01.04.2019 - Isnin
MC: Siti Nuratikah binti Abdullah (XTA1519)
Doa: Aiman Muqri (XTA1519)
Perhimpunan rasmi diadakan di Dewan Sri Bertam. Bacaan ikrar diketuai oleh Nazmi Aziman (XTA1519). Seterusnya, Cikgu Alias bin Mat Ali memberikan sedikit laporan tentang keadaan sekolah pada minggu lepas. Cikgu Khairuddin bin Adnan menceritakan mengenai “Minggu Baik Hati”. Perhimpunan tamat tepat jam 8.00 pagi.
Perhimpunan Harian - 02.04.2019
MC : Muhammad Hareez Fitri (XTA1519)
Bacaan doa : Muhammad Latifi (EXP1620)
Pada pukul 7:15, para pelajar telah berkumpul di Dataran Abdullah Fahim bagi bacaan Al-Mathurat. Perhimpunan dimulakan pada pukul 7:30 dengan nyanyian nasyid asmaul-husna dan lagu sekolah. Seterusnya,perhimpunan diteruskan dengan persembahan syarahan Bahasa German dari Nur Aisyah Syafiqah(XTA1519) dimana akan mewakili sekolah ke pertandingan syarahan Bahasa German yang akan diadakan di Shah Alam pada 06.04.2015.Sesudah persembahan syarahan itu,majlis menjemput Encik Izani untuk berucap.Beliau menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan dijalankan pada bulan May nanti.Beliau memberi peringatan kepada calon-calon PT3 dan SPM 2019 supaya membuat persiapan bagi meraih kejayaan. Setelah habis berucap, majlis menjemput Muhammad Latifi bagi mengetuai bacaan doa. Tepat jam 7:30, majlis bersurai.
03.04.2019 - Rabu
MC: Muqri Qawiem (XTA 1519)
Doa: Fariss Syahmi (EXP 1620)
SMSKB, 4 April 2019, Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada jam 7.05 pagi. Pengerusi majlis pada hari ini ialah Muqri Qawiem (XTA 1519). CIkgu Izani dijemput untuk memberikan ucapan. Akhir sekali, Fariss Syahmi (EXP 1620) dijemput untuk membaca hadith dan doa. Perhimpunan tamat pada jam 7.35 pagi.
MC : Syuhada binti Nazri
Bacaan doa : Muhammad Latifie Bin Ridzuan
Perhimpunan dimulakan seperti biasa. Perhimpunan pada hari ini tiada guru atau sebarang pengumuman. Pelajar bersurai pada pukul 7:20 pagi
Perhimpunan Harian - 05.04.2019
MC : Sara Nabila binti Mohd Izham
Bacaan Doa : Faris Syahmi
Perhimpunan bermula pada jam 7:15 , para pelajar berkumpul dan membaca Surah Al-Kahfi di Dataran Abdul Fahim .Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu sekolah . Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian anugerah 3K Mingguan yang dimenangi oleh 3 Alpha , 5 Titanium , Serphen 1 (Dorm Aspura) dan Serphen 2 (Dorm Aspuri) . Tidak lupa juga bagi penyampaian anugerah 3K Bulanan yang dimenangi oleh 3 Alpha , 5 Titanium , Serphen 1 (Dorm Aspura) dan Phoenix 1 (Dorm Aspuri) . Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Cikgu Syawal selaku guru bertugas pada minggu ke-12 menegur sedikit sebanyak tentang pengurusan waktu rehat , waktu prep dan prosedur ke hospital . Bukan itu sahaja , beliau juga menegur tentang kebersihan kelas dan mengharapkan agar pelajar sentiasa menjaga kebersihan kelas dan sekolah . Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh Faris Syahmi .
MC: Hareez Fitri (XTA 1519)
Bacaan Doa : Aiman Muqri (XTA 1519)
SMSKB, 8 April 2019, jam 7.00 pagi, para pelajar berkumpul di dataran sambil menunggu ketibaan guru-guru sebelum memulakan majlis. Seterusnya, majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar diketuai oleh saudara Faris Nuriman (XTA 1519). Guru yang berucap semalam ialah Tuan Haji Zamri bin Sabri dan Cikgu Mohd Nazri bin Ishak. Cikgu Zamri berpesan kepada semua pelajar supaya bersedia dengan peperiksaan pertengahan tahun tambahan lagi kepada pelajar tingkatan 5 dan 3 yang akan menghadapi peperiksaan besar pada masa yang akan datang. Pelajar diminta untuk meningkatkan prestasi akademik demi kebaikan semua warga sekolah. Selepas itu, Cikgu Nazri menyampaikan beberapa pengumuman kepada warga SMSKB. Majlis bersurai tepat jam 8.00 pagi.
09.04.2019- Selasa
MC: Aina Afifah (XTA1519)
Doa: Faris Syahmi (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan al-mathurat tepat pada jam 7.00 pagi. Seterusnya, Abang Shahzarith meneruskan aktiviti ‘Speaking Corner’. Cikgu Hasnol iaitu guru bahasa German pula memberi pengumuman bahawa seorang pelajar bahasa german iaitu Aisyah Syafiqah (XTA1519) telah menyertai satu pertandingan syarahan di Kuala Lumpur dan telahpun berjaya mendapat tempat kedua. Perhimpunan tamat tepat 7.30 pagi dan Cikgu Izani mengarah semua pelajar untuk segera mengosongkan kawasan dataran untuk aktiviti pdp dalam masa dua minit sahaja.
10.04.2019 - Rabu
MC: Wan Najmi (XTA1519)
Bacaan Doa: Faris Syahmi (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan nasyid Asmaul-husna dan lagu sekolah .Perhimpunan diacarakan oleh Wan Najmi . Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Aini Khadijah . Perhimpunan pula diteruskan lagi dengan ucapan Cikgu Sharipah , selaku guru bertugas minggu ini . Beliau menegur sedikit sebanyak tentang sampah di dalam kelas . Beliau mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku lagi . Sejurus dengan itu , perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh Faris Syahmi .
Tarikh : 11.04.2019 (Khamis)
MC :Amni Batrisyia (XTA1519)
Bacaan Doa : Fareez Fazmer (EXP1720)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Amni Batrisya (XTA1519) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan , Faiz Haziq (EXP1620) menyambung Program Speaker’s Corner tentang Life Without Gadget . Bukan itu sahaja , Cikgu Izani memberi teguran tentang lima perkara iaitu tentang lima perkara , iaitu kebersihan , pengurusan masa , etika pemakaian , akademik dan peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi . Beliau mengharapkan agar para pelajar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kelas serta asrama . Beliau juga menegaskan agar pemakaian baju batik pada harus pakaian batik merah yang dikhaskan untuk pelajar tingkata 1, 2, 3 bagi keseragaman yang ditetapkan. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Fareez Fazmer . (EXP1620)
Tarikh : 12.04.2019 (Jumaat)
MC : Nur Farah Iwani (XTA 1519)
Bacaan Doa : Fariez Fazmeer (EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al -Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nur Farah Iwani (XTA 1519) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, majlis penyampaian hadiah telah dijalankan bagi pertandingan bola sepak yang disertai oleh pasukan bawah-15 dan juga pasukan bawah-18. Pn. Hajah Azizah telah mengalungkan pingat bagi kesemua peserta yang telah bertanding. Syabas bagi kedua-dua buah pasukan yang telah meraih gelaran naib juara bagi pertandingan tersebut. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi asrama dan kelas terbilang mingguan. Asrama putera dimenangi oleh kamar Serphen 5 manakala asrama puteri dimenangi oleh kamar Serphen 2. Anugerah kelas terbilang pula dimenangi oleh kelas 1 Sigma bagi kategori menengah rendah manakala kategori menengah atas dimenangi oleh 5 Aluminium. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Fariez Fazmeer (EXP 1620).
PERHIMPUNAN NILAM (ISNIN,15 APRIL 2019)
Tarikh : 15.04.2019 (Isnin)
MC : Hazeem Fitri (XTA 1519)
Bacaan Doa : Allif Firdaus (XTA 1519)
SMSKB, perhimpunan Nilam dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Hazeem Fitri (XTA 1519) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna, lagu negaraku, lagu negeri Pulau Pinang, dan lagu sekolah. Semasa perhimpunan, saudari Aleeya Natasha (LEGEND 1721) dijemput untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk ‘Aku Membaca Lagi’ . Majlis diteruskan dengan pelancaran bulan membaca oleh cikgu Suhana dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kawad kaki oleh Pn Hajah Azizah binti Abu Bakar. Seterusnya , majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemain-pemain rugby sekolah yang berjaya memenangi Piala Cup pada 13 April 2019 (Sabtu). Perhimpunan diakhiri dengan persembahan nyanyian lagu nilam daripada kelas 5 Aluminium.
Perhimpunan Harian - 16 April 2019
MC: Liyana Uzma (XTA 1519)
Doa: Fariss Syahmi (EXP 1620)
SMSKB, 16 April 2019, para pelajar berkumpul di dataran untuk memulakan perhimpunan. Majlis dimulakan nyanyian alunan asmaul husna dan lagu sekolah. Aktiviti Speaker Corner diteruskan dengan saudara Muhammad Irfan Danial bin Norazli. Beliau menyampaikan ucapan berkaitan dengan prestasi sukan bola sepak di negara kita. Seterusnya, majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan oleh Cikgu Izani. Beliau mengucapkan syabas kepada prestasi sekolah yang kian meningkat naik. Perhimpunan tamat jam 7.40 pagi. Majlis bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN (RABU, 17 APRIL 2019)
Tarikh : 17.04.2019 (Rabu)
MC : Syakir Sopian (XTA1519)
Bacaan Doa : Faris Syahmi (EXp1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Muhammad Syakir bin Sopian (XTA1519) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, Mohd Farhan bin Mohd Hadzly (XTA1519) meneruskan program speaking corner yang kerap diadakan pada waktu perhimpunan pagi yang menceritakan tentang “Online Games”. Seterusnya, Cikgu Izani bercakap bahawa pada hari ini latihan penyampaian anugerah kecemerlangan akan diadakan dan semua guru serta murid turut terlibat sama bagi memastikan persiapan yang rapi untuk hari berkenaan (Khamis, 18.04.2019) agar berjalan dengan lancar. Para pelajar diminta untuk bergerak ke dewan sekolah tepat jam 8.00 pagi. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Faris Syahmi (EXP1620).
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
Tarikh : 18.04.2019 (Khamis)
MC :En Shareef dan Puan Wanira
Bacaan Doa : En Puzi Othman
Perhimpunan dimulakan dengan ketibaan pelajar dan guru pada jam 8 pagi . Diteruskan dengan ketibaan tetamu kehormat , Yang Berbahagia Dato’ Syed Mohamad Aidid bin Syed Murtaza yang diiringi dengan kawalan kehormat serta paluan kompang . Pada jam 8.45 pagi , berlangsungnya acara Welcoming Drink dan perarakan masuk tetamu kehormat dan para jemputan . Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berlakunya ucapan , persembahan dan penyampaian hadiah . Pada jam 12.15 tengah hari , Majlis Anugerah Kecemerlangan diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengacara majlis .
Tarikh : 19.04.2019 (Jumaat)
MC : FARIEZ FAZMER(EXP 1620)
Bacaan Doa : MOHAMMAD LATIFIE (EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al -Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Fariez Fazmer.(EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan ,saudari Alya telah mengumumkan pemenang bagi kelas dan asrama terbilang.Bagi asrama terbilang,asrama aspura telah dimenangi oleh Serphen 7 manakala asrama puteri telah dimenangi oleh Phoenix 6.Bagi kelas terbilang,3 Alpha telah memenangi kategori menengah rendah manakala menengah atas pula telah dimenangi bagi kelas 5 Titanium. Majlis diteruskan lagi bagi penyerahan hadiah kepada pelajar reka dan inovasi (RND) yang telah berjaya memenangi 3 emas dan 1 gangsa.hadiah telah diberikan kepada guru pembimbing dan pemenang. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Mohammad Latifie (EXP 1620).
PERHIMPUNAN MENTOR MENTEE
Tarikh : 22.04.2019 (Isnin)
Tepat jam 7.00 pagi, para pelajar berkumpul di tapak rollcall asrama aspura dan aspuri. Pengawas menyampaikan sedikit pesanan dan ulasan. Seterusnya ketibaan mentor-mentor bagi setiap kamar dan disambut mesra oleh ahli-ahli kamar. Para pelajar bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing mengikut mentor kamar. Perjumpaan ini berakhir pada pukul 8.00 pagi dan pelajar bergerak ke sekolah untuk PdPC seperti biasa.
Tarikh : 23.04.2019 (Selasa)
MC :Faiz Haziq (EXP1620)
Bacaan Doa : Faris Syahmi (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Faiz Haziq (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan pengerusi majlis mengumumkan nama-nama guru bertugas mingguan pada minggu ini. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Faris Syahmi (EXP1620).
Tarikh : 24.04.2019 (Rabu)
MC : Wan Muhammad Najmi (XTA1519)
Bacaan Doa : Irfan Danial (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Wan Muhammad Najmi (XTA1519) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan Cikgu Izani memberi sedikit ucapan dan peringatan buat para pelajar lebih-lebih lagi pelajar tingkatan 4 dan 5 supaya mengulangkaji pelajaran sewaktu pulang bermalam kerana peperiksaan pertengahan tahun sudah hampir tiba. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Irfan Danial (EXP1620)
Tarikh : 25.04.2019 (Khamis)
MC : Anis Zakirah(EXP1620)
Bacaan Doa :Luqman Hakimi(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Anis Zakirah (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah .Perhimpunan diteruskan lagi dengan Speaker Corner Programme oleh saudari Tuan Nurul Alia. Perhimpunan diteruskan pula dengan ucapan Cikgu Syawal dan penyerahan anugerah kepada pelajar RND. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Luqman Hakimi(EXP1620).
Tarikh : 26.04.2019 (Jumaat)
MC : (Batch)
Bacaan Doa : (Batch)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh . . . . . . (Batch) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan. . . . . . . Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh. . . . . . (Batch)
Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan (Isnin,29 April 2019)
Tarikh : Isnin,29.04.2019
MC : Muhammad Irfan Afiq bin Mohamad Izhar
Bacaan Doa : Muhammad Muqri Qawiem bin Hanizam
Ikrar : Muhammad Izzairul Aiman bin Ibrahim
Perhimpunan rasmi dijalankan seperti biasa,dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna,nyanyian lagu Negaraku,Pulau Pinang serta lagu sekolah.Kemudian,saudara Muqri Qawiem telah mengetuai bacaan doa diikuti bacaan ikrar oleh saudara Izzairul Aiman.Setelah itu,majlis diteruskan pula dengan Majlis Pelancaran program Ihya Ramadhan 2019/1440 H.Pengerusi majlis,saudara Irfan Afiq telah mempersilakan Puan Pengetua Puan Hjh Azizah binti Abu Bakar bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan program Ihya Ramadhan yang disertai dengan gimik pelancaran dan tayangan multimedia khas Ramadhan SMSKB.Sebelum majlis berakhir,Ustaz Najhan telah menyampaikan sedikit ceramah berkaitan “Mencintai dan Dicintai Allah”.Majlis bersurai pada 8.20 pagi.
30.04.2019 - Perhimpunan Harian
Pengerusi Majlis: Nazmi Aziman bin Azmi (XTA 1519)
Al Mathurat: Muhammad Amirul Ashraf & Muhammad Affan (EXP 1620)
SMSKB, 30 April 2019, semua pelajar berkumpul di dataran Abdullah Fahim untuk memulakan perhimpunan. Majlis dimulakan dengan nyanyian alunan Asmaul Husna dan lagu sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan aktiviti Speaker Corner oleh Aini Khadijah (EXP 1620). Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi peserta pertandingan International Speaking Competition (I Speak 2019) yang telah berlangsung di UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang. Ameerul Aqief (LGD 1721) telah merangkul tempat keempat manakala Anis Zakirah telah mendapat gelaran naib johan bagi kategori sekolah menengah. Syabas diucapkan kepada kedua-dua peserta kerana telah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa. Akhir sekali, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Mohd Nazri bin Ishak. Beliau telah memberitahu bahawa pulang bermalam akan berlangsung pada setiap hujung minggu di bulan Ramadhan. Bacaan doa sebagai penutup majlis telah diketuai oleh Amirul Ashraf (EXP 1620) dan majlis bersurai pada jam 7.40 pagi.