Perhimpunan Harian - 01/02/19
MC: Nurnajwa Binti Fairuz (XTA1519)
Bacaan Doa: Aqeef (EXP1620)
SMSKB, 31 Januari 2019, perhimpunan diadakan seperti biasa. Teacher Dahliana iaitu guru baharu yang melaporkan diri pada 4 januari memberi sedikit ucapan dan kata- kata nasihat yang sangat bermakna buat para pelajar. Pada 01 Februari merupakan hari terakhir beliau mengajar di SMSKB tidak sampai tempoh sebulan. Encik Izani juga turut memberikan sepatah dua kata berbentuk ucapan dan tazkirah buat semua di hari Jumaat yang mulia. Encik Nazri selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum bercakap agak lama dengan memberi pengetahuan bahawa pasukan ragbi dan ragbi sentuh sekolah yang baru sahaja ditubuhkan itu akan mewakili sekolah ke perlawanan ragbi di Perlis pada hari tersebut sehingga hari Ahad. Ketua pasukan ragbi iaitu Muhammad Syakir (XTA1519) memberikan sedikit kata- kata mengenai penglibatan pasukan ragbi pada perlawanan kali ini. Perhimpunan tamat dan pelajar tingkatan 3 dan 5 bergerak ke dewan bagi majlis perjumpaan guru dan waris serta majlis penetapan target pt3 dan SPM. Pelajar tingkatan 4 bergerak terus ke bilik kuliah bagi teknik menjawab Pendidikan Agama Islam. Pelajar tingkatan 1 dan 2 pula diuruskan oleh alumni- alumni bagi aktiviti explorace.
Perhimpunan Rasmi Rumah Sukan - 10/2/2019
SMSKB, 11 Februari 2019, semua pelajar bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Majlis diserikan lagi dengan ucapan semangat daripada ketua rumah dan penolong ketua rumah masing-masing. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pengenalan ketua dan penolong ketua setiap biro yang telah dibahagi.
Sebelum berakhir, majlis memulakan agenda iaitu mendengar ucapan daripada ketua guru rumah. Sebagai penutup, majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr
Perhimpunan Harian - 12/2/19
SMSKB, 12 Februari 2019, bacaan Al-Mathurat diketuai oleh saudara Amirul Asyraf dan Fariss Syahmi (EXP 1620). Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Sara Nabila (XTA 1519) sebagai pengacara majlis meneruskan agenda dengan menjemput Ain Aqilah (EXP 1620) untuk menyampaikan ucapan bahasa inggeris sempena aktiviti Speaker Corner yang berlangsung sejak awal tahun 2019. Beliau menyampaikan ucapan berkenaan dengan penggunaan sosial media pada zaman kini. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Fariss Syahmi (EXP 1620). Pada jam 7.30 pagi, majlis bersurai.
Perhimpunan Harian - 13/02/19
MC: (XTA1519)
Bacaan Doa: (EXP1620)
SMSKB, 13 Februari 2019, perhimpunan diadakan dengan ucapan taklimat daripada cikgu Nazri bahawa pertandingan kawad kaki rumah telapun ditunda kepada hari yang lain disebabkan oleh hari sukan yang bakal tiba tidak lama lagi. Perjumpaan kokurikulum mingguan juga digantikan dengan perjumpaan bagi latihan atlet yang berkenaan bagi setiap rumah dan latihan sorak antara pelajar dan guru- guru rumah. Cikgu Suhana juga menyampaikan pengumuman sekali lagi bahawa pertandingan kawad kaki rumah telah ditunda pada bulan hadapan.
Perhimpunan Harian - 14/02/19
MC: (XTA1519)
Bacaan Doa:(EXP1620)
SMSKB, 31 Januari 2019, perhimpunan diakan seperti biasa, Encik Nazri menyampaikan ucapan seperti biasa. Encik Alias, selaku guru di bahagian 3K, menegur kelas- kelas menengah rendah dan menengah atas supaya menjaga kebersihan kelas supaya dapat belajar dengan keadaan yang selesa, keceriaan kelas agar para pelajar dapat belajar dengan riang setiap hari. Diumumkan juga, anugerah keceriaan kelas akan dimulakan dari awal bulan Mac.
Perhimpunan Harian - 15/02/19
MC: Fathir Suhaimi (XTA1519)
Bacaan Doa: Aqeef (EXP1620)
SMSKB, 15 Februari 2019, perhimpunan dimualkan dengan bacaan al-mathurat. Fathir Suhaimi memberikan pengumuman kemenangan oleh pemain ragbi sekolah pada minggu cuti raya cina dan memberi keterangan mengenai anugerah pencapaian dan kategori piala yang dipertandingkan iaitu shield, cup, bowl dan plate. Pasukan ragbi sekolah ‘Python’ telah berjaya merangkul gelaran johan dalam kategori plate. Hadiah berbentuk pingat dan sijil disampaikan buat kesemua pemain ragbi. Perhimpunan tamat dan para pelajar bersurai ke kelas masing- masing.
Perhimpunan Rasmi
Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Progam Jom ke Sekolah 2019
MC : Muhammad Fathir bin Suhaimi
Bacaan doa : Muhammad Aiman Muqri bin Sukri
SMSKB,18 Februari 2019, majlis dijalankan di Dewan Sri Bertam dan dipengerusikan oleh saudara Muhammad Fathir bin Suhaimi.Jam 7.30 pagi,majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna,lagu Negaraku,lagu Pulau Pinang dan lagu sekolah diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Aiman Muqri.Majlis kemudiannya diteruskan dengan perutusan daripada Menteri Pendidikan,YB Dr. Maszlee Malik yang disampaikan oleh penolong kanan kurikulum,Encik Zamri bin Sabri.Seterusnya,ketua bahagian siasatan jenayah komersial merangkap pegawai perhubungan sekolah,ASP Azli bin Ishak dari IPP Seberang Perai telah memberikan sepatah dua kata sebelum melancarkan program tersebut.Majlis akhirnya bersurai tepat jam 9.00 pagi.
Perhimpunan Harian - 19/2/2019
MC: Amni Batrisya binti Mohd Nazri (XTA 1519)
Doa: Muhammad Latifie bin Muhammad Ridzuan (EXP 1620)
SMSKB, 19 Februari 2019, pelajar bergerak ke dataran untuk bacaan al-Mathurat. Amni Batrisya sebagai pengacara majlis memulakan majlis dengan menjemput Adriana Yasmin binti Yusaini (EXP 1620) meneruskan program Speaker Corner dengan tajuk ucapannya “Campur Tangan Ahli Politik Akan Menjejaskan Bidang Sukan Negara”. Selepas sesi Speaker Corner, perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Noraini yang telah memaklumkan tentang guru bertugas mingguan serta penilaian 3K yang akan dimulakan pada minggu ini. Beliau juga memberikan arahan kepada semua kelas untuk meneruskan aktiviti keceriaan kelas supaya kelas berada dalam keadaan yang kemas dan terkawal. Beliau juga menegur tentang prosedur ke klinik bagi pelajar yang sakit pada waktu petang. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 20/2/2019
MC: Muhammad Syakir bin Sopian (XTA1519)
Doa: Fariss Syahmi (EXP 1620)
SMSKB, 20 Februari 2019, semua pelajar bergerak ke Dataran Abdullah Fahim sejurus selepas sarapan pagi di dewan makan dan telah bersama-sama membaca ayat Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Suhana binti Abdullah yang membuat pengumuman tentang penangguhan pertandingan kawad kaki antara rumah ke tarkih 6/3/2019 di atas faktor kesibukan latihan sempena hari sukan. Beliau juga mengingatkan supaya semua pelajar mengemaskini papan kenyataan serta persatuan secepat mungkin. Beliau juga mempromosikan pertandingan-pertandingan dibawah unit NILAM seperti pertandingan Tokoh NILAM dan video NILAM. Perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan kriket (SBP) zon PKP yang telah mendapat tempat ketiga. Cikgu Nazri bin Ishak menyambung perhimpunan pada pagi itu dengan mengucapkan tahniah kepada pasukan kriket dan telah membentangkan jadual aktiviti kokurikulum sepanjang bulan Februari bagi tahun 2019. Majlis bersurai jam 7.45 pagi.
Perhimpunan Harian - 21/2/2019
MC: Farah Iwani (XTA 1519)
Doa : Akif Hazieq (EXP 1620)
SMSKB, 21 Februari 2019, semua pelajar bergerak ke dataran dan membaca Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan dengan program Speaker Corner oleh Nurul Nuha (LGD 1721) tentang “Usaha Memajukan Industri Pelancongan”. Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman daripada Cikgu Izani bin Saufi berkenaan dengan program yang akan diadakan pada bulan Mac 2019 bersama dengan batch Legend 1721. Beliau juga mengingatkan pelajar supaya memastikan latihan didalam buku latihan dilengkapkan untuk diperiksa oleh beliau sebagai ketua bidang Sains dan Matematik SMSKB. Perhimpunan ditangguhkan tepat jam 7.35 pagi.
Perhimpunan Harian - 22/2/2019
MC: Awang Muhammad Iqbal bin Awang Muhammad Razlan (XTA 1519)
Doa: Fariez Fazmeer (EXP 1620)
SMSKB, 22 Februari 2019, semua pelajar berkumpul di dataran untuk bacaan Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan dengan pujian daripada Cikgu Noraini yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika aktiviti tarik tali semalam iaitu pada 21 Februari 2019. Beliau juga menegur tentang kelas-kelas yang masih tidak menyiapkan keceriaan kelasdan mengingatkan tentang kriteria pemarkahan keceriaan kelas. Beliau menegur lagi pelajar SMSKB tentang keberadaan pelajar didalam kelas ketika waktu rehat dan berharap perkara itu tidak akan berulang lagi. Perhimpunan ditangguhkan dengan bacaan doa dan bersurai tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Mentor Mentee - 25 Februari 2019
SMSKB, 25 Februari 2019, kesemua pelajar berkumpul di tapak roll call masing-masing sejurus selepas sarapan pagi di dewan makan. Pelajar menunggu ketibaan mentor sambil diberi penerangan oleh pengawas-pengawas yang bertugas. Pada jam 7.20 pagi, mentor mula tiba di tapak rollcall dan telah disambut oleh ketua kamar. Mentor telah melawat kamar mentee dan telah memberikan penambahbaikan dari segi keadaan kamar. Mentor telah menetapkan target penghuni kamar untuk tahun 2019 dan telah membincangkan tentang toleransi sesama ahli kamar. Perjumpaan ditangguhkan pada jam 8 pagi.
Perhimpunan Harian - 27 Februari 2019
MC : Muhammad Syakir Bin Sopian (XTA 1519)
Baca Doa : Fariss Syahmi (EXP 1620)
SMSKB, 27 Februari 2019, perhimpunan bermula pada jam 7.10 pagi sejurus selepas bacaan Al - Mathurat diketuai oleh Fariss Syahmi dan Muhammad Amirul Asyraf (EXP 1620). Syakir memulakan majlis dengan menjemput Dominic ( LGD 1721) untuk meneruskan majlis dengan program Speaker Corner yang bertajuk ‘Baby hatch’. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Cikgu Wahab mengenai kejayaan hoki sekolah yang telah merangkul juara bagi pasukan pelajar perempuan dan tempat ketiga bagi pasukan pelajar lelaki. Majlis diakhiri tepat jam 7.45 pagi dan majlis bersurai.