SMSKB, 1 Oktober 2018, Perhimpunan rasmi diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh Siti Nur Balqis (XTrovia1519). Bacaan Doa pula diketuai oleh sdr.Aiman Muqri (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Nazif Aiman & Sdr. Muhammad Najmi Muda (XTrovia1519). Pada jam 7.20 pagi pemeriksaan pakaian pelajar dijalankan oleh pengawas sekolah. Pada jam 7.30 pagi perhimpunan rasmi dimulakan seperti biasa dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, lagu negeri Negeri Pulau Pinang dan lagu Sekolah. Bacaan Ikrar pula diketuai oleh sdr.Muhammad Syakir (XTrovia 1519). Seterusnya, Pengerusi majlis mengumumkan Guru Bertugas pada minggu ini, 1 – 5 Oktober) adalah Cikgu Noor Aishah dan Cikgu Sukri. Majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu Izani. Beliau memaklumkan seramai 32 orang murid ke klinik pada waktu petang pada minggu lepas. Di samping itu, beliau memaklumkan juga, 3K minggu lepas telah banyak penambahbaikan dan beliau berharap pencapaian 3K tersebut dapat diteruskan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Herr Hasnol. Beliau mengumumkan pada 29 September yang lepas telah berlangsung Pertandingan Futsal antara PASCH Schule dan pelajar bahasa jerman tingkatan 2 dan 4 di Sunway Sport Center, Perai. Pasukan Perempuan (Legend 1721) telah menjadi Naib Johan manakala Pasukan Lelaki (XTrovia 1519) telah berjaya meraih Johan. Penyampaian Piala Kemenangan telah disempurnakan oleh PK HEM, Cikgu Azman yang seterusnya mengingatkan kepada Pelajar mengenai disiplin diri. Akhirnya, PK HEM mengucapkan tahniah kepada Pasukan yang telah menjadi Johan dalam Konvensyen Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) peringkat negeri Pulau Pinang pada 29 September yang lepas.
SMSKB, 2 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa telah diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr. Wafee Hafidz bin Mohd Azman (XTrovia 1519). Bacaan doa pula telah dipimpin oleh sdr. Mohamad Danish Fahmi Bin Mohamad Asri (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Mohamad Danish Fahmi & Sdr. Muhammad Najmi Muda (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Exco Asrama, Pengawas Sekolah, sdr.Wan Muhammad Najmi memberi sedikit penerangan tentang bidang dalam exco tersebut. Exco Asrama, Pengawas Sekolah akan mengendalikan Perhimpunan Mingguan Asrama pada setiap hari Ahad bermula dari pukul 8.00 pagi. Selain itu, Cikgu Suhana juga memberikan sedikit ucapan dan taklimat tentang etika penggunaan semasa berada pusat sumber. Beliau mengumumkan bahawa permohonan untuk menyandang jawatan sebagai pengawas pusat sumber sekolah bagi sesi 2019 telah dibuka.
Hadith of the day:
People say, “Whenever you sit for answering the call of nature, you should not face the Qibla or Bait-ulMaqdis (Jerusalem).” I told them. “Once I went up the roof of our house and I saw Allah’s Apostle answering the call of nature while sitting on two bricks facing Bait-ulMaqdis (Jerusalem) (But there was a screen covering him)
(FatehAlBari, Page 258, Vol.1)
Narrated by ‘Abdullah bin ‘Umar
SMSKB, 3 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr. Izzairul Aiman (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr Nazif Aiman (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Nazif Aiman & Sdr. Aiman Muqri (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Cikgu Izani memberi ucapan bahawa 6 & 7 Oktober beberapa orang pelajar akan mewakili sekolah dalam pertandingan Mobile App Challenge anjuran Penang Science Cluster. Penolong Kanan KoKurikulum, Ustazah Rosnah Hanim, memberi pengumuman kepada semua pelajar untuk melengkapkan buku rekod PAJSK. Pengetua, Cikgu Azizah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Konvensyen Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) peringkat negeri Pulau Pinang 2018 pada 28 & 29 September yang lalu. Bermula dari 3 September, perhimpunan setiap hari Rabu akan diketuai oleh seorang komander. Pada minggu ini, komander bertugas ialah sdr.Amir Muhaimin (XTrovia 1519).
Hadith of the day:
The Prophet said to his wives,”You are allowed to go out to answer the call of Nature.”
Narrated by ‘Aisha
SMSKB, 5 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr. Abang Shahzarith ( XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Muhammad Hairi (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Hairi & Sdr. Muhamad Muiz ( XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Ketua Panitia Additional Mathematics, Cikgu Noor Hidayah telah mengumumkan nama pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya melonjakkan markah Additional Mathematics dalam Percubaan SPM yang lalu. Pengetua, Cikgu Azizah telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya. Seterusnya, penyampaian Anugerah 3K dan Anugerah Seri Asrama Terbilang mingguan oleh Teacher Wanira. Anugerah ini disempurnakan oleh Pengetua, Cikgu Azizah. Bagi menengah rendah, dimenangi oleh kelas 1 Sigma manakala menengah atas telah dimenangi oleh kelas 4 Chromium. Bagi Anugerah Seri Asrama Terbilang, dimenangi oleh dorm Orion 9, Aspura manakala aspuri telah dimenangi oleh Serphen 2. Cikgu Wanira memohon agar pelajar dapat mengekalkan kebersihan tersebut.
SMSKB, 8 Oktober 2018, Perhimpunan NILAM diadakan di Dataran Abdullah Fahim tepat jam 7.15 pagi dipengerusikan oleh sdri. Nurul Liyana (Xtrovia 1519). Bacaan doa pula diketuai oleh sdr. Ahmad Syazwan (Xtrovia 1519). Semasa perhimpunan, nyanyian nasyid Asma ul Husna, lagu kebangsaan Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah diteruskan seperti biasa. Kemudian, sdr. Mohd Syahmi (Xtrovia 1519) telah mengetuai bacaan ikrar murid dan ikrar rukun negara. Perhimpunan diteruskan lagi dengan kuiz bertema Kenali Guru dikelolakan oleh sdr. Syahmi. Kuiz ini terbuka kepada semua pelajar SMSKB. Sebanyak 10 soalan telah diajukan dan bagi setiap soalan, murid yang berjaya menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah misteri dari Pusat Sumber. Seterusnya, Guru Pusat Sumber, Cikgu Suhana, telah mengingatkan kepada pelajar yang mengambil borang permohonan jawatan pengawas pusat sumber 2019 untuk menghantarnya sebelum 11 Oktober 2018. Satu senarai nama yang layak untuk sesi temuduga akan dikeluarkan pada masa yang terdekat. Selain itu, Cikgu Suhana juga meminta setiap pelajar agar dapat melengkapkan rekod NILAM masing-masing memandangkan sistem NILAM yang baru iaitu IQ NILAM telah dikemaskini. Cikgu juga memohon agar pelajar tingkatan tiga dapat menambah bilangan rekod NILAM untuk memudahkan pencarian calon bagi Anugerah Tokoh NILAM 2019. Guru yang bertugas bagi minggu ini, 8 - 12 Oktober 2018 ialah Cikgu Salmiah dan Cikgu Mimi.
SMSKB, 9 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdri.Nadia Zafirah (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr. Fareiz Fazmeer (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Akief Haziq & Sdr. Fareiz Fazmeer (XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, Cikgu Izani telah mengumumkan bahawa 6 daripada 10 kumpulan yang terdiri daripada batch Legend 1721 telah mara ke peringkat akhir dalam saringan pertandingan Mobile Apps Challenge yang telah diadakan di Penang Science Cluster, Georgetown. Selain itu, terdapat program Read It Aloud oleh Atiqah dan Shafiqah (Exprintz 1620).
Hadith of the day:
Whenever Allah’s Apostle went to answer the call of nature, I along with another boy used to accompany him with a tumbler full of water. (Hisham commented,”So that he might wash his private parts with it.)”
Narrated by Anas bin Malik
SMSKB, 11 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Izzah Nur Nahdiyya binti Ahmad Jamal (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr. Muhammad Fariss Syahmi (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr.Luqman bin Fauzi & Sdr.Muhammad Fariss Syahmi bin Nazrul Hisyam (Exprintz 1620). Semasa perhimpunan, Cikgu Mohd Izani bin Saufi menyampaikan ucapan mengenai perjalanan program yang akan disertai oleh pelajar Tingkatan 2.
Hadith of the day:
Whenever Allah’s Apostle went to answer the call of nature,I along with another boy from us used to go behind him with a tumbler full of water.
Narrated by Anas
SMSKB, 12 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Mohammad Amirun Afiq (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Muhamad Amirul Ashraf (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Surah Al-Kahfi yang diketuai oleh Sdr.Muhamad Amirul Ashraf & Sdr.Muhammad Affan (Exprintz 1620). Semasa perhimpunan,Ust. Puzi telah memberi peringatan dan teguran tentang masalah kesuburan rumput di sekolah. Uztaz juga mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana berjaya mengikuti peraturan tersebut. Kemudian, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustzh. Rosnah Hanim telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang tentatif program FUN RUN yang akan berlangsung di Vision Park pada 13 Oktober 2018 nanti. Ustazah juga mengumumkan kepada para pelajar nama peserta bagi mewakili Anugerah Kokorikulum.
Hadith of the day:
The prohpet said.” name yourselves with my name( use my name) but do not name yourselves with my kunya name (i.e. Abu- l Qasim). And whoever sees me in a dream the surely he has seen me for satan cannot impersonate me. And whoever tells a lie against me ( intentionally) ,then (surely) let him occupy his seatr in Hell-fire”.
Narrated by Abu Huraira
SMSKB, 15 Oktober 2018, Perhimpunan Mingguan diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr.Hareez Fitri (XTrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr.Aiman Muqri (XTrovia 1519). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr.Amirul Asyraf & Sdr.Muhammad Affan(XTrovia 1519). Semasa perhimpunan, guru yang bertugas pada minggu ini (15-19 Oktober 2018) ialah Cikgu Noraini dan Ustaz Najhan. Laporan dari guru bertugas minggu lepas, Cikgu Mimi Shuhaida, seramai 11 orang pelajar yang telah menerima rawatan di klinik. Pada hari Sabtu, 13 Oktober 2018, Sambutan Hari Sukan Negara telah diadakan dan dua orang pelajar sekolah kita telah mendapat hadiah cabutan bertuah tempat pertama dan kedua. Pada tarikh yang sama juga, pelajar tingkatan Dua telah menyertai Pertandingan Pengaturcaraan Python dan Seminar Magic Matematik Adi Putra. Pelajar juga diingatkan supaya menyelesaikan bayaran yuran PIBG. Ucapan seterusnya oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Zamri bin Sabri. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mahu lagi melihat mana-mana buku ditinggalkan di merata tempat di dalam kawasan sekolah, terutamanya buku teks. Pelajar juga diingatkan agar dapat menjaga harta benda sekolah dengan baik. Memandangkan dengan keadaan kewangan sekarang yang agak sempit, jika ada sebarang kerosakan, amat sukar untuk dibaik pulih mahupun membuat pembelian baharu.
SMSKB, 16 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa telah diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh Sdr. Nur Athirah (XTrovia 1519). Bacaan doa pula telah dipimpin oleh sdr. Muhammad Akief Hazieq (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Luqman dan Muhammad Akief Hazieq (Exprintz 1620). Semasa perhimpunan, Cikgu Izani telah memaklumkan kepada semua pelajar Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hari Kantin yang bakal dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Seterusnya Sdr. Shafreez (Exprintz 1620) memaklumkan kepada semua pelajar tentang program bersama pelajar dari Thailand selama seminggu. Madam Lupa, guru daripada sekolah tersebut telah memberi sedikit ucapan. Beliau berasa amat teruja menantikan program yang bakal dijalankan pada minggu ini. Perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar Thailand tersebut.
Hadith of the :
Allah's Apostle said, “Whenever anyone of your drinks water, he should not breathe in the drinking utensil, and whenever anyone of you goes to a lavatory, he should neither touch his penis nor clean his private parts with his right hand.”
Narrated by Abu Qatada
SMSKB, 17 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa telah diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr. Wan Muhammad Najmi (XTrovia 1519). Bacaan doa pula telah dipimpin oleh sdr. Muhammad Latifie (Exprintz1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Fareiz Fazmeer & Sdr. Muhammad Latifie (Exprintz1620). Semasa perhimpunan, Penolong Kanan KoKurikulum, Ustazah Rosnah Hanim telah memberikan sedikit maklumat mengenai Majlis Anugerah Kokurikulum 2018 yang akan dijalankan pada 19 Oktober 2018. Beliau juga memaklumkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Kantin pada 20-21 Oktober 2018. Selain itu, Cikgu Zulkizan juga memberikan sedikit ucapan dan taklimat tentang tentatif Majlis Anugerah Kokurikulum 2018. Beliau mengharapkan agar semua pelajar akan memberikan kerjasama semasa Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hari Kantin yang akan dijalankan nanti.
Hadith of the day:
The Prophet said,”Whenever anyone of you makes water he should not hold his penis or clean his private parts with his his right hand.(And while drinking)one should not breathe in the drinking utensil.”
Narrated by Abu Qatada
SMSKB, 22 Oktober 2018, perhimpunan rasmi diadakan di Dataran Abdullah Fahim tepat jam 7.15 pagi dipengerusikan oleh sdr. Abdel Syazwan bin Mohammed Fauzi (Xtrovia 1519). Bacaan doa pula diketuai oleh sdr. Aiman Muqri (Xtrovia 1519). Semasa perhimpunan, nyanyian nasyid Asma ul Husna, lagu kebangsaan Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah diteruskan seperti biasa. Kemudian, sdr. Awang (Xtrovia 1519) telah mengetuai bacaan ikrar murid dan ikrar rukun negara. Perhimpunan diteruskan dengan laporan guru bertugas minggu lepas iaitu Cikgu Noraini. Beliau memberi sedikit sebanyak teguran tentang kebersihan dan tanggungjawab seorang pelajar. Perhimpunan juga diteruskan dengan ucapan daripada Cikgu Shareff . Beliau selaku salah seorang kaunselor sekolah juga memberi teguran dan menekankan aspek kebersihan diri sendiri .
SMSKB, 23 Oktober 2018, Perhimpunan Harian seperti biasa telah diadakan di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdri. Nur Syuhada (XTrovia 1519). Bacaan doa pula telah dipimpin oleh sdr. Muhammad Fariss Syahmi (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Sdr. Fariss Syahmi & Sdr. Muhammad Luqman (Exprintz 1620). Semasa perhimpunan, Teacher Laily telah mengingatkan kepada semua pelajar agar mengikut prosidur yang betul untuk mendapatkan rawatan pada hari persekolahan.
SMSKB, 24 Oktober 2018, Perhimpunan Harian diadakan seperti biasa di Dataran Abdullah Fahim yang dipengerusikan oleh sdr. Izzairul Aiman (Xtrovia 1519). Bacaan doa pula oleh sdr. Fareiz Fazmeer (Exprintz 1620). Sebelum perhimpunan bermula, semua pelajar membaca Al-Mathurat yang dipimpin oleh sdr. Akif Hazieq & Fareiz Fazmeer (Exprintz 1620).