naziffa(EXP1620)
Bacaan Doa : Luqman Hakimi(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Azreen Naziffa (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan.Nabila (EXP1620) telah menyampaikan anugerah 3K kepada kamar dan kelas terbilang.Bagi kamar terbilang telah dimenangi oleh kamar Orion 5 bagi asrama putera dan puteri.Bagi kelas menengah rendah telah dimenangi oleh 3 Alpha dan menengah atas pula 5 Titanium.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Luqman Hakimi (EXP1620).
Tarikh : 5.8.2019(Isnin)
MC : Nazhan Ilham(EXP1620)
Bacaan Doa : Faris Syahmi(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Almathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Nazhan Ilham(EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, Cikgu Izani telah memberi beberapa ucapan serta teguran.Beliau menasihati agar semua ketua kelas yang dilantik menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjemput guru subjek seterusnya ke kelas. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faris Syahmi(EXP1620).
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Syaza (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan ,saudari Fatehah (XTA 1519 telah memberikan ucapan sempena bulan kemerdekaan yang lebih kepada ulangkaji kepada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Ucapan yang telah disampaikan oleh saudari Fatehah bertajuk Sistem Ahli yang diselitkan langkah-langkah parti ditubuhkan dan sebagainya.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Cikgu Sharifah NorAsyikin. Beliau telah berpesan kepada semua pelajar untuk banyakkan minum air kosong sempena musim jerebu yang melanda. Beliau juga telah memperingati semua pelajar tentang prosedur-prosedur untuk ke klinik terutamanya pelajar Tingkatan 1 yang masih belum biasa dengan prosedur tersebut. MC juga telah memberitahu tentang guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Masrizal, Cikgu Nordiah dan Cikgu Sharifah NorAsyikin.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Amirul Asyraf (EXP 1620).
SMSKB, 7 Ogos 2019, para pelajar berkumpul di dataran. Liyana Uzma (XTA 1519) telah memberi ucapan tentang peraturan di sekolah. Silent Mode harus dikuatkuasakan agar suasana prep malam lebih terkawal. Pelajar seharusnya mengikut peraturan apabila keluar daripada pagar sekolah. Semua pelajar harus memakai pakaian outing atau pakaian batik. Seterusnya, Adzrul (ELT 1822) telah memberi ucapan bahasa German. Akhir sekali, Cikgu Sharipah Norashikin telah memberi teguran kepada seluruh pelajar SMSKB supaya mengesahkan kad matrik di pondok pengawal. Pengesahan kad matrik amatlah penting supaya pergerakan pelajar ke luar dari sekolah dapat dimaklumkan.
SMSKB,8 Ogos 2019 .Bacaan Al-Mathurat dimulakan pada jam 7.00 pagi dan dipimpin oleh Fariss Syahmi dan Fawwaz ( EXP1620 ). Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh saudari Sara Nabila ( XTA1519 ) tentang tokoh-tokoh yang memerdekakan Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun V.T. Sambanthan. Kemudian, Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Afiqah Amni (ELITE1822) mengenai membeli belah dalam bahasa Jerman. Cikgu Izani turut memberikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau telah bercakap mengenai keadaan manusia di Padang Mahsyar. Beliau memberi nasihat mengenai dengki, suka mengutuk, sikap memaafkan orang, kelapangan dada dan menghasut orang lain. Beliau menyuruh semua warga SMSKB berdoa supaya perkara negatif tidak berlaku di kalangan warga sekolah dan berdoa supaya Allah menyatukan hati semua warga SMSKB. Sebelum beliau mengakhiri ucapan beliau, beliau menegur mengenai prestasi PPT yang menurun harus ditebus di PAT. Perhimpunan diakhiri dengan pengumuman mengenai penggambaran garage band, pemulangan semula plak 3K dan bacaan hadis serta doa oleh saudara Fariss Syahmi ( EXP1620 ).
SMSKB,9 Ogos 2019.Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nur Nabila (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan,Guru bertugas SMS Kepala Batas telah memberi beberapa ucapan serta teguran.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Muhammad Amirul Ashraf(EXP1620)
SMSKB,12 Ogos 2019.Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi dan dipimpin oleh Akif dan Luqman(Exprintz 1620). Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh saudara Abul Izzureen ( Xtrovia 1519) mengenai kesan disiplin diri kepada pelajar-pelajar.Juga dimaklumkan bahawa pada minggu ini kesemua kelas dan kamar melepasi piawai 3K.. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Akif Haziq(Exprintz 1620).
SMSKB, 13 Ogos 2019, Perhimpunan harian dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Seterusnya, guru bertugas memberi sedikit peringatan berkenaan prosedur ke klinik.Perhimpunan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Fariss Syahmi(Exprintz 1620).
SMSKB,14 Ogos 2019. Perhimpunan dimulakan dengan nasyid Asmaul-husna dan lagu sekolah .Perhimpunan diacarakan oleh Nabil(Exprintz 1620). Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Aini Khadijah(Exprintz 1620) . Perhimpunan diteruskan dengan ucapan murid Bahasa Jerman.Sejurus dengan itu , perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Faris Syahmi(Exprintz 1620) .
SMSKB,15 Ogos 2019. Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Azreen Naziffa (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Amirul Asyraf (EXP 1620).
SMSKB,16 Ogos 2019.Bacaan Surah Al Kahfi dimulakan tepat jam 7.00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Anis Zakirah (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah 3K oleh saudari Irfah Mustafa (EXP 1620).Pemenang bagi kamar aspura ialah Delphinus 8 manakala bagi kamar aspuri pula ialah Phoenix 1.Bagi menengah rendah , pemenangnya ialah 3 Alpha dan 5 Aluminium bagi menengah atas.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620).
MC : Aleeya Natasha (LEG 1721), Ikmal Daniel (LEG 1721), Aqeef (LEG 1721)
Doa : Zulhaily (LEG 1721)
Perhimpunan kali ini telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar Bahasa Jepun kerana ingin menyambut kehadiran pelajar pertukaran daripada negara Jepun.
Perhimpunan dimulakan dengan iringan masuk puan pengetua, barisan pentadbir dan para pengawas. Terdapat tetamu istimewa daripada Jepun iaitu pelajar pertukaran daripada Nagoya school, Nagoya CIty, Japan. Terdapat 5 pelajar perempuan dan 3 guru pengiring yang menyertai program pelajar pertukaran ini. Persembahan yosakoi yang penuh bersemangat yang dikendalikan oleh Sensei Ooi. Selain itu, persembahan tarian Overture
(tak habis lagi, nanti sambung)
Perhimpunan Harian - 20.08.2019
MC : Alya (EXP 1620)
Bacaan Doa : Latifi (EXP 1620)
SMSKB,20 Ogos 2019,tepat jam 7:15 perhimpunan dimulakan.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alya (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan, saudari Aina Zahra (ERU 1923) mengajak para guru serta pelajar untuk datang ke jualan amal yang diadakan di laluan bilik guru pada waktu kelas persediaan petang.Kemudian , saudari Syaza Safiah (EXP 1620) telah menerangkan tentang bagaimana Islam boleh tersebar ke seluruh Asia Tenggara.Selain itu , Cikgu Izani juga telah memberitahu para pelajar tentang ketepatan masa.Beliau mengingatkan bahawa para pelajar yang mempunyai sakit yang serius sahaja yang dibenarkan untuk ke klinik pada waktu petang.Borang untuk ke klinik pula hanya boleh diambil daripada guru bertugas.Para pelajar yang didapati pulang lambat daripada cuti akan ditahan outing.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Latifi (EXP 1620).
SMSKB, 26 Ogos 2019, semua pelajar berkumpul di tapak roll-call di hadapan asrama. Pada jam 7.30 pagi, mentor hadir ke tapak roll-call untuk memulakan program mentor mentee. Tema pada hari ini ialah kasih sayang terhadap hari kemerdekaan. Semua rakyat Malaysia perlu menerapkan nilai patriotisme kepada negara. Para pelajar juga telah diperingat untuk mengemas kini buku PAJSK masing-masing. Hal ini demikian kerana, markah kokurikulum tahunan akan dirujuk melalui buku tersebut. Program bersurai tepat jam 8.00 pagi dan PdP bermula.
SMSKB,27 Ogos 2019. Bacaan Al-Mathurat dibaca oleh saudara Affan dan Amirul Asyraf (EXP 1620) sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alia Natasha(EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan ,saudara Nazhan Ilham EXP 1620)telah menceritakan tentang peristiwa seorang tokoh kemerdekaan iaitu Mat Kilau.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada saudari Umi Kalsum. Dia menjemput pengetua diiringi Cikgu Wahab untuk menyampaikan medal kepada pemain-pemain hoki yang berjaya mengharumkan nama sekolah pada perlawanan hoki U14 peringkat zon Utara yang telah berlangsung pada 24.8.2019 yang lalu. Semasa perhimpunan, saudari Aini Khadijah telah memberitahu bahawa terdapat kunjungan dari 2 orang pelajar dari Jepun. Jadi, kita hendaklah menjaga perlakuan dan melayan mereka dengan baik.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Amirul Asyraf (EXP 1620).
SMSKB,28 Ogos 2019.Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan dimulakan pada 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-husna dan lagu sekolah .Perhimpunan diacarakan oleh saudari Aina Nazurah (EXP 1620). Perhimpunan diteruskan dengan ucapan bahasa Jerman oleh saudari Alya Nazifa (ELT 1822). Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Cikgu Izani tentang pergerakan kokurikulum pada petang nanti. Sejurus akhirnya ucapan daripada Cikgu Izani, perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Latifie ( EXP 1620).
SMSKB,30 Ogos 2019, tepat jam 7.00 pagi perhimpunan bermula. Abang Shahzarith (XTA 1519) telah memberi ucapan di sudut Jom Bicara pada pagi yang indah tersebut. Beliau telah memberi ucapan kepada seluruh pelajar supaya berakhlak mulia dengan mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian. Akhlak yang mulia akan membentuk mukmin yang berjaya dan menjaga kebersihan. Seterusnya, kita haruslah menepati janji dan menunaikan amanah yang diberi. Menjalankan amanah ialah tanggungjawab terbesar dan melanggarnya akan dianggap sebagai munafik. Pada jam 7.20 pagi, Frau Fatin telah menyampaikan pengumuman bahawa setiap hari terdapat seorang wakil pelajar bahasa German akan berucap di sudut Jom Bicara bermula hari ini.