Tarikh :4 Februari 2020
MC : Fatimah (EXP1620)
Bacaan doa : Luqman Lotfi (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat yang diketuai oleh saudara Ajdmal Hadi dan Luqman Lotfi(LGD1721)
Kemudian, diiringi dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En. Izzani mengenai pendaftaran pelajar tingkatan satu bagi ambilan kedua, Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh :5 Februari 2020
MC : Lutfil Hadi (EXP1620)
Bacaan doa : Muhd Zafuan (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Haziq (LGD1721) berkenaan perkara yang menarik di Jepun. Seterusnya, perhimpunan diteruskan oleh Encik Azlan bagi menyampaikan ucapan berkaitan hal disiplin murid di sekolah.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh :6 Februari 2020
MC : Masturina Haziqah (EXP1620).
Bacaan doa : Ammar Firdaus (LGD1721).
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Saudara Aliff Amran (LGD1721) bagi mengongsikan pengalamannya ke Jepun.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh :7 Februari 2020
MC : Saudari Afrina (EXP1620)
Bacaan doa : Ammar Firdaus (LGD1721).
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman nama pemenang bagi 3K mingguan bagi kelas dan kamar.Bagi asrama putera anugerah ini telah dimenangi oleh kamar Phoenix 1 manakala asrama puteri telah dimenangi oleh kamar Serphen 2. Bagi kategori kelas menengah rendah pula telah dimenangi oleh kelas 2 Sigma manakala kelas menengah atas telah dimenangi oleh kelas 5 Chromium.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput saudara Faiz Haziq dan saudari Adriana Yasmin (EXP1620) bagi mengongsikan pengalaman ke Jepun. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En.Nazri bagi menyampaikan ucapan mengenai sukantara yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh :10 Februari 2020
PERHIMPUNAN MENTOR-MENTEE
Perhimpunan dimulakan di tapak roll call sejurus selepas makan di dewan makan. Pelajar menunggu ketibaan mentor sambil diberi penerangan oleh pengawas-pengawas yang bertugas.
Pada jam 7.20 pagi, mentor mula tiba di tapak rollcall dan telah disambut oleh ketua kamar. Mentor telah melawat kamar mentee dan telah memberikan penambahbaikan dari segi keadaan kamar.
Mentor juga telah menetapkan target penghuni kamar untuk tahun 2020 dan telah membincangkan toleransi sesama ahli kamar. Perjumpaan ditamatkan pada jam 8.00 pagi.
Tarikh :11 Februari 2020
MC : Saudari Ain (EXP1620)
Bacaan doa : Muhammad Firdaus (LGD1721).
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Nur Humaira (LGD1721) berkenaan dengan pengalaman ke negara Jepun dan pengurusan masa penduduk di sana berbanding dengan penduduk di Malaysia.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh : 12Februari 2020
MC : Muhd Aiman (EXP1620)
Bacaan doa :Muhammad Syafiq (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada tuan pengetua, Encik Azlan Nor berkenaan dengan pengurusan masa pelajar di sekolah. Selepasitu,saudara Faris Ilham (ERD1923) menyampaikan sedikit ucapan berkenaan dengan perbazaan budaya di negara Malaysia dan Jepun.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa
Tarikh : 13Februari 2020
MC : Aina Nazurah (EXP1620)
Bacaan doa :Ammar Firdaus (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Azra Aqin (ELT1822), Muhd Haziq (LGD1721) dan Alia Natasha (LGD1721). Ucapan yang dilakukan adalah berkaitan dengan pengangkutan yang terdapat di negara Malaysia dan Jepun.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa
Tarikh : 14 Februari 2020
MC : Saudara Lutfil(EXP1620)
Bacaan doa :Muhammad Firdaus (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan menjeput saudara Alif (LGD1721) dan saudari Nur Humaira (LGD1721) bagi menyampaikan ucapan berkenaan dengan perbezaan cara persekolahan diantara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput Puan Hidayah bagi menyampaikan watikah pelantikan bagi guru muda yang telah dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 5.
Selepas itu majlis diteruskan pula dengan menyampaikan anugerah 3K bagi kamar dan kelas yang telah mendapat bilangan markah tertinggi bagi minggu ini. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Sensei Ooi Guan Lee. Bagi kamar aspura, kamar Orion 6 telah mendapat markah tertinggi. Bagi kamar aspuri, kamar Serphen 2. Bagi kelas menengah rendah, kelas 1 Gamma dan bagi menengah atas pula ialah kelas 4 Aluminium.
Perhimpunan diteruskan lagi dengan pengumuman daripada Encik Amirul berkenaan Pertandingan Beaver yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa
SMSKB,17 Januari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Perhimpunan Nilam ini telah diacarakan oleh saudari Raihanul (EXP1620) . Majlis diteruskan dengan ucapan daripada saudara Amirul Aizad , saudara Alif Aiman dan saudari Umi Khalsum. Mereka telah melaporkan tentang khusus yang telah dihadiri. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Encik Azlan Noor mengenai Program Nilam, Jom ke Sekolah, Amalan Guru Penyayang, Ziarah Cakna serta Anti buli, Anti dadah,Anti rokok dan Anti Inhalan. Beliau telah memberikan sedikit penerangan mengenai program yang telah dilancarkan ini. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Latifi (EXP1620) . Selepas itu, majlis bersurai.
Tarikh : 18Februari 2020
MC : Adriana Yasmin (EXP1620)
Bacaan doa :AjmalHadi(LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan oleh Ustazah Kamahaniza dengan menyampaikan sedikit tazkirah.
Perhimpunan diakhiri pada jam 7.30 pagi dengan bacaan Hadis dan doa
SMSKB,19 Februari 2020,perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Al-mathurat, asma’ al husna dan lagu sekolah.Saudara Fakhriy Fasyin (EXP1620) selaku pengacara majlis perhimpunan pada hari ini telah menjemput Sensei untuk memberitahu tentang kedatangan sukarelawati dari Jepun, Takahashi Keiko dan ucapan pengenalan daripada beliau. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Ammar Firdaus (LGD1721).Selepas itu, majlis bersurai.
SMSKB, 20 Februari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan nyanyian lagu sekolah. Saudari Nur Irfah (EXP1620) selaku pengacara majlis perhimpunan telah menjemput saudari Arumi (ELT1822) dan saudari Auni Bartisyia (ERD1923) telah memberi ucapan mengenai perbezaan budaya di Malaysia dan Jepun. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En. Izani tentang peringatan mengenai tingkah laku murid. Majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Muhammad Hanif (LGD1721). Setelah itu, majlis bersurai.
SMSKB, 21 Februari 2020, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan nyanyian lagusekolah. Saudara Faiz Haziq(EXP1620) telah menjemput Frau Fatin bagi mnyampaikan anugerah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Bahasa German. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn. Suhana mengenai pengurusan penggunaan pusat sumber sekolah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ooi Sensei mengenai sumbangan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Setelah itu, majlis menjemput Pn. Dayang bagi mengumumkan pemenang anugerah 3K pada minggu ini. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Mohd Zafuan (LGD1721). Kemudian, pelajar bersurai.
SMSKB, 24 Februari 2020, semua pelajar bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Amirul Aiman (EXP1620). Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada ketua rumah dan penolong ketua rumah mengenai sukan tahunan yang semakin hampir. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa. Majlis bersurai.
SMSKB,25Februari 2020 majlis dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat,Asma Alhusna dan nyanyian lagu sekolah.ajlis diacarakan oleh saudari Fatin Afiqah (EXP1620).Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Fun Run (Pengakap) oleh cikgu Sabar.Akhir sekali majlis diteruskan dengan bacaan doa daripada Fakhriy Fashin (EXP1620) dan majlis bersurai pada jam 7.30 pagi.
SMSKB,26 Februari 2020,majlis dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat bacaan Asma Al-husna.Majlis diacarakan oleh saudara Afif Zulhazim (EXP1620).Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan cikgu Izani tentang Hari Sukan,pelajar tingkatan 4 yang mewakili sekolah dalam pertandingan PISA dan motivasi untuk tingkatan 4 pada hari ini. Akhir sekali,majlis diteruskan dengan bacaan doa daripada saudara Nazhan Ilham (EXP1620).Kemudian,majlis bersurai.
SMSKB, 28 FEBRUARI 2020 perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al Mathurat,bacaan Asma Al Husna dan nyanyian lagu sekolah.Majlis ini diacarakan oleh saudari Anis Zakirah (EXP1620).Majlis diteruskan dengan ucapan daripada cikgu Izani tentang tazkirah pagi. Seterusnya, Puan Musyati menyampaikan pingat kepada para pemain bola jaring bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun yang mendapat tempat pertama di peringkat zon Seberang Perai Utara.Kemudian, cikgu Amirul meningatkan tentang peraturan sekolah kepada para pelajar,, selaku guru bertugas pada minggu ini.Majlis diteruskan lagi dengan anugerah 3K iaitu menengah rendah ialah kelas 3 Beta dan menengah atas pula ialah 5 Chromium.Kamar aspuri dimenangi oleh Phoenix 1 dan kamar aspura pula ialah Phoenix 7 yang telah disampaikan oleh cikgu Dayang . .Selain itu,Puan Hidayah memberitahu kepada pelajar tingkatan 4 bahawa mereka akan ada program bersama Ustaz Ebit Lew pada 7 Julai nanti.Cikgu Nazri juga memberitahu tentang kejohanan yang akan diadakan mahupun kejohanan yang bakal berlangsung .Pengetua iaitu En. Azlan memberitahu para pelajar bahawa minggu hadapan jadual waktu akan berubah. Akhir sekali,perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Ajmal Hadi (LGD1721) dan majlis bersurai.