3.7.2019 - Rabu - Perhimpunan Harian
MC: Fareiz Fazmeer (EXP 1620)
Bacaan Doa: Muhammad Affan (EXP 1620)
SMSKB, 3 Julai 2019, pelajar berkumpul di dataran Abdullah Fahim dan membaca Al Mathurat. Bacaan Al Mathurat diketuai oleh Muhammad Affan dan Ahmad Firdaus (EXP 1620). Tiada guru yang berucap pada perhimpunan hari ini. Para pelajar telah ditegur untuk menutup pintu kelas sebelum bergerak ke perhimpunan. Perhimpunan bersurai pada jam 7.30 pagi.
Perhimpunan Harian- 9/7/2019 - Selasa
Mc: Alia Natasha (EXP 1620)
Baca Doa : Latifi (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alia Natasha (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan , saudara Faris Nuriman (XTA 1519) selaku wakil pengawas telah menyampaikan ucapan tentang perkara yang berkaitan sukan seperti faedah bersukan.Selain itu , Ustazah Kamahaniza telah menasihati pelajar agar sentiasa mengamalkan sikap suka bersedekah walaupun dengan sebuah senyuman. Beliau juga memberitahu para pelajar tentang kebaikan Surah Al-Fatihah dan para pelajar diminta untuk membaca Surah Al-Fatihah dengan sempurna. Kemudian , Sir Azman telah menerangkan kepada para pelajar yang tidak melepasi pointer iaitu minimum 2.5 tidak dibenarkan untuk outing sepanjang bulan Julai.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Latifi (EXP 1620).
Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi. Seterusnya, perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Ustazah Kamahaniza.Beliau menegur tentang kebersihan kelas yang mana sampah di dalam kelas tidak diuruskan dengan baik malah pelajar juga meninggalkan buku buku di atas meja semasa bergerak ke bilik bilik khas.Kelas yang tidak membuang sampah dan tidak menutup kipas adalah 1 Delta,1 Alpha,1 Gamma,1 Zeta,2 Sigma,3 Delta,3 Zeta,4 Barium,4 Chromium,4 Zeta dan 5 Platinum.Perhimpunan ditamatkan dengan bacaan doa.
Perhimpunan harian - 11.7.2019 - Khamis
MC : Nur Irfah ( Exprintz 1620)
Doa : Akif Haziq ( Exprintz 1620)
Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi dan dipimpin oleh Akif dan Luqman
(Exprintz 1620). Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Saudara Abul Izzureen ( Xtrovia 1519) mengenai kesan disiplin diri kepada pelajar-pelajar. Selain itu, saudari Siti Nur Atikah (Xtrovia 1519) juga telah memberi sedikit peringatan kepada semua pelajar. Antaranya ialah membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah. Beliau juga memberitahu bahawa pada minggu ini kesemua kelas dan kamar melepasi piawai 3K. Seterusnya, Cikgu Izani turut memberitahu bahawa pada minggu ini dan minggu hadapan pelajar tidak boleh meninggalkan buku atau sebarang benda di atas meja di dalam kelas sewaktu menjalankan PdPc di luar kelas. Beliau menegur pelajar menengah rendah mengenai kes vandalisme yang semakin serius kelihatan di blok menengah rendah dan menyuruh para pelajar membersihkan kesan vandalisme di blok tersebut minggu ini juga. Akhir sekali, Cikgu Syazwani selaku guru bertugas memberi sedikit laporan mengenai bilangan pelajar ke klinik. Beliau mengatakan majoriti pelajar yang ke klinik adalah disebabkan oleh demam jadi beliau menasihati pelajar supaya menjaga kesihatan dengan sebaiknya. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Akif Haziq.
Perhimpunan harian - 12.7.2019 - Jumaat
MC : Fakhriy Fasyin ( Exprintz 1620)
Doa : Fariss Syahmi ( Exprintz 1620)
Bacaan Surah Al Kahfi dimulakan tepat jam 7.00 pagi yang dipimpin oleh saudara Abul Izzureen dan Amar Nor Hazim(Xtrovia 1519). Sebelum perhimpunan dimulakan, terdapat satu pemeriksaan pakaian yang telah dijalankan selepas bacaan Surah Al Kahfi dan disambung dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Ustazah Kamahaniza yang memperingati semua pelajar agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada setiap hari. Beliau juga menyelitkan pesanan supaya belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati guru. Ustazah Kamahaniza juga menyebut beberapa kelas yang tidak bersih iaitu 1 Zeta dan 5 Mercury. Perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah 3K yang disampaikan oleh Nabila (EXP 1620). Pemenang bagi kamar aspura adalah kamar Phoenix 9 manakala pemenang bagi kamar aspuri adalah kamar Phoenix 1. Seterusnya bagi blok menengah rendah telah dimenangi oleh kelas 3 Alpha dan bagi blok menengah atas dimenangi oleh kelas 5 Aluminium. Terdapat satu kamar di aspura yang tidak melepasi piawai iaitu kamar Delphinus 5. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faris Syahmi (EXP 1620).
MC : Nazhan Ilham bin Ahmad Zabidi
Dewan Sri Bertam, SMSKB, Perhimpunan rasmi dimulakan dengan ketibaan barisan pentadbir pada pukul 7:30 pagi. Seterusnya, nyanyian nasyid asmaul husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan Lagu sekolah dinyanyikan oleh seluruh warga dewan. Setelah itu, bacaan ikrar pelajar dan ikrar rukun negara telah diketuai oleh saudara Faiz Haziq bin Ismail (EXP 1620) Para pelajar melafazkannya dengan penuh semangat. Bacaan doa pula telah diketuai oleh saudara Muhammad Luqman Hakimi bin Healmi (EXP 1620) En. Noor Azman bin Mohd Noor, PK HEM telah berucap dan memberi peringatan kepada semua pelajar tentang tatacara pemakain pelajar seharian. Diharap para pelajar dapat mematuhinya dengan berdisiplin untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan. Majlis bersurai setelah pengerusi majlis menutup majlis dengan tasbih kafarah dan surah Al - Asr. Para isi dewan bersurai tepat jam 8:00 pagi
Perhimpunan Harian- 16/7/2019 - Selasa
Mc: Azreen Naziffa (EXP 1620)
Baca Doa : Amirul Asyraf (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Azreen Naziffa (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan, saudara Amir Muhaimin (XTA 1519) selaku wakil pengawas telah menyeru para pelajar untuk menjaga kebersihan kelas dengan memastikan setiap pelajar peka dengan kerja masing-masing. Selain itu , Cikgu Izani telah mengingatkan para pelajar tentang budaya lama seperti menyusun kasut di atas rak dan tidak membazirkan masa cuti dengan perkara yang tidak berfaedah.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Amirul Asyraf (EXP 1620).
Perhimpunan Harian- 17/7/2019 - Rabu
Mc: Irfan Danish (EXP 1620)
Baca Doa :Faris Syahmi (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan yang diketuai oleh Muiz dan Syahmi (XTA 1519) bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Irfan Danish (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah .Semasa perhimpunan, saudari Farhanim (XTA 1519) telah menyampaikan ucapan tentang kebersihan asrama yang tidak memuaskan Terdapat beberapa kamar aspura yang tidak melepasi piawai yang telah ditetapkan iaitu Orion 2, Phoenix 4, Serphen 6, Phoenix 6, Phoenix 7, Orion 6 dan Delphinus 5. Saudari Farhanim juga memperingati semua ahli kamar agar menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Turut diperingati tentang pergerakan pelajar yang sering lambat untuk bergerak ke bilik-bilik khas seperti lambat ke perhimpunan ataupun lambat untuk ke bilik khas semasa waktu pembelajaran. Selain itu , Cikgu Banu juga menyuruh agar semua pelajar untuk mengambil berat tentang semua perkara walaupun ianya kecil. Beliau juga menyuruh untuk semua pelajar lebih bersemangat pada setiap pagi dan menjaga kelakuan jika ingin berjaya. Amalan 3S juga turut disebut dalam ucapan beliau supaya pelajar kembali melakukan amalan tersebut dan senyum mestilah seindah sang suria .Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faris Syahmi (EXP 1620).
Perhimpunan harian - 18.7.2019 - Khamis
MC : Syaza Safiah ( EXP 1620 )
Doa : Muhammad Affan ( EXP 1620 )
Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh saudara Irfan Danish ( EXP 1620 ). Para pelajar juga telah diingatkan supaya menutup kipas, lampu dan juga pintu sebelum keluar dari kelas untuk bergerak ke bilik-bilik khas. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Muhammad Affan (EXP 1620).
Bacaan Surah Al Kahfi dimulakan tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Nabil Haziq (Exprintz 1620) dan diteruskan dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah. Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah 3K yang disampaikan oleh saudara Irfan Danish (Exprintz 1620). Pemenang bagi kamar aspura adalah kamar Orion 5 manakala pemenang bagi kamar aspuri adalah kamar Delphinus 9. Seterusnya, perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Cikgu Musliha. Beliau mengumumkan tentang borang pencalonan pengawas sekolah bagi sesi 2020 yang boleh didapati daripada beliau. Selain itu , Cikgu Izani memperingatkan para pelajar untuk menonjolkan keperibadian Islam dalam diri masing-masing. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620).Seterusnya,Majlis bersurai.
Perhimpunan Harian- 23/7/2019 - Selasa
Mc: Alya(EXP 1620)
Baca Doa : Affan (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alya(EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan ,saudari Farra Yusma (XTA 1519 menyeru para pelajar untuk berusaha mencapai wawasan 2020.Selain itu , Cikgu Izani telah menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin kerana pegawai JPN dan guru besar dari sekolah lain akan mengunjungi sekolah kita.. Beliau juga menasihati para pelajar tingkatan 2 supaya bersedia untuk outreach yang akan dijalankan pada 25.7.2019. Kemudian , beliau menceritakan tentang kajian lapangan pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan percubaan pada 1 Ogos nanti.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Affan (EXP 1620).
Perhimpunan Harian- 24/7/2019 - Rabu
Mc: Fareiz Fazmeer (EXP 1620)
Baca Doa :Faris Syahmi (EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dibaca sebelum perhimpunan bermula tepat jam 7:00 pagi. Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Fareiz Fazmeer (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah. Selain itu, Cikgu Izani juga telah memberikan beberapa teguran kepada semua pelajar. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Fareiz Fazmeer (EXP 1620) dan semua pelajar dan guru bersurai tepat jam 7.30 pagi..
Perhimpunan harian - 25.7.2019 - Khamis
MC : Adriana Yasmin ( Exprintz 1620)
Doa : Latifie ( Exprintz 1620)
Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7.00 pagi dan dipimpin oleh Latifie dan Amirul Asyraf (Exprintz 1620). Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan lagu sekolah. Terdapat bebeapa pengumuman yang telah dilakukan sebelum perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Latifie. Pelajar bersurai tepat jam 7.30 pagi dan bergerak ke kelas masing- masing bagi sesi pembelajaran.
Perhimpunan Harian- 26/7/2019 - Jumaat
Mc: Anis Zakirah (EXP 1620)
Baca Doa : Faiz Haziq (EXP 1620)
Bacaan Surah Al Kahfi dimulakan tepat jam 7.00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Anis Zakirah (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Semasa perhimpunan , saudara Ammar Nor Hazim (XTA 1519) selaku wakil pengawas telah menerangkan kepada para pelajar tentang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun singkatannya PBB.Seterusnya, perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah 3K oleh saudari Irfah Mustafa (EXP 1620).Pemenang bagi kamar aspura ialah Delphinus 8 manakala bagi kamar aspuri pula ialah Phoenix 1.Bagi menengah rendah , pemenangnya ialah 3 Alpha dan 4 Aluminium bagi menengah atas.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620).