Tarikh : 02.05.2019 (Khamis)
MC : Faiz Haziq (EXP1620)
Bacaan Doa : Akief Haziq (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Faiz Haziq (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan, Ustazah Azni telah telah memberikan sedikit pesanan tentang kebersihan kelas dan juga memberikan sedikit penghargaan kepada kelas yang terpilih. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Akief Haziq (EXP1620).
Tarikh : 03.05.2019(Jumaat)
MC : Azreen Naziffa(EXP1620)
Bacaan Doa : Luqman Hakimi(EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi pada pukul 7:00 pagi . Perhimpunan dipengerusikan oleh Azreen Naziffa (EXP1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian nasyid Asmaul-Husna dan lagu sekolah . Semasa perhimpunan.Nur Irfah (EXP1620) telah menyampaikan anugerah 3K kepada kamar dan kelas terbilang.Bagi kamar terbilang telah dimenangi oleh kamar Orion 5 bagi asrama putera dan puteri.Bagi kelas menengah rendah telah dimenangi oleh 3 Alpha dan menengah atas pula 5 Titanium.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan dari Cikgu Izani tentang bulan Ramadhan yang bakal tiba.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh Luqman Hakimi (EXP1620).