SMSKB, 13 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Muhammad Haikal (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr. Muhammad Nazif Aiman (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr.Muhammad Nazif Aiman & Sdr.Muhammad Muqri Qawiem (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Penolong Kanan KoKurikulum, Ustazah Rosnah Hanim memberi peringatan serta nasihat kepada para pelajar tentang etika pemakaian di sekolah dan memohon kerjasama pelajar untuk tidak melakukan masalah disiplin.
SMSKB, 14 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdri. Nurhanna Aqila (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Muhammad Mu’iz (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula semua pelajar membaca Surah Al-Kahfi yang diketuai oleh Sdr.Muhammad Mu’iz & Sdr.Muhammad Hairi (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Exco 3K, Pengawas Sekolah, sdri.Siti Nur Balqis (XTrovia 1519), mengumumkan pemenang Anugerah 3K bagi mingguan dan Bulanan. Anugerah itu disampaikan oleh Guru Kanan Kemanusiaan, Cikgu Nurul Azhariah. Seterusnya, Ustaz Mohd Puzi memberi peringatan kepada pelajar tentang masalah-masalah yang berlaku di sekolah. Berikut merupakan pemenang-pemenang untuk anugerah 3K:
Anugerah Bulanan:
Dorm
Orion 9 (Aspura)
Phoenix 2 (Aspuri)
Kelas
2 Beta (Menengah Rendah)
4 Aluminium (Menengah Atas)
Anugerah Mingguan:
Dorm
Serphen 6 (Aspura)
Orion 8 (Aspuri)
Kelas
2 Zeta (Menengah Rendah)
4 Aluminium (Menengah Atas)
SMSKB, 18 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdri.Nur Shahira (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Mohamad Danish Fahmi (XTrovia 1519). Perhimpunan bermula tanpa bacaan Al-Mathurat. Semasa perhimpunan, Guru bertugas, Ustazah Kamahaniza membuat pengumuman kepada pelajar yang tidak sihat agar berjumpa dengan guru bertugas iaitu Ustazah Kamahaniza atau Ooi Sensei. Ustazah juga memperingatkan agar memastikan kelas berada dalam keadaan yang bersih setiap masa.
Hadith of the day:
Sufyan Ibn Abdullah reported:I said,”O messenger of Allah,tell me of a saying in islam after which i will not need to ask anyone after you.”The messeneger of Allah,peace and blessings be upon him.
Say,I have faith in Allah,”and then remain steadfast
Source:Sahih Muslim
SMSKB, 19 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Zaim Daniel (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Aiman Muqri (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr.Aiman Muqri dan Sdr.Awang Muhammad Iqbal (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Ketua Exco Perhimpunan, Pengawas Sekolah, Sdr.Muhamad Izzairul Aiman (XTrovia 1519) membuat peringatan kepada para pelajar agar sentiasa datang perhimpunan dengan awal dan para pengawas pula perlu memastikan protokol perhimpunan dipatuhi dan berjalan lancar. Dia juga mengumumkan jenis perhimpunan yang terdapat di sekolah. Antaranya ialah Perhimpunan Rasmi, Perhimpunan Rumah Sukan, Perhimpunan Mentor-Mentee dan Perhimpunan Fokus (pada hari Khamis terakhir setiap bulan).
Hadith of the day:
Ibn Abbas reported:The messenger of Allah,Peace and Blessings be upon him,said:
If people were given in accordance with their claims,then men burden of proof is on the clainmant and an oath is a duty upon he who denies the claim.
Source:Al-Sunan Al-Kubra
SMSKB, 20 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdri. Balqis (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr. Aiman Muqri (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Muqri Qawiem dan Nazif Aiman. Semasa perhimpunan, Ustazah Kamahaniza memperingatkan kepada pelajar untuk menjaga kebersihan kelas. Cikgu Suhana pula memperingatkan kepada semua pelajar untuk menyiapkan NILAM dan seterusnya tidak meninggalkan buku-buku di bawah tangga.
SMSKB, 21 September 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Muhammad Fathir (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Muhamad Muqri Qawiem(XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, pengawas membuat pemeriksaan pakaian pelajar. Semasa perhimpunan, Persembahan Bicara Berirama yang diketuai oleh sdr.Alif Aiman yang bertajuk “Sayangi Malaysiaku” dipersembahkan. Pengetua, Cikgu Azizah telah memberikan peringatan kepada pelajar dan guru agar sifat menyayangi negara sentiasa dipupuk dalam diri masing-masing. Seterusnya,beliau merasmikan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2018.