Perhimpunan harian - 3/9/2019
MC: Nur Irfah(EXP 1620)
Bacaan Doa : Affan ( EXP 1620)
SMSKB, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nur Irfah (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,saudari Azreen Naziffa (EXP 1620) telah memberitahu para pelajar tentang penyebaran islam di Asia Tenggara iaitu melalui perkahwinan ,pengislaman raja dan lain-lain.Selain itu , saudari Qaseh (ELT 1822) telah memberikan ucapan dalam bahasa Jerman .Bacaan doa dikelolakan oleh saudara Affan ( EXP 1620).
Perhimpunan harian -6/9/2019
MC:Syaza Safiah(EXP 1620)
Bacaan Doa : Mohd Latifie( EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan surah Al-kahfi.Perhimpunan diteruskan lagi dengan perucapan awam oleh saudari Aina Nazurah (EXP 1620) tentang bangunan bersejarah dan tazkirah ringkas tentang harga diri oleh pelajar tingkatan 3 iaitu Afifah (LGD 1721) dan
Husna (LGD 1721).Seterusnya,saudari Alya Zulkifli (EXP 1620) mengumumkan asrama putera dimenangi oleh kamar Serphen 1 manakala asrama puteri dimenangi oleh kamar Orion 1.Bagi kelas menengah rendah rendah pula dimenangi oleh kelas 1 Alpha dan menengah atas pula dimenangi oleh kelas 5 Aluminium.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mohd Latifie (EXP 1620).
Perhimpunan harian - 10/9/2019
MC: Aina Nazurah (EXP 1620)
Bacaan Doa : Amirul Asyraf ( EXP 1620)
SMSKB, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Aina Nazurah (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,saudara Umar Syauki (EXP 1620) telah memberikan satu pengucapan awam yang bertajuk kepentingan membaca yang boleh menambahkan kemahiran membaca kita dan juga dapat mengurangkan stres.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada saudari Ain Aqilah (EXP 1620) yang menceritakan pengalaman beliau selama tiga minggu berada di negara Jerman bermula 15 Ogos yang lalu. Program ini melibatkan lapan buah negara. Pengerusi majlis juga telah memberikan senarai guru bertugas pada minggu ini iaitu Ustaz Puzi, Cikgu Ida dan juga Cikgu Wanira. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Amirul Asyraf ( EXP 1620).
MC:Umar(EXP1620)
Bacaan Doa:Faris Syahmi(EXP16200
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan nyasid asma-ulhusna dan nyanyian lagu sekolah.Seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada saudari .Nur Irfah tentang pengalamannya berada di german.Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas iaitu Ustaz Puzi tentang kebersihan kelas.Terdapat beberapa kelas yang didapati tidak bersih iaitu 3Z,3D,3G,2A,2G,1A,1B `dan beliau juga telah memuji pelajar sekolah menengah sains kepala batas kerana telah hadir awal ke perhimpunan pagi.Perhimpunan tamat dengan bacaan doa.
Perhimpunan harian-13/9/2019
MC:Nabil Hakim (EXP 1620)
Bacaan Doa : Faiz Haziq (EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi tepat jam 7.00 pagi. Perhimpunan diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas tentang perkara yang perlu diingat dan perkara yang perlu dilupakan oleh pelajar tingkatan 3 iaitu saudari Naimi Afrina (LGD 1721) dan saudari Nureen Salziesha (LGD 1721). Seterusnya,perhimpunan disambung dengan ucapan daripada saudari Ai'en Nashima (XTA 1620) yang mewakili Majlis Tertinggi Pengawas untuk memberikan beberapa peringatan kepada pelajar. Antaranya ialah semua warga aspura dan aspuri wajib untuk riadah pada setiap petang, mengambil buku teks yang ditinggalkan diatas rak-rak kasut, berjalan lebih laju untuk mengelakkan dari mengahalng pergerakan orang lain yang mungkin mempunyai hal penting serta para pelajar diingatkan untuk melakukan ulang kaji sempena musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Beliau juga menyarankan supaya setiap batch hanya 50 dan ke bawah sahaja pelajar yang tidak melepasi pointer yang ditetapkan. Selain itu, saudari Nabila (EXP 1620) telah mengumumkan asrama putera dimenangi oleh kamar Serphen 5 manakala asrama puteri dimenangi oleh kamar Serphen 1. Bagi kelas menengah rendah pula dimenangi oleh kelas 1 Zeta dan kelas menengah atas pula dimenangi oleh kelas 5 Titanium. Ustaz Puzi selaku guru bertugas telah menyebut kelas 2 Gamma, 2 Alpha serta 2 Beta yang kebersihan kelas teruk. Beliau juga menyeru semua pelajar untuk mempraktikkan amalan memberi salam. Sebelum bacaan doa, Teacher Wanira telah menyuruh semua pelajar untuk melakukan pembersihan kelas sebelum pulang bermalam. Guru waktu terakhir diingatkan untuk memantau keadaan kelas sebelum membenarkan pelajar pulang. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Faiz Haziq (EXP 1620)
MC : Nazhan Ilham(EXP 1620)
Bacaan Doa : Faris Syahmi(EXP 1620)
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh saudari Sinar Arina (XTA 1519) tentang Malayan Union.Seterusnya , saudari Syafiqah (XTA 1519) telah berkongsi pengalaman beliau semasa berada di Jepun selama enam bulan.Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Faris Syahmi (EXP 1620) .
MC:Umar (EXP1620)
Bacaan Doa:Faris Syahmi (EXP1620)
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan nyasid asma-ulhusna dan nyanyian lagu sekolah.Seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada saudara Hazeem Fitri (XTA 1519) yang menceritakan pengalaman beliau sepanjang berada di Bali, Indonesia untuk mengikuti program Bahasa Jepun di situ bermula dari 26.8.2018. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Faris Syahmi(EXP1620)
Perhimpunan harian - 23.09.2019
MC: Syukrina (EXP 1620)
Bacaan Doa : Fakhriy Fasyin( EXP 1620)
SMSKB,23 September 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Syukrina (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,Puan Hajah Azizah selaku Pengetua SMSKB telah mengingatkan para pelajar SMSKB untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.Bacaan doa diketuai oleh saudara Fakhriy Fasyin ( EXP 1620).
Perhimpunan harian - 24/9/2019
MC: Alia Natasha(EXP 1620)
Bacaan Doa : Mohd Latiff ( EXP 1620)
Bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Alia Natasha(EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya,saudara Faris Nuriman(XTA 1519) telah memberikan ucapan dalam bahasa Jerman tentang perayaan raya.Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Cikgu Hidayah . Beliau telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM(addmath). Bagi pelajar cemerlang iaitu 70% dan keatas, jatuh kepada Abul Izzureen dan Wafiy Hafiz . Pelajar dengan markah tertinggi ialah Aiman Muqri manakala lonjakan saujana ialah Najmi Muda. Seterusnya, hadiah juga disampaikan kepada pasukan auratari sekolah yang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tarian tradisi. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan hadis dan doa oleh saudara Mohd Latiff( EXP 1620).
Perhimpunan harian - 27/9/2019
MC: Nur Irfah(EXP 1620)
Bacaan Doa : Latifi ( EXP 1620)
SMSKB,27 September 2019, bacaan Al-Mathurat dimulakan tepat jam 7:00 pagi.Perhimpunan dipengerusikan oleh saudari Nur Irfah (EXP 1620) dan diteruskan lagi dengan nyanyian Asmaul Husna dan lagu sekolah.Seterusnya, Cikgu Nazri telah memberitahu para pelajar mengenai Kepala Batas Fun Run yang diadakan serentak dengan Hari Kantin dan Hari Kerjaya pada 19 Oktober ini.Selain itu , Cikgu Musliha telah memperkenalkan barisan calon bagi pengawas percubaan sesi 2020.Perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah oleh Cikgu Syawal kepada pemenang tempat ketiga bagi Pertandingan Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan.Bacaan doa diketuai oleh saudara Latifi ( EXP 1620).