Tarikh : 11.06.2019(Selasa)
MC : Nur Nabila (EXP1620)
Bacaan Doa : Muhammad Amirul Ashraf(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nur Nabila (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan,puan pengetua SMS Kepala Batas telah memberi beberapa ucapan serta teguran.Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah beberapa hari bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.Namun,beliau menegaskan kepada para pelajar agar sentiasa mengambil tahu tentang informasi-informasi yang diberitahu oleh para guru untuk diberitahu kepada ibubapa terutamanya tentang tempoh cuti sekolah.Pada cuti baru-baru ini,beliau mengatakan bahawa para ibubapa sering bertanya tentang tempoh cuti raya dan bilakah para pelajar perlu berada di sekolah.Beliau juga sempat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar dan berharap agar para pelajar tidak akan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Muhammad Amirul Ashraf(EXP1620).
Tarikh : 19.06.2019(Rabu)
MC : Nazhan Ilham(EXP1620)
Bacaan Doa : Faris Syahmi(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Almathurati pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Nazhan Ilham(EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, Cikgu Izani telah memberi beberapa ucapan serta teguran.Beliau menasihati agar semua ketua kelas yang dilantik menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjemput guru subjek seterusnya ke kelas. Beliau juga memperingati kesemua pelajar agar menyumbang sekurang- kurangnya 5A dalam setiap peperiksaan. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faris Syahmi(EXP1620).
Tarikh : 21.06.2019(Jumaat)
MC : Syaza Safiah (EXP1620)
Bacaan Doa : Fariz Fazmeir (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Syaza Safiah (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, saudara Ammar Zain (XTA 1519) telah memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang telah menetap di sekolah kita selama seminggu . Seterusnya, saudari Syuhada Sukri (XTA1519) telah menyampaikan anugerah 3K kepada kamar dan kelas terbilang.Bagi kamar terbilang telah dimenangi oleh kamar Orion 5 bagi asrama putera manakala kamar Serphen 2 bagi asrama puteri. .Bagi kelas menengah rendah telah dimenangi oleh 3 Alpha dan menengah atas pula 5 Aluminium.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Fariz Fazmeir(EXP1620).
Tarikh : 26.06.2019(Selasa)
MC : Fatin Hayyani (EXP1620)
Bacaan Doa : Affan (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Fatin Hayyani (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, Ooi Sensei menggalakkan para pelajar untuk menguasai bahasa antarabangsa. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Affan(EXP1620).