SMSKB, 2 Januari 2019, Semua pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telahpun mendaftarkan diri pada 1 Januari 2019, Selasa. Pada 2 Januari bersamaan dengan hari Rabu, perhimpunan rasmi buat pertama kalinya pada tahun 2019 diadakan di Dewan Seri Bertam. Pengetua telah berucap pada perhimpunan tersebut mengenai visi dan misi sekolah pada tahun 2019. Di samping itu, pengetua turut menunjukkan analisis pelajaran dan pencapaian pelajar dalam PT3 dan SPM pada tahun sebelumnya supaya menjadi pembakar semangat buat para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh demi menaikkan nama baik sekolah. Perhimpunan pertama di dewan sekolah berjalan dengan lancar.
Perhimpunan Harian - 3/1/2019 - Khamis
MC : Ain Nashima (XTA 1519)
Baca Doa : Muqri Qawiem (XTA 1519)
Catatan :
SMSKB, 3 Januari 2019, perhimpunan rasmi diadakan di dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh Ain Nashima (XTA 1519) dan perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat yang diketuai oleh Muhammad Faris Syahmi dan Muhammad Amirul Asyraf (EXP 1620). Pada jam 7.00 pagi, kesemua pelajar beratur di hadapan kelas masing-masing untuk membaca Al Mathurat memandangkan cuaca hujan menyebabkan perhimpunan tidak dapat dijalankan di dataran. Tepat jam 7.15 pagi, perhimpunan dijalankan. Pada jam 7.30 pagi, perhimpunan bersurai selepas doa dibaca.
Perhimpunan Harian - 4/1/2019 - Jumaat
MC: Farhanim (XTA 1519)
Baca Doa: Awang Muhammad Iqbal (XTA 1519)
Catatan:
SMSKB, 4 Januari 2019, Al Mathurat dibaca oleh Muhammad Fakhriy Fasyin (EXP 1620) dan perhimpunan bermula tepat jam 7.15 pagi dipengerusikan oleh Farhanim (XTA 1519). Majlis diteruskan dengan pengumuman daripada Ustazah Hafizah Binti Mat Lazim memberi pengumuman. Pelajar yang masih tidak mendapat buku teks harus menunggu sehingga bekalan sampai dan kelas anjal akan diadakan untuk pelajar tingkatan 5 (XTA 1519). Usai pengumuman ustazah disampaikan, Cikgu Alias memberi pengumuman supaya mula menghias kelas dangan ceria dan memastikan kelas dalam keadaan yang terbaik. Cikgu Alias juga mengingatkan bahawa penilaian keceriaan kelas dan dorm akan dimulakan pada bulan Februari. Tamat pengumuman disampaikan, majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Awang Muhammad Iqbal (XTA 1519). Majlis bersurai tepat jam 7.35 pagi.
Perhimpunan Rasmi - 07/01/2019 - Isnin
Bacaan doa :Mohamad Muqri Qawiem bin Hanizam (Xtrovia1519)
MC : -Noor Fatin Shahirah binti Ahmad (Xtrovia1519)
-Abdel Syazwan bin Mohamed Fauzi (Xtrovia1519)
Bacaan ikrar :Mohamad Izzairul Aiman bin Ibrahim (Xtrovia 1519)
Catatan :
SMSKB,07 Januari 2019,
Perhimpunan rasmi mingguan diadakan seperti biasa di Dewan Sri Bertam bermula tepat jam 7.20 pagi dipengerusikan oleh saudara Abdel Syazwan dan saudari Fatin Shahirah dari batch Xtrovia1519.Perhimpunan dimulakan dengan ketibaan barisan pentadbir dan diikuti dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna,lagu Negaraku,lagu Pulau Pinang dan lagu sekolah.Kemudian,saudara Izzairul Aiman telah mengetuai bacaan ikrar pelajar dan ikrar rukun negara.Majlis diteruskan pula dengan watikah pelantikan pengawas koperasi,ketua kelas dan pembimbing rakan sebaya (PRS) bagi sesi 2019 serta pelancaran sambutan sedekad SMSKB.Objektif watikah pelantikan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan perasaan bangga menjadi seorang pemimpin dalam kalangan pelajar.Sambutan sedekad SMSKB pula akan diraikan sepanjang tahun ini bersempena tahun ke-10 sekolah ini dirasmikan.Cikgu Zamri,penolong kanan kurikulum telah menyampaikan surat pelantikan kepada pengawas koperasi manakala Puan Hajah Azizah telah menyampaikan surat pelantikan kepada ketua kelas dan PRS.Puan Hajah kemudiannya menyatakan harapannya agar para pemimpin yang dilantik menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.Selepas memberikan ucapan,beliau terus melancarkan sambutan sedekad SMSKB diiringi tepukan gemuruh para pelajar.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Muqri.
Perhimpunan Harian - 08/01/2019 - Selasa
MC : Nurul Fatihah binti Noor Shahruall Nizam (XTROVIA 1519)
Bacaan doa : Affan bin Arbain (EXPRINTZ 1620)
Catatan :
SMSKB, 08 JANUARI 2019,
Perhimpunan seperti biasa diadakan di dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh saudari Nurul Fatihah (XTROVIA 1519). Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi. Seterusnya, Cikgu Izani dijemput untuk memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan kedatangan murid tingkatan satu yang akan membuat pendaftaran pada hari ini. Pelajar diingatkan untuk menjaga tingkah laku dan mengamalkan budaya senyum, sapa dan salam (3S). Turut diingatkan pelajar supaya mengulangkaji pelajaran dengan membuat peta i-Think untuk setiap subjek manakala ketua kelas pula diamanahkan untuk membuat catatan aktiviti yang dijalankan oleh rakan-rakan sepanjang ketiadaan guru di dalam kelas. Peringatan juga diberikan kepada semua pelajar supaya berpakaian lengkap sekolah bersama lencana sekolah dan tag nama serta kelihatan kemas dan rambut pendek bagi pelajar lelaki. Akhir sekali, saudara Affan (EXPRINTZ 1620) dijemput untuk membacakan hadis dan doa yang diaminkan oleh pelajar.
Perhimpunan Harian-09/01/2019-Rabu
MC : Nazmi Aziman bin Azmi (XTROVIA1519)
Bacaan doa: Muhamad Fariss Syahmi (EXPRINTZ1620)
Catatan :
SMSKB , 09 JANUARI 2019
Perhimpunan seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh saudara Nazmi Aziman (XTROVIA1519). Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi. Seterusnya,Cikgu Izani dijemput untuk memberi sedikit ucapan.Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan satu kerana berjaya memasuki sekolah ini pada sesi tahun 2019. Beliau juga mengucapkan ucapan tahniah kepada pelajar tingkatan 4 kerana berjaya membimbing pelajar tingkatan 1 semasa pendaftaran mereka tempoh hari. Cikgu Izani juga menasihatkan semua pelajar agar tidak berada di dalam kelas sewaktu masa rehat. Ketika cikgu tidak memasuki kelas semua pelajar diminta untuk membuat apa-apa latihan bagi mengisi masa tersebut.Semua pelajar juga diingatkan agar tidak tidur ketika bacaan Al- Mathurat.
SMSKB, 10 Januari 2019, bacaan al-Mathurat dibaca oleh saudara Luqman bin Fauzi danPerhimpunan Harian - 10/1/2019
MC : Nurliyana Uzma binti Abdul Morad (Xtrovia 1519)
Bacaan Doa : Akif Hazieq bin Saiful Bahari
Catatan :
Akif Hazieq bin Saiful Bahari (Exprintz 1620) dan perhimpunan bermula jam 7.15 pagi dipengerusikan oleh saudari Liyana Uzma. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Mohd Puzi bin Othman mengenai kehadiran perhimpunan yang sangat memuaskan dan pengurusan masa oleh pelajar. Selepas itu, majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Akif Hazieq bin Saiful Bahari. Majlis tamat pada jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 11/01/2019 - Jumaat
MC : Abang Shahzarith bin Abang Mahmud (XTROVIA 1519)
Bacaan doa : Ahmad Firdaus (EXPRINTZ 1620)
Catatan :
SMSKB, 11 JANUARI 2019,
Perhimpunan seperti biasa diadakan di dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh saudari Nurul Fatihah (XTROVIA 1519). Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi. Seterusnya, Cikgu Izani memberikan ucapan dan sepatah dua kata. Cikgu Izani memberi peringatan mesra kepada para pelajar supaya tidak membawa pulang bungkusan daripada kantin pada waktu rehat mahupun ketika waktu prep. Para pelajar juga diarah untuk hadir ke kelas prep lebih awal persediaan sebelum berjalannya waktu pelajaran dan pembelajaran.
SMSKB, 14 Januari 2019, bacaan al-Mathurat dibaca oleh saudara Fareez Fazmir dan Luqman Fauzi (EXP 1620)
MC : Faris Nuriman (XTA 1519)
Bacaan Doa : Fareez Fazmir (EXP 1620)
Catatan : Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Pengerusi majlis hanya menyampaikan sedikit pengumuman dan perhimpunan pun bersurai dan disambung pada sesi petang iaitu jam 1.15 tengah hari bagi watikah perlantikan badar dan pengawas pusat sumber sekolah bagi tahun 2019.
Perhimpunan Harian - 15/1/2019 - Selasa
MC: Zulaikha (XTA 1519)
Baca Doa: Affan (EXP 1620)
Catatan:
SMSKB, 15 Januari 2019, Perhimpunan harian dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Saudara Fathir (XTA 1519) menyampaikan pengucapan awam mengenai “Pemikiran Positif Terhadap Tekanan”. Seteusnya, guru bertugas pada minggu ini, Cikgu Amirul memberi sedikit peringatan berkenaan prosedur ke klinik dan pengumuman mengenai pertandingan Beaver yang bakal diadakan pada bulan April.
Perhimpunan Harian - 16/1/2019 - Rabu
MC: Al Amir (XTA 1519)
Baca Doa: Faris Shahmi (EXP 1620)
Catatan:
SMSKB, 16 Januari 2019, perhimpunan harian berjalan seperti biasa. Abang Shahzarith (XTA 1519) menyampaikan ‘public speaking’ untuk mengisi aktiviti perhimpunan sekolah yang bertajuk “Stress”. Perhimpunan tamat tepat jam 7.30 dan para pelajar bersurai untuk pelajaran dan pembelajaran.
Perhimpunan Harian - 17/1/2019 - Khamis
MC: Sinar Arina (xta 1519)
Baca Doa: Akief Hazieq (exp 1620)
Al-Mathurat : Luqman dan Akief Hazieq (exp1620)
Catatan:
SMSKB, 17 Januari 2019, perhimpunan harian berjalan seperti biasa. Irfan Anuar (XTA 1519) menyampaikan ‘pengucapan awam’ untuk mengisi aktiviti perhimpunan sekolah yang bertajuk “Media Sosial”. Beliau menghuraikan tentang keburukan dan kebaikan media sosial. Para pelajar tekun mendengar dan mengambil isi isi penting daripada ucapannya.Perhimpunan tamat tepat jam 7.30 dan para pelajar bersurai untuk pelajaran dan pembelajaran.
Perhimpunan Harian- 18/01/2019
MC: Syuhada Nazri (XTA 1519)
Baca Doa: Darwish (EXP 1620)
SMSKB, 18 Januari 2019, bacaan Al-Mathurat dijalankan sebelum perhimpunan. Semasa perhimpunan, Ustaz Puzi menyampaikan sedikit pesanan dan kata- kata serta menyampaikan kiriman salam daripada guru penolong kanan hal ehwal murid iaitu Sir Azman yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Perhimpunan bersurai tepat jam 7.30 pagi dan para pelajar bergerak ke kelas masing- masing dengan teratur.
Perhimpunan Harian - 23/1/19
MC : Zariff Adam ( XTA 1519)
Bacaan Doa : Fariss Syahmi (EXP 1620)
SMSKB, 23 Januari 2019, bacaan Al- Mathurat diketuai oleh Fariss Syahmi dan Fakhriy Fasyin (EXP 1620) hingga jam 7.05 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Zarif Adam (Xta 1519) dan saudara Ammar Zain (Xta1519) sebagai ketua perbarisan..Perhimpunan pada hari tersebut diteruskan lagi dengan Speaker Corner Programme.Farhan Hazley menyampaikan ucapannya yang bertajuk “E-Sports Can Not Be Considered As Sport”. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Fariss Syahmi (EXP 1620) dan bersurai tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 24/1/2019
MC: Amir Muhaimin (XTA 1519)
Bacaan Doa: Akief Haziq (EXP 1620)
SMSKB, 24 Januari 2019, sebelum perhimpunan bermula, majlis dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat diketuai oleh dua orang pelajar iaitu suadara Luqman bin Muhammad Fauzi dan saudara Akief Hazieq (EXP 1620). Speaker Corner pula diteruskan oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620). Majlis berakhir dengan bacaan doa oleh Akief Hazieq (EXP 1620) dan bersurai tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian - 25/1/2019
MC: Nur Shahira binti Razali (XTA 1519)
Bacaan Doa : Fariez Fazmeer (EXP 1620)
SMSKB, 25 Januari 2019, bacaan Al-Kahfi pada hari Jumaat diketuai oleh saudara Darwisy Imaduddin dan saudara Fariez Fazmeer (EXP 1620) sebelum perhimpunan dimulakan secara rasmi. Majlis bermula tepat jam 7.10 pagi dan diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Puzi. Beliau berpesan bahawa pelajar seharusnya berkorban untuk menuntut ilmu. Tanggungjawab sebagai pelajar seharusnya mengelakkan diri daripada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Pelajar yang berjaya harus berdoa kepada Allah setiap hari bukan sekadar hanya peperiksaan. Sebelum perhimpunan berakhir, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Teacher Dahliana berkaitan “Renew Your Intention”. Majlis bersurai tepat jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Isnin (Watikah Pelantikan Pengawas dan Briged Bestari) - 28/1/2019
MC: Mohd Shareff bin Omar
Bacaan Doa: Abang Shahzarith bin Abang Mahmud
SMSKB, 28 Januari 2019, tepat jam 7 pagi, semua pelajar berkumpul di dewan untuk menunggu ketibaan VIP. Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nasyid Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu SMSKB. Selepas nyanyian, En.Mohd Shareff bin Omar dijemput untuk memberi ucapan persediaan kepada semua pelajar. Tepat jam 8 pagi, ketibaan VIP yang ditunggu mula masuk ke dalam dewan diiringi barisan pentadbir SMSKB. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh pengetua sekolah, Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar dan VIP dijemput untuk merasmikan majlis. Agenda majlis diteruskan dengan upacara yang ditunggu-tunggu iaitu watikah pelantikan kepada para pelajar yang terlibat. Watikah dimulakan dengan melantik para pengawas Briged Bestari dan disusuli pengawas sekolah. Selepas tamat penyerahan sijil, Izzairul Aiman selaku ketua pelajar SMSKB 2019 telah mengetuai bacaan ikrar badan pengawas. Majlis ditutup dengan sesi penggambaran dan VIP berangkat pulang tepat jam 9.25 pagi.
Perhimpunan Harian - (29/1/2019)
MC : Izzairul Aiman (XTA 1519)
Bacaan Doa : Muhammad Amirul Asyraf (EXP 1620)
SMSKB, 29 Januari 2019, kesemua pelajar bergerak ke dataran tepat jam 7 pagi. Bacaan Al Mathurat dimulakan dan diketuai oleh Muhammad Affan dan Muhammad Amirul Asyraf (EXP 1620). Tepat jam 7.18 pagi, perhimpunan dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu SMSKB. Agenda diteruskan dengan Speaker Corner oleh Muhammad Irfan Danial dengan tajuknya “Derita Rohingya”. Sebelum bersurai, Ustazah Hafizah meneruskan majlis dengan pengumumannya berkaitan buku teks yang telah sampai untuk diberkian kepada para pelajar. Tepat jam 7.30 pagi, majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Muhammad Amirul Asyraf (EXP 1620)
Perhimpunan Harian - 30/1/19
MC : Wafee Hafiz (XTA 1519)
Bacaan Doa: Amirul Asyraf (EXP1620)
SMSKB, 30 Januari 2019, perhimpunan hari Rabu diisi dengan ucapan Puan Suhana memberikan sedikit taklimat mengenai pertandingan kawad rumah sukan yang akan diadakan pada pertengahan bulan 2. Encik Wahab selaku guru yang lebih aktif dalam bidang kawad kemudiannya memberi maklumat yang lebih dan terperinci mengenai pertandingan kawad rumah. Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Nazri bin Ishak memberi ucapan sepatah dua kata sebelum perhimpunan bersurai.
Perhimpunan Harian - 31/1/19
MC : Syuhada Sukri (XTA 1519)
Bacaan Doa : Aqeef (EXP1620)
SMSKB, 31 Januari 2019, perhimpunan bermula tepat jam 7.15 pagi. Aini Khadijah menyampaikan “ Speaker Corner “. Seterusnya, Cikgu Syawal telah pun memberikan ucapan mengenai borang maklumat bantuan RM100 kepada para pelajar pelajar supaya dihantar kepada guru kelas sebaik pulang dari cuti raya cina.