Tarikh :2 Januari 2020 (Khamis)
MC :Nurin Nayli (EXP1620)
Bacaan doa : Fakhri Fasyin (EXP1620)
Bacaan ikrar : Faiz Haziq (EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku ,lagu negeri dan lagu sekolah.
Kemudian , majlis diteruskan dengan ucapan Encik Zamri Bin Sabri .Beliau mengalu - alukan kedatangan para pelajar untuk sesi persekolahan 2020.Beliau menasihati para pelajar agar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh terutamanya calon SPM pada tahun ini.Akhir sekali, para pelajar bersurai .
Tarikh : 3/01/2020
MC : Amirul Aiman(EXP1620)
Bacaan doa : Muhd Zafuan(LGD1721)
Perhimpunan pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi.
Kemudian, diiringi dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En. Izzani mengenai tetapan target untuk calon SPM batch Exprintz 1620. Beliau juga memaklumkan berkenaan keputusan PT3 batch Legend 1721 pada tahun lepas. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Hadis dan doa.
Tarikh : 06.01.2020
Mc : Anis Zakirah (EXP1620)
Bacaan doa : Luqman Hakimi (EXP1620)
Perhimpunan rasmi dimulai dengan nyanyian Asma Ul- Husna, nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari saudara Faiz Haziq (EXP1620). Perhimpunan kemudian diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas iaitu Encik Shareef. Selepas itu, Encik Nazri selaku Penolong Kanan Kokurikulum SMSKB memberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang sepanjang tahun 2020. Encik Nazri juga memaklumkan tentang kemasukan pelajar tingkatan 1 2020. Akhir sekali, para pelajar diminta untuk bersurai.
Tarikh : 7/1/2020
MC :Naiman Adli Ariffin (Exp1620)
Bacaan doa :Ajmal Hadi (Lgd 1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan al-Mathurat .Kemudian diteruskan dengan nyanyian Asma ‘Alhusna dan lagu sekolah.Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Izzani tentang kemasukan para pelajar tingkatan satu 2020 pada hari tersebut.Beliau berharap agar setiap pelajar dapat memberikan layanan dan kerjasama yang baik kepada mereka .Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa dan semua pelajar diminta bersurai.
Tarikh : 08.01.2020
Mc : Muhd Azri (EXP1620)
Bacaan doa : Ahmad Syafiq (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat seawal jam 7.00 pagi dan diteruskan dengan nyanyian nasyid Asma’ Ul-Husna. Seterusnya, Encik Izzani memberi teguran kepada semua pelajar tentang aksesori pakaian unit beruniform. Para pelajar juga dinasihati agar dapat meningkatkan lagi penampilan dan kekemasan diri masing masing. Akhir sekali, para pelajar bersurai.
Tarikh:9/01/2020
Perhimpunan Fokus
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat diikuti dengan nasyid Asma’ Alhusna dan nyanyian lagu sekolah.Perhimpununan diteruskan dengan perjumpaan fokus bagi setiap batch kali pertama bagi tahun 2020. Setiap batch berkumpul di tempat perjumpaan masing-masing. Guru penyelaras fokus dan ketua bagi setiap tingkatan memberikan ucapan.Setelah itu, semua murid bersurai.
Tarikh : 10.01.2020
Mc : Qamaruanwar (EXP1620)
Bacaan doa : Ammar Firdaus (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat seawal jam 7.00 pagi dan diteruskan dengan nyanyian nasyid Asma’ Ul-Husna. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Puan Kamahaniza berkaitan dengan adab bersama ibu bapa. Akhir sekali, perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan semua pelajar diminta bersurai.
Tarikh : 13.01.2020
Mc : Irfah Mustafa (EXP1620)
Bacaan doa : Amirul Aiman (EXP1620)
Sebelum majlis dimulakan, semua pelajar ditayangkan dengan video merentas desa yang telah dijalankan pada hari Sabtu yang lalu. Perhimpunan pada hari ini, dimulakan dengan nasyid Asma’ Ul Husna, nyanyian lagu negaraku,lagu negeri dan lagu sekolah. Perhimpunan rasmi pada hari ini diteruskan dengan Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Briged Bestari, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Koperasi, Badar dan Pembimbing Rakan Sebaya. Watikah ini disampaikan oleh Encik Zamri bin Sabri selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMSKB. Perhimpunan diakhiri dengan pengambaran bagi setiap jawatan yang telah dilantik. Selepas itu, semua pelajar bersurai.
Tarikh : 15.01.2020
Mc : Mior Muhd Salihin (EXP1620)
Bacaan doa : Ikhwan Aiman (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat diikuti dengan nyanyian nasyid Asma’ Ul-Husna dan nyanyian lagu sekolah. Tiada sebarang ucapan atau pengumuman daripada guru mahupun pelajar. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan semua pelajar bersurai.
Tarikh : 16.01.2020
Mc : Nur Danisha (EXP1620)
Bacaan doa : Firdaus Anuar (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian nasyid Asma’ Ul-Husna dan diteruskan nyanyian lagu sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada Encik Izzani berkaitan dengan Program 3K iaitu keceriaan, kebersihan dan keselamatan di dalam kelas. Beliau juga memesan agar ahli dari setiap kelas dapat memberikan komitmen yang baik dalam menghias kelas masing-masing. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan semua pelajar bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 17 JANUARI 2020
SMSKB, 17 Januari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi yang diketuai oleh Ammar Firdaus dan Aiman Rizar (LGD1721). Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Saudara Shafreez Karlreezwan (EXP1620) sebagai pengacara majlis menjemput En. Syawal bagi menyampaikan hadiah kepada para peserta yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Thailand. Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada En. Izani mengenai dengan 3K bagi setiap kelas. Beliau juga menegaskan semua pelajar untuk memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Ammar Firdaus (LGD1721) . Pada jam 7.30 pagi, majlis bersurai.
PERHIMPUNAN RASMI - 20 JANUARI 2020
SMSKB, 20 Januari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Perhimpunan rasmi ini telah diacarakan oleh saudara Irfan Danial dan saudari Aini Khadijah(EXP1620). Pengacara telah menjemput saudara Muhammad Luqman bin Muhammad Fauzi (EXP1620) untuk membacakan doa. Perhimpunan diteruskan lagi dengan Majlis Watikah Pelantikan bagi Badan Kepimpinan Pengawas. Perhimpunan diakhiri dengan sesi pengambaran bagi Badan Kepimpinan Pengawas ini. Selapas itu, para pelajar bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 21 JANUARI 2020
SMSKB, 21 Januari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Al- Mathurat. Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Saudari Ain Shahida (EXP1620) selaku pengacara majlis telah menjemput Ustazah Hafizah bagi memberikan sedikit taklimat mengenai majlis koferensi yang akan diadakan pada hari esok. Seterusnya, perhimpunan diteruskan lagi dengan perucapan awam yang telah disampaikan oleh saudara Irfan Danial (EXP1620) mengenai “Subsidi Minyak.” Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Luqman bin Muhammad Lotfi. Pada jam 7.30 pagi, majlis bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 22 JANUARI 2020
SMSKB, 22 Januari 2020, perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan diikuti dengan nasyid Asma’ Ul Husna. Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi. Perhimpunan diacarakan oleh saudara Amirul Aiman (EXP1620) . Dia telah menjemput En. Azlan Noor bin Huseein iaitu Pengetua baru bagi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Beliau telah memperkenalkan dirinya kepada semua pelajar. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Ammar Syafiq (LGD1721). Perhimpunan bersurai pada jam 7.30 pagi.
PERHIMPUNAN HARIAN - 28 JANUARI 2020
SMSKB, 28 Januari 2020, perhimpunan dimulai dengan bacaan Al-Mathurat dan diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah. Saudari Sofi Suhana (EXP1620) selaku pengacara majlis menjemput En. Izzani bagi menyampaikan ucapan tentang langkah-langkah mencegah penyakit Corona Virus yang sedang merebak pada masa kini. Beliau memberi pesanan kepada para pelajar agar menjaga kesihatan diri masing-masing dengan baik. Perhimpunan diteruskan lagi dengan pengumuman daripada En. Nazri berkaitan dengan merentas desa peringkat negeri bagi tahun 2020. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Ajmal Hadi (LGD1721). Pada jam 7.30 pagi, para pelajar bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 29 JANUARI 2020
SMSKB,22 Januari 2020,perhimpunan pada hari ini dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan diikuti dengan nasyid Asma’Ul Husna. Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi. Saudara Ahmad Haziq (EXP1620) telah menjemput saudara Faris Ilham (ERD1923) bagi menceritakan pengalamannya ke Jepun. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En.Azlan Nor mengenai kebersihan dan kekemasan asrama pada waktu pagi. Majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada saudara Ikhwan Aiman (LGD1721). Pada jam 7.30 pagi, majlis bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 30 JANUARI 2020
SMSKB, 30 Januari 2020, perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat yang diketuai oleh saudara Hanif dan Firdaus (LGD1721). Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Saudari Shahadah (EXP1620) selaku pengacara majlis menjemput saudari Auni Batrisyia (ERD1923) . Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada En. Izani mengenai dengan 3K bagi setiap kelas. Beliau juga menegaskan semua pelajar untuk memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Ammar Firdaus (LGD1721) . Pada jam 7.30 pagi, majlis bersurai.
PERHIMPUNAN HARIAN - 31 JANUARI 2020
SMSKB,31 Januari 2020,perhimpunan dimulakan dengan bacaan AL-Mathurat yang diketuai oleh firdaus(LGD1721).Perhimpunan dimulakan dengan bacaan al fatihah.Saudara Zulhusni (EXP1620) selaku pengacara majlis menjemput cikgu Syawal untuk memberi laporan bertugas pada minggu ini.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada ustazah Azizah tentang biasiswa kepada pelajar tingkatan empat yang layak menerimanya.Akhir sekali,majlis diakhiri dengan hadis dan bacaan doa daripada Amar firdaus (LGD1721).Pada 7.30 majlis bersurai.