Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Guru-guru, para pembentang dan para peserta yang dikasihi sekalian. Nama saya Nurjan binti Ridzuan, selaku Pengerusi Kelab Pencinta Alam di SMK Convent Pulau Tikus. Saya amat berbangga pada hari ini kerana diberi peluang untuk berkongsi inisiatif hijau semasa Pandemik Covid 19 di sekolah saya iaitu SMK Convent Pulau Tikus.
Disebabkan pandemik covid 19, sekolah kami telah mempraktikkan norma baharu dalam amalan-amalan hijau sama ada secara atas talian atau mengamalkan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter semasa menjalankan sesuatu aktiviti.
Sebagai Eco-Schools, sekolah kami menyokong sepenuhnya dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan SDG iaitu Sustainable Development Goals atau Matlamat Pembangunan Mampan. SDG juga dikenali sebagai global goal yang terdiri daripada 17 matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015 yang bermatlamat membasmikan kemiskinan, meningkatkan mutu kesihatan dan menangani perubahan iklim.
Seterusnya, izinkan saya berkongsi beberapa program yang telah dijalankan di sekolah kami sepanjang tahun 2020 sehingga 2021.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Eco-month. Tujuan Eco-Months adalah memupuk kesedaran warga sekolah dalam usaha melestarikan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan hijau dan mengintegrasikan kurikulum dalam pendidikan alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz SDG, Pertandingan Melukis Poster, Mereka cipta quotes di sekitar taman sekolah dan sebagainya. Sepanjang bulan ini juga, Pihak sekolah menghadiahkan bekas makanan dan bekas air kepada warga sekolah selaras dengan kempen SAY NO TO SINGLE USED PLASTIC.
Seterusnya, Sekolah juga giat menjalankan Pameran Eco Schools yang melibatkan bekas pelajar dan guru-guru. Program ini dijalankan dengan bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam tentang tanggungjawab kita dalam usaha melestarikan alam sekitar. Pelbagai permainan, pledge alam sekitar, aktiviti hands-on dan sebagainya disediakan semasa pameran.
Selain itu, beberapa sesi perkongsian telah dijalankan oleh guru dan pelajar. Antaranya kami telah dijemput oleh Penang Green Council dalam program Voices of young environmental leaders yang telah diwakili oleh Siti Izzaty.Selanjutnya, Sabrina dan Maria juga dijemput oleh Impact HUB Kuala Lumpur & Design For Change Malaysia sebagai student host dalam sesi My Xchange Series. Thulaashi juga berkongsi tentang amalan eco-schools di SMKCPT di international webinar. Rakan kami telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam sesi ini. Guru penyelaras kami Pn Law, juga dijemput untuk berkongsi pendapat, idea dan amalan hijau di SJKC Pulau Betong, KPA Pulau Pinang dan Edidik Malaysia.
Di samping itu, 5 orang pelajar sekolah kami telah menjadi storytellers dalam program sembang@WWF 2021 peringkat sekolah yang bercerita tentang Malaysia’s Food system; What are issues, impact & solutions. Semua pelajar yang menyertai telah mendapat manfaat daripada program ini.
Lain daripada itu , 10 pelajar kami juga telah menyertai program ‘Launch Internship’ secara atas talian yang dianjurkan oleh GreenSmiths Malaysia. Program ini mampu meningkatkan keyakinan murid dan mengasah bakat kepemimpinan dalam diri murid disamping menerapkan semangat mencintai alam sekitar dalam diri pelajar.
Tambahan pula, pandemik covid-19 tidak menjadi penghalang kepada kami untuk teruskan amalan hijau dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kami juga mengambil bahagia secara aktif dalam pelbagai pertandingan atas talian, pertandingan Doodle Art; Pertandingan Video Kreatif, sambutan Earth Day dan World Environment Day dalam talian dan sebagainya.
Penglibatan dalam program Eco-Schools telah membuka peluang kepada kami untuk menyertai program-program di peringkat antarabangsa. International Twinning School Program antara SMK Convent Pulau Tikus dan Caroline Chisholm Catholic College, Australia telah memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk berinteraksi dan menjalin hubungan persahabatan dengan pelajar di Australia. Ini merupakan pengalaman yang amat berharga bagi kami.
Seterusnya, SMK Convent Pulau Tikus, SJKC Union dan SJKC Eok Hua telah terlibat dalam program jalinan dan
bekerjasama menganjurkan International Best Practises Sharing Session yang melibatkan pelajar dari Malaysia , Singapore , Australia dan Qatar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian daripada pelajar Malaysia dan Luar Negara, kuiz serta sesi perkongsian daripada pakar-pakar. Program ini telah berjaya membantu lebih kurang 1500 pelajar mendapat sijil peringkat antarabangsa yang banyak membantu dalam markah PAJSK.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pandemik covid-19 ini tidak menjadi penghalang kepada sekolah kami untuk terus berjuang dalam beberapa pertandingan. Antaranya, kami berjaya memenangi sagu hati untuk pertandingan water vision 2020 peringkat kebangsaan anjuran Malaysian Nature Society.
Bukan itu sahaja, berkat usaha, komitmen dan inisiatif warga sekolah, sekolah kami juga berjaya mendapat Green Flag Award dalam ECO-Schools Programme yang bertaraf antarabangsa. Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan menjadi dorongan kepada kami.
Inisiatif hijau di sekolah kami tidak berhenti di sana saja. Namun, amalan dan inistiatif hijau diteruskan juga dengan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, projek kitar semula dan program kecekapan sumber asli juga diteruskan dari semasa ke semasa.
Pada tahun 2021, sekolah kami juga menjadi penganjur kepada Pertandingan Video Kreatif di peringkat Negeri dan Pertandingan Phostering di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Akhirnya, sekolah kami juga menjadi sekolah penganjur dengan kerjasama WWF-Malaysia dan Green Educators’ Workgroup dalam Program Eco-Schools di Pulau Pinang.
We are Small But We Are Mighty Mice. Walaupun sekolah kami hanya ada 15 guru dan 99 pelajar, namun kami sentiasa mencuba yang terbaik dan diharapkan segala usaha dari sekolah kami akan menjadi pedoman dan teladan kepada sekolah lain dalam usaha kelestarian alam sekitar. Akhir kata, semoga nama SMK Convent Pulau Tikus akan tersohor dan mencatat SEJARAH sebagai sekolah hijau peringkat antarabangsa dan menjadi lagenda pendidikan di Malaysia.
Sebelum saya mengakiri sesi perkongsian ini , izinkan saya memberi serangkap pantun
Indah purnama dari puspita
Cantik berseri diwaktu malam
Peranan utama adalah kita
Membentuk diri cintakan alam
Sekian , Terima Kasih.