Perhimpunan harian - 01/10/2019
MC: Naiman(EXP 1620)
Bacaan Doa : Faiz Haziq (EXP 1620)
SMSKB,1 Oktober 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Naiman (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,saudari Nur Irfah (EXP 1620) telah berkongsi dengan para pelajar tentang perbezaan makanan di Jerman dan di Malaysia dalam Bahasa Jerman.Selain itu , saudara Adzrul Amir (ELT 1822) telah memberikan ucapan dalam bahasa Jerman .Bacaan doa diketuai oleh saudara Faiz Haziq ( EXP 1620).
Perhimpunan harian-4/10/2019
MC:Afrina Wahab (EXP 1620)
Bacaan Doa : Latifie(EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas tentang ibadah sunat pada hari Jumaat oleh pelajar tingkatan 3 iaitu saudari Ainnur (LGD 1721) . Seterusnya, saudari Alya (EXP 1620) telah mengumumkan anugerah 3K pada minggu lepas. Asrama putera dimenangi oleh kamar Delphinus 9 manakala asrama puteri dimenangi oleh kamar Delphinus 1. Bagi kelas menengah rendah pula dimenangi oleh kelas 3 Zeta dan kelas menengah atas pula dimenangi oleh kelas 5 Mercury. Akhir sekali, saudara Faiz Haziq mengumumkan nama pelajar yang berjaya menghafaz surah hafazan bagi tingkatan 1 dan 2.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Latifie(EXP 1620).
Perhimpunan harian - 08/10/2019
MC:Nor Ain (EXP 1620)
Bacaan Doa : Affan(EXP 1620)
SMSKB, 8 Oktober 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nor Ain (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,perhimpunan diteruskan dengan ucapan Cikgu Musliha iaitu guru bertugas pada minggu ini ,dia meminta pelajar yang sakit berjumpa dengannya sebelum jam 9.00 pagi jika sakit yang tidak dapat ditahan lagi dan kepada pelajar yang sakit tetapi tidak teruk pula dikehendaki pergi pada petang selepas tamat persekolahan. Beliau juga berpesan kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk membuat persiapan untuk peperiksaan yang akan dihadapi tidak lama lgi. Beliau turut meminta pelajar menjaga kebersihan kelas masing-masing dan pelajar dilarang makan di dalam kelas. Cikgu Musliha mengakhiri ucapannya dengan satu kata kata iaitu “teruskan berbakti walaupun tidak dihargai”. Seterusnya,perhimpunan diteruskan pula denga nucapan daripada Cikgu Nazri. Beliau meminta pelajar tingkatan 4 yang tidak menghantar buku PAJSK untuk menhantar buku tersubut pada esok hari.beliau juga memaklumkan pada 1 November nanti setiap rumah dibenarkan untuk mengadakan jamuan rumah.Antara tempat yang dimaklumakn olehnya ialah dewan makan,dataran,gelanggang bola jaring yang turut disediakan 3 khemah dan dewan sekolah.Pada 11 hingga 13 November ini pelajar tingkatan 4 akan menyertai perkhemahan dan juga dimaklumkan bahawa pelajar tingkatan 2 turut diadakan perkhemahan diluar sekolah pada 15 hingga 17 November ini.guru yang bertudas pada minggu ini ialah Cikgu Dayang,Cikgu Musliha dan Cikgu Yusdi. Bacaan doa diketuai oleh saudara Affan ( EXP 1620).
Perhimpunan harian - 09/10/2019
MC: Haziq Iskandar (EXP 1620)
Bacaan Doa : Faris Syahmi (EXP 1620)
SMSKB,9 Oktober 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Haziq Iskandar (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya, saudaraDanish Fahmi (ELT 1822) telah memberikan ucapan dalam bahasa Jerman Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Faris Syahmi (EXP 1620).
Perhimpunan harian - 10/10/2019
MC: Azri (EXP 1620)
Bacaan Doa : Faiz Haziq (EXP 1620)
SMSKB,10 Oktober 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudara Azri (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya, saudara Tasnim (ELT 1822) telah memberikan ucapan dalam bahasa Jerman mengenai tradisi-tradisi yang terdapat di negara Jerman. Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Cikgu Dayang selaku guru bertugas tentang kebersihan kelas dan beliau menyeru para pelajar terutamanya Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua untuk membuat persiapan bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang kian tiba.Beliau juga menasihati para pelajar agar sentiasa membawa buku nota ke perhimpunan. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620).
Perhimpunan harian-11/10/2019
MC: Dania Elysha (EXP 1620)
Bacaan Doa : Faiz Haziq (EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas tentang fitnah yang kini kian menular oleh saudara Alif (LGD 1721) . Seterusnya, saudari Fathin Syahidah (LGD 1721) telah mengumumkan anugerah 3K. Asrama putera dimenangi oleh kamar Delphinus 9 manakala asrama puteri dimenangi oleh kamar Delphinus 4. Bagi kelas menengah rendah pula dimenangi oleh kelas 1 Gamma dan kelas menengah atas pula dimenangi oleh kelas 4 Titanium. Rumusan bagi asrama puteri ialah aras 1 DO merupakan aras yang kurang memuaskan. Markah tertinggi bagi minggu ini dimenangi oleh rumah Serphen manakala markah terendah ialah rumah Phoenix. Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ustaz Puzi. Beliau telah membicarakan tentang kehadiran ke surau yang memuaskan tetapi sikap para pelajar yang tidak baik. Beliau juga mengingati para pelajar tentang rukun solat yang kini kurang diendahkan oleh masyarakat .Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Faiz Haziq(EXP 1620).
Perhimpunan Harian - 14/10/2019
MC : Anis Zakirah (EXP1620)
Bacaan Doa :Ahmad Syafiq (LGD1721)
SMSKB, Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah . Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ustazah Asmerynee berkaitan Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula pada pagi ini. Beliau mengingatkan agar para pelajar tidak melakukan kesalahan dan perkara yang dilarang di dalam kelas sewaktu peperiksaan dijalankan . Beliau juga menegaskan agar para pelajar tidak tidur di dalam kelas dan juga tidak meniru .Guru yang bertugas pada minggu ini ialah Encik Alias , Puan Rafidah . Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Syafiq.
Perhimpunan Harian - 16.10.2019
MC : Zulhusni (EXP1620)
Bacaan Doa : Hilmi Azri (LGD1721)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat dan diteruskan dengan ucapan Cikgu Izani. Beliau meminta agar para pelajar sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang bapa pelajar tingkatan 5, Sdr.Amin Muhaimin (XTR1519) yang baru sahaja kembali ke rahmatullah kelmarin . Beliau juga menegaskan agar para pelajar menjaga tingkah laku kerana terdapat ramai waris dan pelajar tahun 6 yang bakal datang bagi ujian kemasukan sekolah berasrama penuh (UKSBP). Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Ustaz Puzi iaitu menegur para pelajar untuk membaca Al-Mathurat bersama sama . Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh Hilmi Azri (LGD1721).